26 December 2011

ending 2011

Salam & good day,
posting kali ini dah lama plan, tapi kurang rajin. hehe...

membalas posting Pujaan yg lalu (tentang the truth manusia dan kerja)...i'd say:


Khamis yg lalu, aku eksiden, moto vs moto. Well, sejak awal 2008 aku dok Shah Alam, tiap hari aku guna jalan sesak, cilok sana sini, salu gak aku pikir "one of these day, aku akan eksiden kat jalan yg mencabar nih...". Bila aku bawak moto laju, ada rasa nk merempit, aku selalu memotivasikan diri, ada keluarga di rumah masih perlukan aku... so, aku xperlu rushing pulang. kan.

So, eksiden kecik je, aku bwk moto xlaju, tiba2 ada mamat main lintas je xtgk kiri kanan, aku xsmpt watpe dlm stgh saat itu...langgar tyr belakang dia, terbang aku ke depan. dpt free show pada mereka yg tgk Q kat trafik light. aku bangun, tgk tapak tgn, xde luka, cek lain2, xde...mamat tu tgk aku, tanya "abang xapa2?" ...erk, aku angkat moto, free gear, blah sambil betulkan side mirror. kaki ada sakit.

Kat umah, cek, ada sikit luka kat kaki, & muscle stress, ala, mcm org bersukan tak warmup tu. 3 4 hari baru reda. cek kat twitter, kot2 ada org twit pasal aku eksiden tu...xde. yg ada, kisah eksiden yg lebih serius. moral, my eksiden ni a super small matter only...no biggie. hehe.

Soknye, aku igt nk jumpe doc, cek2 apa yg patut, ada pendarahan dalaman ke, untung2 boleh dpt MC kot...hehehe. nop, i'm fine. pagi soknya, msg manager, kata masuk lmbt sket sbb repair moto. yela, stand aku dh senget, tekan gear pon xsenang. lagipon weekend, mmg dalam plan aku nk ganti set sproket, rantai bunyi sudaaaa (even b4 accident).

So, dgn pakain opis jumaat (kemeja lengan pendek dengan logo kompeni), g workshop. rilek je dia amik tukul besar, hayun 2 3 kali kasik stand ok. ceh. aku lepak kedai mamak, bfast roti planta. hehehe... ops, in relation dgn kisah An pasal kerja dan manusia tadi...situasi dept aku skang ni, xde big boss, xde keje juga (err, keje aku dh siap la..), tapi cuti tahun aku habes suda...ku gagahkan jua untuk hadir ke opis untuk...baca online manga. hahaha. One Piece to be exact. net kat umah tak cukup laju. aku baca yg aku missed, episod cane Tony-Tony Chopper boleh join, Nico Robin... baru abes setakat nak naik ke pulau awan. sok sambung lagiks.

So, ...motippp? 

bubbye. see you next year.

& i'd like to share a meme (lagik?!), proposal perkahwinan. kapel nih rakyat Malaysia, berlaku di Bukit Bintang, baru2 nih. kini femes seantero donia fana inih. hehe




21 December 2011

Taking breaks.. mitos dan kuda poni?

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Pemandangan di atas sekarang sering kelabu dan hitam mengingatkan Pujaan pada kenangan tahun 2007 masa Batu Pahat banjir dulu. Semoga tidak berulang lagi amin.

Pada weekend Pujaan ada baca satu artikel yg linknya muncul di linked in. Tajuknya ialah "Doing more by less". Seorang pekerja bekerja dari jam 8 sehingga 6pm dan selalu terlajak hingga 8pm juga. Bermula dari punch card pekerja ni mula bekerja dengan rajin. Meeting, email, proposal dan segala bagai kerja dia buat. Masa lunch pun dia makan di meja kerja. Sambung lagi kerja waktu petang. Masuk jam 3pm dah mula rasa letih, kadang2 tertidur kt depan komputer. Lepas punch out, balik rumah letih x ingat. Lepas mandi, dinner pastu tidur terus. Cam biasa dengar?

Pekerja lagi satu pula masuk kerja jam 8pm sehingga 6pm. Kadang2 terlajak sampai 8pm juga ikut keadaan. Lepas punch card dia pun mula bekerja dengan rajin. Pada 10pm dia berenti kerja dan gi ngeteh di pantry selama 15 minit. Pastu sambung kerja hingga waktu lunch. Masa lunch dia keluar pejabat dan lepak hingga kadang2 terlajak sampai kul 2pm. Balik lunch sambung lagi hingga 3pm dan dia ngeteh lagi. X ngeteh pun gi borak dgn receptionist mak jan sampai kul 3.30pm. Sambung lagi kerja dan pas kerja sempat lagi gi gym atau berjoging.

Kisah Pujaan kerja dulu ialah kisah pekerja pertama. Memang dgn muka x malunya Pujaan selalu tertidur kat opis jam 3pm sbb dah letih gila. Balik mmg x leh nk wat ape dan kadang2 x makan pun terus tidur je. Untuk beberapa tahun Pujaan ingatkan Pujaan dah makin berumur dan mungkin ada masalah kesihatan.
Masalah lain ialah Pujaan x boleh fokus masa buat kerja. Contohnya masa tulis blog ni, duk fikir "eh kena update fesbuk, pastu nk check email, nak cuci baju, buat air kt dapur kejap ah". Pengabisnya Pujaan buka sokkaba dan baca berkali2.

Sebenarnya pekerja ialah manusia biasa yg perlu rehat. Orang putih kata "refuel". Kita mungkin x se"tough" yang kita sangka. Sekarang ni Pujaan cuba stail pekerja kedua. Dah masuk hari ke 3 mencuba dan hasilnya agak memberansangkan. Senarai "To Do List" Pujaan berkurangan dari hari ke hari dan kualiti kerja lebih elok. Dah tak rasa resah x tentu pasal dan tekanan darah juga normal.

Balik rumah pun ada lagi mood nak tengok tv, layan blog dan cuci pinggan. Moga berjaya berubah ke arah lebih positif. So kalau korang rasa letih gile masa kat opis, "Take a break lah"

17 December 2011

BIMB Nilai.. 1st Anniversary

Assalamualaikum,

15.12.2011 genap setahun aku di BIMB Nilai. Macam tak sangka je dah setahun aku keje kat sini. Macam dalam mimpi. Hehehe..

Biasalah rentetan bekerja di syarikat yang besar ni. lebih2 lagi di cawangan. Mestilah kena pindah je sokmo. Aku tak terlepas dari itu semua. Bagi yang terlepas, berbahagialah anda kerana itu satu nikmat kepada kamu. hehehe..

Menyesal? Tak kowt. Lebih happy sekarang ni. Dapat spend masa ngan family lebih sket. Dapatlah bezakan hal kerja dan life yang sebelum ni aku duk peningkan kerja walaupun dah habis waktu keje. Macam member aku, Arab pernah cakap bila aku duk cakap pasal kerja masa duk minum2 ngan dia, "Ni apa citer pasal keje ni? Dah habis dah waktu keje. Tunggu esok. " hehehe...

Barulah aku dapat merasainya sekarang.. Thanks...

14.1.2012 tarikh yang aku nantikan sekarang ni. Piala Dato' Zukri. till next post my beloved readers.. Love u all..

02 December 2011

Presenting~ "meme"

Salam & good day,
Today i'll introduce you, the new wave of internet culture, the "meme". Pronounced as 'mim', this culture...owh...urm... huh....its hard for me to explain. But when you saw/read it, then you'll know it's a meme.
Internet meme is general, they can be divided to 'trolling', 'demotivate', 'rage comic', etc. The objective is...fun!
...you'll get it. enjoy.




22 November 2011

Syabas Harimau Malaya

Teratak Pujangga berbangga dengan pencapaian mu Harimau Malaya. Terbaik!!!!

21 November 2011

Australia trip.... Alas!! Alas!! kali ke-2

Salam Sukan SEA kepada pembaca semua. Pujaan mmg makin bangga dgn skuad bola kita yg menunjukkan diorg mmg main bola di padang. Bukannya bola kocek atau bola-bola api, tapi bola sepak. Hantaran yang cun dan peluang yg terbaik. Moga hajat nak tengok team Malaysia main di Piala Dunia akan tercapai.

Pada hujung bulan Oktober, Pujaan telah ditugaskan ke Australia sekali lagi. Destinasi kali ini ialah Brisbane di Queensland. Trip kali ni 2 minggu lamanya. Teruja dgn pengalaman yg first time, maka Pujaan telah beli beg yg lagi besar utk menampung bekalan- bekalan- bekalan Pujaan. Brisbane here I come!!




Brisbane City,
Kat sini lah letaknya Holiday Inn tempat Pujaan tinggal selama 2 minggu. Kota moden yg jadi ibu negeri Queensland... agaknye. Masa jejak sampai sini first impression Pujaan ialah kedai tutup kul 5 dan nak cari makanan halal seksa mcm kat Perth aritu. Tapi drebar taxi yg hantar Pujaan dari airport ke hotel telah memberi sedikit sinar harapan. Banyak kedai halal dlm linkungan walking distance katanya. Drebar taxi ni actually ialah student dari Bangladesh yg part time nya drive taxi.

Tempat tumpuan utama kat Brisbane ni ialah Queen's Street. Konsepnya mcm jln Bukit Bintang except kat sini x banyak tempat urut. Tiap ari juga lah Pujaan berulang alik dgn jalan kaki dari hotel ke area Queen's Street ni utk makan dinner dan cuci mata. Untuk pengetahuan korang restoran yg jadi peberet Pujaan kat Australia ni ialah Nando's. Sebabnye? Nando's je lah yg common dan halal.

Restoran lain yg Pujaan jumpa ialah restoran turki yg jual kebab dan pizza. Ada juga restoran Malaysia tapi xde sijil. Well kalau ada keinginan, di situ ada restoran.

Uniknya Brisbane yg lain ialah municipal hall nye. Kat depan hall ni ada kawasan lapang yg diorg selalu wat event kecik2. Ada sekali tu diorg wat cam pasar tani jual bracelet, manik buatan sendiri. Pastu ada sekali pameran kenderaan elektrik. Pujaan jumpa keter Pujaan modified jadi letrik tuu bro. Nak tanya mamat tu camna dia buat tapi dia buat x layan lak. Tapi yg paling Pujaan minat ialah ada event free utk masyarakat pada satu malam tu. Diorg gi main Sahibba dan Jenga versi giant. Yang main sahibba tu siap bawak kamus beb, back up kalau org nak betah agaknye.

Kedai kat sini tutup jam 7pm. Melegakan Pujaan sbb sempat nak usha barang kat sini. Maklumlah Pujaan dgn org Australia ni saiznya lebih kurang je. Ibarat gajah jatuh atas beras laa kalau diibaratkan.

Brendale, Strathpine
Ni ialah di mana kilang tempat Pujaan berkhidmat selama 2 minggu. Org Australia panggil tmpt cam ni as "suburbs". So kalau korang dtg Australia dan taxi driver tanya "which suburb?" korang cakap je alamat tu.
Tempat ni industrial area tapi masih lagi bersih rasa mcm kat bandar. Tak nmpk lori rosak tersadai tepi jalan atau pun tanah dilonggok atas longkang atau simen yg tumpah di atas jalan.
Masa on the way ke sini nampak laa ladang2 kat tepi jalan. Org sini ternak lembu dan kuda mcm kat Malaysia juga. Kuda kat sini pakai selimut tau.

Bangunan- bangunan yang Pujaan nampak dari kuar bandar sampai laa suburb ni semuanya setingkat. Takde yg lebih tinggi dari 3 tingkat. Pastu panjangggg berderet- deret. Ni laaa negara yg kaya dengan tanah punya gaya. Bilangan rakyat Australia ialah 22 juta, lebih 1 juta dari Malaysia je. Tapi dgn tanah yg 8x besar maka orang nye pun jadi besar2 juga.

Surfers Paradise, Gold Coast
Isteri telah suggest kpd Pujaan utk melawat Gold Coast masa ujung minggu. Pas dpt kebenaran dari bos maka dapatlah Pujaan spend 1 night kat sini.
Surfers Paradise ni tmpt yg popular utk wave surfing. So banyak lah tgk org surfing kat sini. Tp klw nak ikutkan tmpt ni kurang lebih mcm pekan pantai kt Malaysia juga cam PD dan Pulau Pinang. Kat Surfers Paradise ni lautnye sejuk mcm air kat bilik air kita di pagi hari. So mmg lah Pujaan segan silu nak berendam kat sini. Kagum juga laa dgn bdk2 kecik yg leh berendam kat dlm laut tu.
Bila malam semua pub dan disco jadi tumpuan. Pujaan je yg gi carik Restoran Maharani utk melepaskan kebuluran. Restoran ni diusahakan oleh org Malaysia. Siap tulis "Dijamin Halal Tak Was Was" lagi.

Pada pagi Ahadnye lak Pujaan usha Sea World. Tarikan utama ialah akuarium bawah air. Kul 9.30am Pujaan dah beratur masuk ke Sea World. Kira batch yang pertama lah. Pertunjukan pertama yang Pujaan tonton ialah Sea Detective yg dilakonkan oleh singa laut dan burung undan. Mmg cerdik singa laut tu berlakon sampai Pujaan kuar air mata ketawa.

Show lain yg Pujaan tengok ialah persembahan dolphin. Sambil tunjuk aksi tu pengacara sibuk kempen menyelamatkan dolphin. Pastu terasa cam nk bunuh diri so Pujaan gi naik roller coaster. Free je sbb sekali dgn tiket masuk yg harganye AUD64. Binatang lain yang Pujaan tengok ialah jerung, beruang kutub, penguin dan burung undan.

Melbourne
Setelah 10 hari duk kat Brisbane maka khidmat Pujaan pun tamat. Destinasi seterusnya ialah ke Melbourne utk handover kerja dgn colleague disana. Penerbangan domestik melegakan Pujaan banyak sbb x pyh nk fikir  pasal pemeriksaan kastam. Lepas dpt beg, Pujaan keluar airport utk cari taxi dan brrrrrrrrrrr. Sezukz x hengattt. Rupanya kat Melbourne cuacanye x sama dgn Brisbane. Penerbangan 2 jam telah membawa Pujaan ke zon masa yg baru dan cuaca yg baru. Masa tu suhu dalam 22 darjah gitu.

Melbourne ni lebih sibuk daripada Brisbane. Kalau nk banding Brisbane ni cam KL dan Melbourne ni mcm JB lah. Taxi driver tu duk sibuk canang suruh lawat Melbourne city sbb ada nice girl that makes my heart goes da da da. Malangnye Pujaan dibawa ke suburb yg AUD50 jauhnye. Nama suburb ni ialah Caroline Springs dan hotelnya ialah West Waters Hotel& Apartment.

Kawasan Melbourne ni penuh dengan perumahan dan sekolah dan kedai2. X bnyk gi jalan2 cuma kuar cari restoran dan jumpa lah satu restoran kebab. Satu fakta yang Pujaan ingin tekan kan ialah kebab kat Australia lebih sedap dari yg kat Malaysia. Kat Malaysia kebabnye pas dipotong dari daging yg dipusing kat dapur tu pastu cincang dan isi dlm roti pita kan? Kat sini diorg cukur, isi dlm roti leper, tuang salad, tuang tomato, tambah cheese, gulung roti tu cam popia dan tekap roti tu dgn kuali.

Hasilnya? Roti rangup dgn isi penuh dgn daging. Makan tiap ari selama 2 minggu pun x jemu Joe.

Orait sampai di sini aje kisah pengembaraan Pujaan. Terima Kasih kepada Skype yg membolehkan Pujaan maintain loving dgn isteri. Bawah ni ada sikit gambar. Yang lebihnye ada kat FB Pujaan. Cheers mate!





 

 

 

11 November 2011

Something To Share To My Beloved Readers

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

03 November 2011

Cuti Sekolah Kembali

Salam & good day, L said.

19 November 2011, kalendar kuda, atau kalendar apa pon, menunjukkan bermulanya cuti sekolah seluruh Malaysia. Ini secara amnya dinamakan Musim Cuti Sekolah. Musim cuti bagi para penuntut ilmu, dari sekolah tadika hingga tingkatan 6 atas; serta guru (selain guru besar/pengetua/top gun lain), dan ibu bapa mereka. Opismate (isterinya seorang guru) ku pernah berkata "cuti aku ditentukan oleh kerajaan Malaysia" (walaupon dia bekerja swasta, sama mcm aku...dh opismate!).
Musim ini, bertepatan dengan musim jualan akhir tahun yang terkenal dengan jualan murahnya; tapi lebih sesuai lagi, bertepatan untuk warga Malaysia bercuti-cuti Malaysia. Malangnya, bulan cuti itu juga, bertepatan pula dengan musim tengkujuh, iaitu musim hujan yang agak lebih dari hujan biasa.
Walaubagaimanapun, itulah saja pilihan yang ada, ketika ramai sedang bercuti, majlis khatan, nikah, kahwin, akikah, doa selamat, gathering, reunion dan sebagainya...diadakan. Dan ketika itulah hotel-hotel mengenakan special rate, iaitu tinggi dari biasa. Dan masa itu jugalah para penjual menggunakan skil mengenalpasti 'orang luar' untuk dikenakan harga lebih dari biasa.
(V)(,;,;,)(V)
cukup la intro....gambar kucing di atas, adalah sejenis meme, mesej sinikal yang boleh diabaikan. Hehehe... secara lebih mendalam, ada kisahnya. pada bermulanya cuti sekolah, God willing, aku akan menghadiri majlis kenduri kakakku, perkahwinan anak sulungnya. seterusnya akan aku ber-road trip menuju kampung mertua di Tanah Merah, Kelantan. Tapi dengan tema 'road trip', kali ini aku ingin melalui Lebuhraya Pantai Timur, menuju Kuantan, ke Kuala Terengganu dan bermalam di situ; sebelum meneruskan ke lokasi target hari kemudiannya.
Banyak dah berlaku...banyak wang dah habis...kekurangan wang untuk perjalanan ini. itulah mesej meme di atas. Aku akan bercuti sehingga Maal Hijrah, sebelum kembali ke Shah Alam dengan rutin harian. Sehingga kini sahaja,....
Larikkkk....

13 October 2011

Australia trip.... Alas!!

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.
Bajet 2012 dah dibentang dan persoalannya ialah kenapa budak sekolah dapat duit rm100? Dan ibu bapa lak leh menolak untuk jimat belanjawan? Apa pun harga kereta di Malaysia masih lagi 300% lebih mahal dari kos asal.

Pujaan nak share cerita trip ke Australia pada bulan September yg lepas. Ramai yang tunggu citer ni tp minta maaf lambat sbb the very very very busy lately.

Trip ni telah diaturkan oleh regional safety department supaya wakil safety tiap plant akan buat audit plant lain. So Pujaan punya trip dirancang supaya mengaudit Australia di Henderson dan Perth. Berikutan dengan trip ni maka satu wish list telah berjaya di pangkah :-)

Seminggu b4 berlepas
Usha ramalan cuaca... antara 18 ke 16 siang dan leh cecah 8 kalau malam. Fuh camana cuacanye tu? So gi laa Universal Traveller utk dapatkan bantuan. Bagusnye kedai ni ada guide kalau bawah 25 apa nk pakai, bawah 10 apa nak and so on. Jadi di universal traveller satu jaket tebal penuh dgn span dibeli dan gi Reject Shop untuk beli long john dan jaket lagi.

Pastu isu halal sudah pasti akan masalah. Pujaan beli roti Gardenia, biskut kering, tuna in mayo, kaya, Milo 3 in 1 dan rendang daging yg dimasak oleh ibu mertua ku.

Day1
Driver sampai umah jam 6am sbb flight kul 9am di Changi. Pas kiss kiss dgn isteri bertolaklah Pujaan. Naik Quantas, first time juga. Pas check in bag terus menuju ke terminal. Oh ya ada sorang lagi Regional Manager gi ngn Pujaan. Dia ajak gi makan kaya toast pagi tu tapi Pujaan x berani sbb takut airport Changi ni besau mcm KLIA. Tertinggal kapal terbang bukannye isu kecik ooiiiii.

Naik kapal terbang terasa jakun dgn seat ada 3 baris dan tv beserta dgn game. Tapi apa2 hal pun ngorok sudah semestinya agenda pertama. Flight dijangkakan mengambil masa 5 jam setengah sudah pastinya tidak seronok jika sedar setiap masa. Aktiviti lain ialah layan movie, dengar lagu dan makan. Masa tidur tu layan album Michael Bublay. Boleh tahan juga rupanya si MB ni.

Jam 1.15pm pesawat pun landing. Dah terasa sejuknya dari dalam pesawat lagi. Kat kastam beg diperiksa dgn detail sbb Pujaan declare ada makanan. Cik puan kastam tu rampas tuna in mayo, rendang dan milo. Alasannye ialah baranga berasaskan telur, susu dan daging x dibenarkan masuk. Peliknye kaya lepas pulak? Mungkin sbb dia x leh baca ingredient dlm bahasa Malaysia kut.

Tunggu si manager ni sampai sbb dia naik Singapore Airlines lmbt 15 minit. Pas dia sampai terus ambik teksi menuju ke Fremantle. Benda yg canggih kat teksi ni ialah dia ada GPS dan mesin kad kredit. Lagi satu dia caj sampai AUD60 untuk trip sejauh 45 minit huhu. Oh ya kat sini udara luar bangunan lagi sejuk dari dlm bangunan. Sejuk mcm air cond.

Sampai hotel dlm 3.30pm. Dpt berita yg kedai kat Australia ni tutup kul 5pm. Sampai bilik solat jap pastu terus kuar semula mengejar kedai2 yg x sabar nk tutup tu. Kitorang round kat Fremantle market smbil jeling2 kedai halal yg ada. Pujaan try beli buah lokal iaitu buah Apple dan Pear. Pear dia besar ooo lagi besar dari penumbuk Pujaan.

Kul 5pm balik semula hotel dan 7pm gi dinner kat hotel Turki yang berjaya dijumpai tadi. Malam cuba call isteri guna Skype tapi gagal. Pelik sungguh.

Day 2
Sini Subuh kul 4.44pm, Zohor kul 12pm, Asar kul 4pm, Maghrib kul 6.15pm dan Isyak kul 7.30pm. So jadual Pujaan dah jadi out sikit sampai tercungap2 nak catch up. Pepagi si manager ni ajak gi sarapan. Nasib baik dh sarapan kat bilik so order hot cokelat je. Naik teksi lagi gi plant di Henderson itu.

Plant ni rupanyer plant sementara je. Jumpa wakil safetynye Miss Sarah Vaughey. So bermulalah siri audit selama 3 ari kat sini.

Kul 6pm balik. Malam keluar lagi round sambil cari makan. Mkn lagi kat restoran Turki smlm. Harganye hmmm memang lah potong tangan dan leher. Sini kul 9pm dah sunyi dah so jalan sikit sekitar hotel then balik je lah bilik. Kat bilik sambung lagi wat keje utk prepare hari esoknye. Try lagi setup Skype dan akhirnya berjaya. Free call siap leh video lagi. Terubat rindu di hati.

Day 3
Sama cam smlm kul 5am dah bangun dah. Layan tv Discovery rancangan feveret Myth Buster. Rancangan tv Australia ni banyak drama boring cam Malaysia. Lainnye banyak iklan pasal suruh beli insuran hayat dan rancangan bercakap. Kalau sukan lak dari pagi sampai malam duk layan ragbi je. Saing dengan piala dunia ragbi, Australia pun tgh hangat dgn liga tempatan diorg.

Arini ada org ambik so x payah bayar tambang teksi yg AUD30 tu. Lunch pulak akhirnya dpt menjumpai Nando's terdekat huhu. Apa lagi terus hantam laaa. Audit x berjalan lancar sangat sbb yg tukang jawab ni baru join 11 minggu. Kul 6pm Pujaan perasan ada guard naik ofis halau orang balik. Ni kalau di buat kat Malaysia confirm guard ni kena tendang dah.

Petang nye balik. Cakap dengan si manager malas nak join dia makan malam. So Pujaan melangkah sorang2 round kat pekan tu sampai sesat. Hujan plak tu. Masalah kat sini ialah tak tau camana nak cover muka dari angin sejuk ni. Cuma leh cuba sehabis baik untuk sorok muka dlm jaket je huhuhu. Kat sini bangunannye macam kat Melaka. Dibuat dari batu bata dan designnye macam orang London gitu.

Well actually Fremantle ni ialah tempat org British buang penjenayah seperti pencuri roti, penipu dan membuang air kecil merata rata. Encik Fremantle ni ialah kapten kapal yg landing kat tempat ni dulu. Fremantle ni pulak jadi tempat persinggahan bot2 dari Eropah ke Asia. So macam bandar pelabuhan lah.

Day 4
Hari terakhir audit di Henderson. Akhirnya abis juga audit kat plant nih. Si manager sbg Lead auditor buat presentation pembukaan dan Pujaan buat separuh lagi.

Malamnye kitorg gi makan kat seafood yg kitorg usha dari hari pertama lagi. Fuh ikannye, kupangnye, lobsternya mmg tahap besau2 lah. Tapi sehidang makanan harganya sama macam dkt restoran Turki punya harga. Join dinner tu ialah sorang engineer dari Henderson yg berasal dari Singapore. Dia share lah cerita camana duduk kat Fremantle ni. Secara asasnye... boring. Kedai tutup jam 5pm tiap ari, sejuk, panas dan orang aboriginal yg dah moden.
Immigrant kat sini boleh beli rumah lepas duduk dlm berapa tempoh. Cukai setinggi 35% tapi perubatan dan pendidikan percuma hingga ke universiti. Harga barang juga x semurah macam kat Singapore atau Malaysia.

Malam itu sungguh sejuk brrrrrr. Nasib baik ada Skype leh cair segala yg beku huhu.

Day 5
Kena audit di Perth pula. Kali ni ofis dan kali ni Pujaan lak kena jadi lead auditor. Kali ni kitorang try naik train miahahahaha. Sistem tiket automatik (eleh mcm naik komuter tu) cuma sekali bayaran walaupun tukar sekali tren (ni x mcm komuter lak).

Ofis ni alamatnye kat The Esplanade. Kalau hotel kitorg duduk tu Esplanade nye ialah padang so cari lah padang. X jumpe.... huhu jadi tunggulah si Sarah ambik kitorg.

Lepas opening meeting terus dlm mode audit pantas. Sendiri tanya soalan dan sendiri juga jawab siap dgn cari evidence. Makan tengahari pun simple2 aje pastu dgn pantas sambung balik audit.
Petangnye untuk mengubat kepeningan kitorang audit si Sarah bawak gi jalan2 kat King's Park. Taman bunga yg juga taman jogging yg sangat besarrr. Kitorang jalan2 sambil hirup udara segar dan release sikit penin.

Pas di hantar pulang ke hotel Pujaan rushing kuar balik sbb nak kejar supermarket yang dikhabarkan buka hingga "larut malam" 9pm. Dlm tgh jalan laju2 tu terserempak dengan sekumpulan aboriginal yg tengah cakap kuat2 dan peluk tong sampah. Salah sorang aboriginal tu tepuk Pujaan dan kata "Willyougimmesomemoneytomeforbuyinglottery mate?" 2 kali Pujaan suruh ulang sbb accent dia pekat gila. Pastu Pujaan kata "ok" dah blah menuju ke supermarket.

Sampai kt supermarket punya lah happy dpt beli barang makanan yg diperlukan. Supermarketnya ada seksyen Asian food you. So leh jumpa barang Malaysia lah kat sini. Masa tengah shopping leh pulak terserempak ngn si manager ni. Apa lagi jimat duit dinner lah hehehe.

Pas shopping menuju ke kedai Ali Baba and 40 dishes. Rupanye ada budak Melayu keje kat situ. Zaid nama dia. Dah 10 tahun duk kat Australia tinggal ngn abang dia. Baru umo 20 tahun. Lahir kat Pahang tapi besar kat Bangi. Seronok dpt jumpa org Malaysia. Kalau korang datang sini silalah melawat budak ni ye.

Malamnye Skype lagi ngn isteri dan juga adik Pujaan. Saje nak check perubahan di tanah air sendiri hehe.

Day 6
Ari terakhir audit di Australia. Semangat yg hampir padam menyala kembali. Dari naik keretapi dah fikir strategi nak abiskan dengan pantas dan efektif.

Masa lunch berjaya jumpa restoran Asia kat satu supermarket. Pujaan perasan yang supermarket ni penuh dengan org shopping. Patut laaa kedai leh tutup kul 5pm.
Petang tu lepas audit kami menghela nafas yang panjang. Ibarat baru lepas abis training kat BTN dan lega dari siri makan yg panjang. Sorang regional manager yg duk Australia ni bawak kitorg jalan2 around Perth. No 1 sekali dia tolong carikan restoran halal di Perth dan hakuna matata! Jumpa restoran Indonesia Indah.

Bila dapat makan nasi tu rasa cam nak nangis huhuhu. Order rendang, sate, chap chai, bandrek dan lain lain. Diorg pun enjoy juga makan makanan Indonesia tu.
Pas makan si regional manager Australia ni bawak gi memburu Kanggaroo. Satu fakta menarik tentang Kanggaroo ialah apabila Kapten Cook nampak bendalah ni dia tanya kat org aboriginal tu "Apa kebendalah tu?" Orang aboriginal jawab "Kanggaroo" yang bermaksud "Aku tak paham kebende yang kau tanya ni?"
Malam tu pusing2 pun x jumpa juga kanggaroo. Takda rezeki. So balik je lah semula ke hotel.

Day 7
Ari balik. Tengok jadual flight kul 7.30am so kena blah dari hotel kul 5am. Dan kul 5am lah baru Pujaan bangun! Dengan kadar 0.08 seconds Pujaan bertukar ke baju tahan api dan terus naik cab.
Beratur kat kaunter dan atendan tu kata "Kami x jumpa nama encik lah". Keliru terus Pujaan buka laptop dan tunjuk intinerary. Tiket Pujaan tak confirm dan waitlisted kut ada seat kosong.

Pujaan duk kat bangku sms isteri kata x jadi balik arini sbb tiket takda dan tengok balik itinerary tu. Rupanye salah jadual daaa. Patutnye naik flight kul 11am bukannye 7.30am. Huhu hampeh. Gi kat food court dan sambung tidur kat sofa.

Flight yg ditunggu akhirnya tiba dan jumpa lagi negara Wallabies! Moga singgah lagi hehe :-)

26 September 2011

Contoh je..

KERTAS KERJA
KEJOHANAN FUTSAL
1.0 Tujuan
Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan

2.0 Objektif

2.1 Objektif perlaksanaan Kejohanan Futsal adalah seperti berikut :

2.1.1 Memupuk budaya bersukan dan meningkatkan kesinambungan mental
serta fizikal;

2.1.2 sebagai alat bagi membantu membentuk jaringan hubungan di kalangan
belia ;

2.1.3 Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta futsal; dan

2.1.4 Memperkasakan sukan futsal .

3.0 Kumpulan Sasar

3.1 Belia yang berumur dari 16 hingga 35 tahun yang mempunyai tahap kesihatan
yang baik.

4.0 Kaedah perlaksanaan

4.1 Peringkat pertandingan

4.2 Kategori

4.2.1 Dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan akan dibuka kepada
belia yang berminat.

4.2.2 Walau bagaimanapun, kategori wanita akan dipertandingkan sekiranya
jumlah penyertaan melebihi daripada 8 pasukan.

4.3 Syarat pertandingan

4.3.1 Syarat pertandingan adalah seperti di LAMPIRAN A

4.4 Yuran penyertaan

4.4.1 Setiap pasukan yang bertanding akan dikenakan yuran penyertaan
sebanyak RM160.00.

4.4.2 Kaedah pembayaran

4.4.3 Yuran penyertaan hanya akan diterima seminggu sebelum tarikh
kejohanan.

4.5 Jawatankuasa pelaksana

4.5.1 Jawatankuasa pelaksana program adalah seperti di Lampiran B.

5.0 Tentatif program

5.1 Tarikh penganjuran yang dicadangkan .

5.2 Lokasi penganjuran Kejohanan adalah di

6.0 Angaran kos

6.1 Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM12,000.00 bagi penganjuran ini.
Perincian adalah seperti di Lampiran E.

6.2 Kos RM12,000.00 ini akan menggunakan peruntukan sebanyak RM5000
daripada peruntukan peringkat Zon sebagai sumbangan kepada kejohanan ini.

7.0 Rasional program ini

7.1 Keberkesanan program ini akan membantu pelapis baru bagi sukan
futsal

7.2 Dapat membantu PeBT mendapatkan data maklumat belia yang menyertai
pertandingan ini melalui borang penyertaan.

7.3 Dapat memupuk minat belia dengan sukan futsal dan menjadikannya sebagai
aktiviti lepak yang sihat bersama rakan sebaya.

8.0 Penutup
Kertas Kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh


Disediakan oleh

22 September 2011

Memilih penyaman udara


Salam & good day, L said,
Zaman sekarang, dengan pemanasan global, biasalah menghadapi panas dalam rumah, dalam bilik. Walau sekarang ini musim hujan, suasana panas masih berlaku walau dalam bilik.
Maka, aku survey lah penghawa dingin. Pengaruh iklan 'inverter', maka survey jugalah inverter. Setakat post ini ditaip, aku masih belum memilih atau membeli air cond. Tapi bila orang memberi komen, selalu mereka berkata "nak beli berapa HP? 2 la, baru power...".
Mengkaji...aku mendapati, menilai sesuatu penyaman udara dengan nilai HP adalah tidak tepat. Aku membaca dan meriview sana sini, dan mendapati 2 perkara teknikal untuk menilai sesuatu penyaman udara ialah: 1- BTU, 2- EER, bakal dihuraikan kemudian. Ciri-ciri lain seperti membersihkan rekaan, warna, bunyi bising, jenis gas, servis, udara, kesihatan, ionizer, tidak dibincang secara mendalam di sini. Penghawa dingin dibincang di sini ialah jenis pemasangan dinding.
1- BTU, singkatan pada British Thermal Unit. Secara umum, BTU menilai berapa suhu diperlukan untuk mainkkan 1 darjah fahrenheit (0.56 darjah celcius) dari 1 pound (0.45 kg) air. Pendek kata, ia adalah unit yang lebih tepat untuk menilai kekuatan sesuatu alat untuk merubah suhu. Berapakah BTU biasa sesebuah penghawa dingin? Aku bandingkan jenama LG, sebab dia dh siap side by side comparison, untuk pelajaran kita hari ini. Sumber asal.
Sebuah V10CRH, Health+ Inverter, RM 1399, menyatakan kemampuan menyejuknya ialah 9700 BTU. Bagaimana hendak membuat perbandingan? Formula berikut boleh digunapakai: (luas ruang "kaki" X 25) + (1000 X tingkap) + (400 X orang) = BTU.
Katalah sebuah bilik tidur: (20 kaki lebar x 12 kaki panjang x 25) + (1000 x 2 tingkap) + (400 x 2 orang) = 8,800 BTU.
Maka, carilah penyaman udara dengan kadar BTU sekitar itu (lebih sikit lebih baik), tanpa terlalu jauh beza, 17,000 BTU contohnya. Dalam kes ini, model V10CFB (RM 1329) dengan 9000 BTU sudah memadai berbanding disebut diaatas, dengan 9700 BTU.

2- EER, singkatan bagi Energy Efficiency Rating, menilai penjimatan penggunaan elektrik. Kiraannya begitu mudah, dengan konsep, berapa BTU dihasilkan dengan setiap 1 watt elektrik. Dengan model V10CRH yang RM70 lebih mahal itu, ia menghasilkan 700 lebih BTU. TETAPI, bagaimana EER beliau? mereka sama-sama versi 'inverter' (nanti akan disentuh sedikit).
Model V10CRH mendapat 14.5 EER, manakala V10CFB dengan 10.92 EER. Semakin tinggi nilainya, semakin jimat, i.e. dengan 1 watt dapat menghasilkan lebih tinggi nilai BTU! Ini adalah kerana, V10CRH cuma menggunakan 670 watt berbanding lawannya dengan 900 watt setiap jam. Dengan ini, kita mendapati model V10CRH lebih jimat elektrik! Tapi, berbaloikah menambah RM70 itu demi penjimatan yang dikatakan itu?
Aku memang lemah matematik persamaan serentak ni, tapi kita kena faham konsep pengiraan tarif elektrik. Kini, TNB menetapkan (tak tau la rate elektrik Sabah/Sarawak) RM0.218, atau 21.8 sen setiap 1,000 watt, setiap jam (penggunaan domestik antara 0-200kWh pertama). Penjimatan antara 2 model tersebut ialah 900watt - 670 watt = 230 watt, setiap jam. Bermakna; 230 watt X 21.8sen/1000watt = 5.014 sen jimat setiap jam. (= RM0.05014)
RM70.00/RM0.05014 = 1,397 jam. Anda perlu ON aircond selama 1,397 jam barulah anda boleh berbangga dengan penjimatan bernilai RM70. Jika 1 hari ON selama 8 jam (waktu tidur11 - 7 pagi), anda memerlukan 175 hari, bersamaan hampir 6 bulan.
(sumber rujukan)
Anggaran bil elektrik dari penghawa dingin: Dari kiraan ini juga, kita boleh menganggar, jika dengan 900watt, darab 8 jam sehari, darab 30 hari = 216,000watt. Kerana limit TNB dan permudah kira, andaikan 200kWh, bersamaan RM43.60 dari SEBUAH penghawa dingin SAHAJA.
Huraian lanjut: sedikit huraian lagi, 
  • 'inverter', dikatakan teknologi yang menjimatkan elektrik. benar. tapi dengan syarat bilik selalu/sentiasa tertupup; i.e. kurang sesuai untuk ruang tamu. kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih mahal.
  • jenis gas. dulu bising pasal CFC. kini dicadangkan gas R22 atau R410.

===========
Kesimpulan: aku belum beli lagi, aku kena survey dengan menilai kriteria-kriteria tersebut di atas, + kos pemasangan, servis material, rekaan, bunyi, etc.
Tambahan: Passive Cooling. iaitu perlakuan demi menjaga kehijauan bumi, dengan mempergunakan alam semulajadi. GREEN katanya. Mengingatkan aku pada sebuah masjid di Putrajaya yang menggunakan sistem penyejukan angin asli, dengan rekaan besi, tanpa sebarang penyaman udara. Passive cooling melibatkan  rekaan dalaman yang menyokong aliran udara; meneduhkan suasana dengan cat gelap, penebat haba, penghalang cahaya terus. Membuka pengudaraan dingin dari bawah, dan membuka ruang udara paras tinggi yang bertentangan lantas mencipta konsep vakum yang mengalirkan udara panas keluar. Bijak ah? Jimat wang.


07 September 2011

Cerpen: "Ustaz"

Salam & good day,
Berikut adalah petikan cerpen (cerita pendek). Aku suka penceritaannya dan bahasa yang digunakan. Kredit pada mcm2ada@googlegroups.com dan penulis asal.

DIA hanyalah seorang ustaz muda yang tampangnya lawa dengan sejemput janggut membalut dagu dan sedap pula mata memandang. Yang hebatnya barangkali, dia berkelulusan Mesir dan berjaya menamatkan kuliahnya dengan pangkat kepujian. Hanya itu.
Ya, bagiku hanya itulah kelebihannya yang aku nampak. Yang lain-lain tidak ada yang bagus. Tidak ada yang menarik di hatiku. Semua yang dilakukannya hanya akan menjuakkan rasa meluat dan tidak puas hati.
Semenjak kepulangan ustaz muda itu, aku seperti cacing kepanasan di dalam masjid. Pantang masuk sahaja waktu solat, hatiku bukan kepalang resahnya. Apa tidaknya, ustaz muda itu boleh sahaja terus menonong ke hadapan mengimami solat fardu tanpa mempedulikan aku. Apatah pula jika dia disokong oleh orang-orang kuat masjid.
“Suaranya lunak tuan imam,” kata Mad Dali guru Bahasa Melayu yang hidungnya tercatuk itu.
“Aku suka dengar dia baca Quran,” komen Dasuki, bilal masjid, yang juga rafik akrabku sejak berdekad-dekad lalu.
“Orangnya tawaduk,” getus Razak, petani moden yang buta sebelah matanya, kesan pertempuran dengan komunis di Sungai Rasau dulu.
Pedih
Paling menggusarkan hatiku ialah apabila isteriku sendiri berkata kepadaku kala cahaya mentari mula mengemilau di ufuk.
“Elok budi bahasanya, lembut tutur katanya, bang haji.”
Aku yang pada waktu itu sedang ralit mengunyah lepat terhenti. Ketul-ketul lepat yang menyusur di kerongkong seperti duri-duri sembilu yang menusuk-nusuk tekak. Pedihnya lama dan membengkak.
Aku tidak mempedulikan kata mereka. Sebagai seorang imam dan orang tua, aku tahu bahawa pengalaman diri akan menjadi senjata ampuh sekiranya ustaz muda itu berniat untuk mengambil alih jawatan ini daripadaku. Aku akan berkata, bahawa pengalaman yang banyak membawa perubahan kepada masjid ini. Jika dia berkeinginan untuk menjadi imam, dia mestilah mempunyai pengalaman dan menimba asam garam kehidupan dahulu.
Pernahkah dia menjadi imam? Memimpin jemaah yang majoritinya terdiri daripada orang tua-tua? Aku tersenyum sendiri. Pedulikan sahaja apa yang ingin dikatakan orang. Pedulikan sahaja mulut manis orang kampung tentangnya.
Pernah suatu ketika selepas berjemaah subuh, dan aku sedang mengalunkan surah an- Nur, datang Dasuki kepadaku dan memaklumkan yang dia ingin menjemput ustaz muda itu memberikan kuliah. Aku tidak pasti pula sama ada ustaz muda itu yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Tiada jawapan yang keluar, tiada respons kuberikan, sekadar senyuman tawar kulemparkan kepada Dasuki. Aku hanya menyumpah dalam hati - ustaz muda itu sudah kuberikan betis, inginkan paha pula!
Mula-mula ustaz muda itu berceramah tentang solat. Katanya, solat itu tiang agama. Solat itu manhaj dan asas dalam kehidupan Muslim. Solat jugalah yang membezakan di antara seorang Muslim dan yang kafir. Waktu yang paling hampir bagi seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika sedang sujud. Malah, dia juga menekankan tentang keutamaan solat berjemaah di masjid. Itu lambang kebersamaan dan kekuatan sesebuah komuniti.
Ya, memang waktu mula-mula aku dilantik menjadi imam dulu, solat berjemaahlah yang aku tekankan. Pernah suatu ketika aku menahan Dasuki daripada mengalunkan iqamah dan aku meminta jemaah meluruskan saf yang seperti ular kena palu. Aku meminta mereka menyamakan tumit dan merapatkan bahu. Aku meminta mereka supaya saling berprasangka baik dan jana mawaddah dalam hati. Bukan mereka tidak tahu yang saf merupakan salah satu daripada kesempurnaan solat berjemaah.
Aku meneruskan bacaan. Sesekali kupanggung juga kepala melihat ustaz muda itu memberi kuliah. Dia kelihatan bersungguh-sungguh dan air mukanya memperlihatkan ketokohan dan kredibiliti. Aku sedikit mencemik dan teringatkan kehebatan masa mudaku.
Ustaz muda itu mengingatkan jemaah subuh yang hadir tentang wuduk. Katanya, jangan ambil mudah soal wuduk. Wuduk yang tidak sempurna akan menjadi penghalang kekhusyukan. Dia memfokuskan tazkirah kepada beberapa hikmah wuduk. Wuduk adalah lambang bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dan kesihatan. Wuduk akan membentuk sikap sabar, cermat dan teliti.
Sabar akan tercerna apabila ada sikap memastikan wuduk sentiasa sempurna. Sabar untuk ke tandas beristinjak, memastikan pakaian dan diri bersih dari hadas kecil dan besar. Sabar untuk menyingsing lengan baju, membuka kasut dan stoking bagi mereka yang bekerja. Sabar mengambil wuduk dengan tertib, mengikut urutan rukunnya. Sabar menyebut nama Allah, membasuh dua tapak tangan, berkumur-kumur, menyelati janggut dan bulu yang tebal pada bahagian wuduk dan menyapu seluruh kepala, sabar menyelati celah-celah jari tangan dan kaki dan menyapu dua telinga, sabar mengulanginya sebanyak tiga kali pula dan dilakukan secara berturut-turut.
“Bukankah itu semua sunat wuduk, ustaz?” Bilal Dasuki menyampuk, keningnya berkerut.
Aku tersenyum sinis dan ustaz muda itu juga tersenyum, tetapi tenang dan tidak terkejut gamaknya.
“Apabila kita tahu itu semua adalah sunat wuduk dan kita membiasakan diri melakukannya, bukankah itu sabar?” Suaranya tenang tetapi menggoncang. Dasuki kelihatan terangguk-angguk. Aku terkedu buat kali pertama. Paradigma diri sedikit tergugat.
Aku menarik nafas dan kembali membaca surah. Sesekali menyelinap juga rasa bersalah dalam hati apabila mata melihat yang hak, tetapi hati tidak khusyuk mendalami ayat-
ayat Allah. Akhirnya aku menutup mashaf dan menekur lantai masjid. Telingaku pasang sedia bagi menangkap butir-butir tazkirah ustaz muda itu.
Segani
“Tuan-tuan yang saya segani. Sikap cermat pula akan terjana apabila kita merealisasikan hadis riwayat Imam Muslim daripada Anas, “Nabi berwuduk dengan secupak air.” Bayangkan bagaimana cermatnya Rasulullah s.a.w. menggunakan air, meskipun dalam berwuduk. Dan bukankah baginda nabi mengajar kita supaya menghindari sikap boros dan mendisiplinkan diri supaya sentiasa berwasatiah atau bersederhana dalam kehidupan?”
Aku terkesima. Tenggorokku turun naik menelan liur. Ya, isi tazkirahnya biasa, tetapi ada wacana yang disuguh. Ada lontaran yang perlu digenggam.
“Wuduk akhirnya akan membentuk sikap teliti dalam diri. Kita disunatkan melebihkan basuhan muka ke bahagian kepala, membasuh bahagian atas dua siku dan buku lali. Perbuatan ini melahirkan sikap teliti dan sentiasa fokus. Bagi kita umat Islam yang dikehendaki bekerja, sikap ini akan mempergiat produktiviti dan kualiti kerja.
Tuan-tuan, selesaikan dahulu wuduk kita, sempurnakan wuduk dan barulah layak untuk kita berbicara soal solat dengan lebih dalam pula.”
Aku terdengar ustaz muda itu mengakhiri kuliahnya dan memberi salam. Aku cepat-cepat bingkas, meletakkan mashaf di rak dan terus melangkah keluar masjid, tanpa menyalami sesiapa pun.
Suatu petang sebaik sahaja mengimami fardu Asar, aku gesit meninggalkan masjid setelah menyalami beberapa jemaah, apabila ustaz muda itu kulihat dari jauh datang ingin menyalamiku. Ada rasa bersalah, tapi aku culaskan.
Dasuki datang ke rumahku petang itu. Kami duduk di ruang tamu. Di rumah kala itu hanya ada anak perempuanku, graduan universiti tempatan yang baru diterima bekerja di sebuah firma swasta. Dia di dapur menyediakan sedikit juadah. Isteriku pula keluar mengajar Quran untuk orang tua-tua.
Apabila Dasuki memandang anak mataku, ada dedar menghambat. Ada debar cukup kuat beralun. Aku dapat merasakan Dasuki ada permintaan. Yang naluriku cukup kuat menebak, permintaan itu adalah untuk aku melepaskan jawatan imam!
Aku tidak sanggup menahan panahan matanya, lalu pandanganku menekur lantai.
“Kau sakitkah, imam?”
Aku menggeleng. Seperti budak kecil pula lagakku.
“Kau sekarang sekejap sahaja di masjid. Jarang dapat borak-borak dengan jemaah.” Suara Dasuki mendatar.
Dadaku seperti tertusuk jarum peniti.
“Aku datang ni nak sampai cadangan ustaz muda itu. Dia bercadang untuk menjemput kawan-kawannya mengadakan program motivasi dan khemah ibadah untuk anak-anak kecil, mengajar kitab, dan sebagai khatib tamu. Bagus juga cadangannya.”
Hatiku mendongkol. Bukan tidak pernah aku menjemput rakan-rakanku yang kebanyakannya sudah pencen untuk memberi kuliah dan mengajar kitab. Barangkali tajdidnya hanya pada program motivasi dan khemah ibadah itu. Tidak pernah pula program untuk anak-anak kecil diadakan. Tidak pernah pula perkara itu terbit dalam kotak fikirku. Debar di dada mulai surut. Kelegaan menjarah.
“Aku rasa elok kita beri dia peluang dan ruang. Mereka kelompok muda, dan ustaz itu lebih faham kasus kelompok mereka. Manhaj dakwah apakah yang sesuai dan rasional. Bukankah Rasulullah pernah menggunakan tenaga Sayidina Ali yang sangat muda dalam peristiwa hijrah?”
Aku rasakan atap rumahku seperti roboh dan menghempap kepalaku. Pelbagai rasa berbaur dalam dada. Debar hilang serta-merta.
“Tak sangkakan haji, budak montel yang berhingus itu kini sudah berjaya dan aktif menghidupkan masjid, memberi sumbangan untuk kita dan anak bangsa.”
Kepala kuangkat perlahan dan kupanggung melihat tampang Dasuki, “Budak montel berhingus?”
“Ya, si Mustakim. Anak murid kita yang montel dan berhingus tu. Dia berkirim salam pada kau. Dia diterima mengajar di sekolah kampung ni. Katanya, dia segan amat denganmu, dan dia akan menjadi manusia yang benar-benar manusia, memanusiakan manusia dengan Islam. Dan yang paling aku suka, katanya lagi, dia akan menjadi sebutir benih, yang walau dicampak ke mana pun, akan tumbuh subur menjadi sebuah pulau. Dia memetik kata-kata As-Syahid Hasan Al-Banna.” Dasuki tersenyum memandangku. Dia rafik yang begitu memahami. Ada rasa bangga bersatu dalam senyumannya itu.
Subhanallah! Fikiranku berpusar mengingat lembaran sejarah berdekad lalu. Sehingga fikiranku yang hanyut itu andar pada suatu hari paling bermakna bagi seorang guru - Hari Guru.
Budak montel yang selalu berhingus itu datang kepadaku dan meletakkan bungkusan hadiah di atas mejaku dalam bilik guru. Aku hanya tersenyum sepicing kepadanya dan buat-buat menanda buku kerja. Budak itu terpinga-pinga menanti dan apabila lama tercatuk di tepi mejaku, dia keluar dengan kepala tertunduk. Aku menghela nafas lega, dan apabila aku membuka pemberiannya dalam bungkusan kertas akhbar lama yang sudah koyak rabak, hanya ada lima biji telur ayam kampung yang masih melekat bulu ayam.
Sebenarnya, budak montel itulah yang paling aku meluat kerana pakaiannya yang comot dan tidak terurus. Pelajarannya tidak pernah mengecewakan tetapi bau badannya sangat meloyakan. Sepanjang enam tahun dia menjadi anak muridku, tidak pernah aku melayannya dengan baik, meskipun Dasuki pernah memberitahuku, bahawa aku adalah guru kesukaannya.
Bersalah
Perlahan-lahan rasa bersalah menyelinap ke dalam hatiku. Yang tidak pernah kulupa, saat keluarnya keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, dia datang kepadaku dengan senyuman cerianya dan berkata, “Ustaz, saya dapat semua A.”
Aku hanya tersenyum tawar dan membalas katanya, “Semoga kau jadi manusia yang benar-benar manusia.” Kemudian aku memberitahunya aku sibuk dan berlalu meninggalkannya. Dari lirik ekor mata, aku lihat senyuman cerianya mati dan tangannya menggigil memegang kertas keputusan UPSRnya. Sejak itu, aku tidak mengetahui lagi perihal dirinya, sehinggalah saat ini. Ada rasa sebak membuyar. Ada rasa haru yang mencengkam. Jika tiada Dasuki waktu itu, sudah tentu ada air mata sesal mengalir di pipiku.
Paradigma diriku saat itu bertukar seratus peratus. Aku perlu memberi ruang dan peluang. Di masjid, aku sudah mula tersenyum apabila menyalami anak muda. Kata Mustakim, senyum itu ada kuasa tanpa tenaga, senyumlah apabila orang muda menyalami yang tua, dan yang tua menyalami yang muda. Bak pinang pulang ke tampuk, bak sirih pulang ke gagang.
Aku sudah mula menghargai generasi muda yang datang ke masjid. Aku sentiasa meraikan, mendorong dan mengagih tugas, puji dan beri semangat, supaya mereka tidak menjauh dan sentiasa akrab berjemaah. Penceramah-penceramah di masjid sudah aku seimbangkan di antara yang muda dan tua, supaya saling berganding bahu dan bekerjasama. Jemaah semakin bertambah, tua dan muda, harmoni dalam cinta kerana Allah.
Kini, aku sudah bersedia seikhlas hati, menanam niat suci dalam lubuk nubari, sudah tiba masanya untukku melepaskan jawatan imam ini kepada Mustakim, ustaz muda, yang kini sudah sah menjadi menantuku.

Wassalam.

01 September 2011

Syawal, Merdeka dan Happy Birthday 2011

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Pujaan ucapkan kepada semua. Diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera di musim perayaan kali ini.

Tahun ni kita menyambut Syawal unik sikit sebab bersaing dengan Merdeka dan happy birthday utk yang lahir pada 31 Ogos. Maka dapatlah kita lihat kereta Merdeka dihiasi dengan bendera dan pemandunya pula bergaya dengan baju raya. Ok lah tu beb.

Pujaan pulak 1st time beraya sebagai laki orang. So agak mencabar lah sebab masa bujang dulu takde nye nak planning- planning nih. Dulu balik kerja terus shoot balik kampung. Sampai kat kampung baru laa nak shopping itu dan ini. Tahun ni lainnnnnnnn.

Masa awal2 puasa dah tanye berapa bajet dan nak beli apa. Pastu carilah barang2 yg diperlukan utk hias rumah sendiri. Pastu cari baju raya utk isteri dan diri sendiri dan juga kuih muih. Bab hari pertama raya pula kena adil nak beraya di kedua- dua rumah sendiri dan mertua. Nasib baik isteri Pujaan ni mithali orangnyer.

Pada hari Ithnin, selepas bersahur Pujaan dan Isteri bergerak pelan- pelan menuju ke Batu Pahat. Duk kat BP 2 hari sampai raya pertama dan kemudian bergerak ke JB pulak. Keselamatan di jalan raya diutamakan kerna enggan menjadi statistik polis trafik. Selepas segalanya ready baru gerak mengharungi highway.

Di pagi raya bermaaf- maafan dengan ibu bapa dan adik beradik dan pergi beraya rumah nenek pakcik makcik sepupu sepapat. Di malamnye pulak pas Maghrib bergerak balik ke JB. Maintain jarak 3 biji kereta di hadapan walaupun keter kat belakang cucuh angin baekk punya. Syukur selamat sampai tanpa apa2 insiden.

Di JB pun sama juga jadualnya. Perut nampak nye dah hampir kembali ke saiz pre puasa huhuhu dek telan air gas bergelas gelas huhuhuhu.

Hari ini sambung lagi beraya. Sebelum itu Pujaan dan isteri menyusun jari memohon maaf, jalok ngapuro atas kesalahan kesilapan yang senghaja dan tersenghaja, halal kan makan minum kepada semua pembaca Teratak Pujangga.

18 August 2011

Swindler~ definisi

Salam & good day,

dalam bulan puasa nih, aku nk menulis tentang penipuan. Jaman sekarang nih, macam-macam cara orang nak buat duit, nk merompak, malas sbb tido awal. Merompak la di siang hari, menggunakan lubang2 undang2. Kalau anda ada layan tv siri Leverage, tentu anda biasa dengan hal-hal penipuan. Mereka team terpower...

Swindle, menurut kamus Concise Oxford siri ke 11; use deception to deprive of money or possessions. obtain fraudulently. Apakah termnya dalam bahasa melayu? aku pon tak tahu perkataan paling keji boleh kita tempatkan. Setakat ini, "penipu" mungkin sudah memadai, walau agak terlalu general.

Selasa yang lalu, aku dapat panggilan promosi dari pakej percutian hapekenama tah, mengatakan aku dah bayar RM390 yurun, tapi tak pernah guna. So, aku diminta datang untuk majlis ceramah ntahapeakutakminatnaktaupon. Aku tak ingat aku pernah bayar apa2 bernilai RM390, untuk apa saja pakej percutian. Ada 1 panggilan penipuan kad kredit yang pernah aku terima dan dah aku ceritakan di sini. Tapi itu telah aku batalkan terus kad kredit tersebut, sebelum apa2 charge berlaku. Itupon aku tak disclose 3 digit pin blakang tu lagi.

So, dengan tenang, aku melayan 'penipuan' (personal assumption) pempuan tu. Pastu aku masuk lift, nak balik umah, ramai gak orang dlm lift tu. Klu tak ramai, mmg aku nk sound direct je "ni panggilan penipuan nih!!!" So, aku menolak dengan cara baik je "owh, ade ke saya bayar, tak ingat pon. takpela, saya taknak pegi. burn je la yg dh bayar tu, banyak lagi duit saya....". ahaha.

Maka, itulah dia, anda semua berhati2lah yer. Berkenaan itu, mari aku berkongsi kisah minat aku pasal komik, manga. Aku pon membaca komik2 fiksyen macam biasa, sampai boring, aku baca pula forum berkenaan manga yang dikatakan genius, seperti Naruto, Death Note, Lair Game. cadangan2 forumer itu aku nilai sendiri... dan manga yang tiba2 terus menarik hatiku bertajuk KUROSAGI. (black swindler)
Mengisahkan serang remaja 21 tahun (remaja ke?) bernama Kurosaki, yang menentang para swindler lain. ala2 dia nih swindler baik la...sama mcm Leverage, tapi dia sorang je. (Leverage jauh lagi power sbb ade mastermind, grifter, hacker, hitter & thief. Tahap master semua!). Maka, swindler lain menipu wang orang, dia pula curik balik wang tu daripada penipu. Pastilah memerlukan kebijaksanaan yang tinggi. Menjadikan ia sebuakan kisah non-fiksyen yang sangat menarik, dan mungkin berguna pada kehidupan kita seharian.

Menyambung review, antara penipuan yang dipaparkan, bagaimana orang boleh menipu dengan barangan kosmetik, penjualan kereta, sijil pendidikan, perkahwinan, dan sebagainya. Kalau rajin dan ada masa, boleh lah cuba baca http://www.somemanga.com perlu berdaftar percuma. Baca online!

Selamat berpuasa, maaf zahir dan batin. ops...awal sangat?

08 August 2011

Ramadhan, Syawal dan Lembaran baru

Salam Ramadhan al Mubarak. Moga semua pembaca sabar mengharungi ujian dan dugaan di bulan puasa ni.

Ramadhan dah Syawal tiba lagi. Bagi Pujaan bulan Syawal selain dari meraikan bulan ibadat, ini juga masanya yang Pujaan bermula kerja di tempat yang baru. Kalau ikut sejarah, bermula dengan di Batu Pahat dulu pas raya Pujaan "sambung" cuti dan terus berkhidmat di KL.

Then pas di KL setahun, Pujaan beralih angin ke Johor pula masih di bulan Syawal. Semenjak itu Syawal dah jadi macam tarikh peralihan utk Pujaan.

Setelah 3 tahun di Johor, jadual perpindahan tu mcm dah tak laku oleh Pujaan. But then tahun ni nampaknye ada  harapan pisang berbuah utk kali ke 3 nye. Pada bulan Julai Pujaan telah menghadiri satu temuduga utk satu vacancy yg Pujaan x apply. Maksudnya head hunter lah yg cari Pujaan dan submit Pujaan nye resume. Sebenarnye semenjak keje kat kompeni skrg ni, takda satu pun job application yg berjaya utk menjemput Pujaan ke interview hingga lah hari ni.

Posisi yg ditawarkan ialah mid management, satu posisi yg ditarget utk "selepas- kompeni- skrg- kalau- nak- berenti". So berkobar- kobar cari fail sijil yg lama x guna tu... x jumpa.. Tanya ngn Nora chan nmpk x? Magicnye terus jumpe pastu. Susun- susun sijil baru dan terus gi ke sana.
Masa interview buat cara macam meeting kat kilang. Soalan mencabar- mencabar yang ditanya. Mana yg tak tau Pujaan jawab "I dont know" je. Satu soalan yg telah menyebabkan Pujaan "di sekolahkan" ialah "Macamana you boleh mintak gaji 8k ni ye?" Pujaan jawab "I benchmark dgn gaji bos I". Dan pastu mulalah pot pet "long way to go" "climbing up too fast" "very young" bla bla bla.

Balik kilang tunggu dlm 2 minggu pastu dpt call dari head hunter mintak payslip copy 3 bulan. Bagi je lah. Then surat offer pun datang. Pas dekat bos, bos ajak bincang dgn bos lagi satu. Suruh anta surat berenti kalau berani, dah anta dah dan tarikh utk report ke kompeni baru ialah pas raya.

So skrg in the mode of counting down tik tok tik tok. Nak gi keje pun maleh muahahahahaha.

Selamat berpuasa semua ^_^

05 August 2011

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini Penuh Makna...

Assalamualaikum,

Well guys.. Selamat Menyambut Ramadhan. Maaf Zahir & Batin. Ada ustadz kata lebih elok kita minta maaf pada bulan Ramadhan kerana kita akan berjuang ngan nafsu kita. Dan seperti mana peperangan, kita mesti 'bersih' dan memohon maaf ada lah salah satu caranya.

Di mana perlu aku mulakan? Post kali ini amat bermakna. Mana taknya inilah pengalaman pertama aku menulis dan aku bekerja di tempat baru. Sebagai 'teller' di BIMB Nilai.. Sudah tentu banyak benda baru yang aku akan lalui. Semuanya best! Tak sangka aku akan laluinya. Penat memang penat. Tapi ia memuaskan.

Ada aku duduk berborak ngan member lama aku. Entah apa mimpinya nak berjumpa dengan aku. Seperti biasa dia mengeluh kerana dia masih tidak naik pangkat lagi. Tatkala itu aku hanya terdiam kerana aku juga mengerti perasaan dia. Yerlah dia masih berpegang pada prinsip dia yang lau dia bekerja keras untuk syarikat, dia akan dinaikkan pangkat. Sedangkan sudah beberapa kali aku cakap yang lau kita hanya bekerja tanpa mem'bodek', kita takkan dinaikkan pangkat. So, apa yang aku boleh buat, ialah mendengar sahaja keluhan kawan aku tu. Hidup sebagai kerani akan terus sebagai kerani lau kita stay lama di sayu2 syarikat atau bank. Tengok saja Nuar, member aku yang skrang dah jadi 'orang kuat' Regional Office Southern Region. Masih lagi kerani walaupun dia skrang memegang task yang berat sekali. So, member aku plak terdiam bila aku cakap macam tu. Aku nasihatkan dia untuk hargai apa yang kita ada. Tak salah memasang impian, tetapi janganlah kita mengeluh bila apa yang kita nak, tak dapat. kita patut muhasabah dan perbaiki diri. Opportunist.. Bijak mengambil peluang..

Setiap apa yang kita lalui akan terus menjadi pengalaman. Kata orang, "Bukan pengakhiran yang kita pentingkan, tetapi perjalanan tu yang penting. Dengan apa atau siapa yang kita jumpa, kita berkawan, bercinta dan pengorbanan. Itu lagi penting...

So, lesson for the day, hargai apa yang kita ada..

Ada peluang x saya nak naek lagi?Or cari better offer je..Hmmmm
about an hour ago · ·

02 August 2011

Romadhon 1432 Hijrah.

Salam & good day, L said. Salam Ramadhan.

as requested, L menaip...
Satu lagi Romadhon tiba, dan syukur, kita diberi peluang sekali lagi, walau peluang sebelumnya sengaja kita abai-abaikan. tawaran tahun ini masih sama; 10 kali ganda bagi setiap huruf al-Quran dibaca, amalan baik yg lain juga berganda, bersedekah juga dengan gandaan (ada dalil?), buy 1 free 1 iaitu memberi makan orang berpuasa bakal mendapat pahala yg sama tanpa dikurangkan. Dan bonus terbesar~ (drum roll) "Lailatul Qadr", malam yg lebih baik dari seribu bulan. Senang kira, 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun. Fuh, kalau beramal malam tu, mcm beramal 83 tahun?! Tapi ingat, kata kunci ialah 'malam'. So, kena gak cover amalan siang, solat, puasa. hehe.

So, adakah kita merebut tawaran ini? Up to you. Buatlah apa anda mahu, jangan sampai tangan kiri tahu. Tak perlu diajar, masing-masing dah besar. Cuba kadangkala perlu diingatkan.

Ramadhon tahun 2010, penulis sempat berpuasa di Bintulu, Sarawak. Kerja penuh bersemangat dengan 3 lagi opismet, dalam tak sedar, tiba waktu berbuka...dengan air mineral sahaja. Maklumlah, di sana 20 minit lebih awal. Ramadhon tahun ini, penulis dijangka kena outstation lagi, kali ini tinggal isteri dan anak. Kasihan mereka. huhu... Bagaimana romadhon anda?

Dengan munculnya tv al-Hijrah (astro 114), bertambahlah rancangan tv islamic selain TV9 serta astro Oasis. Ada 2 rancangan kegemaran penulis di chanel tersebut, iaitu "Crown of Light" dan "Para Pencari Tuhan". Rancangan bermanfaat untuk kanak-kanak serta dewasa. Heehehe...

End note: menundukkan nafsu, adalah antara misi amalan berpuasa. Maka, pada hari terakhir romadhon, nilailah sendiri perubahan diri kita, adakah kita telah lulus...dengan jayanya? masih tebalkah tamak haloba, dengki mendengki, sudah ringankah tulang kita untuk beibadah, beramal, adakah kita bersemangat menjaga kata-kata pertuturan, penulisan, penglihatan serta deria lainnya? berapakah markah anda?
Apapun  keputusannya, anda sendiri yang tahu, maka raikanlah kejayaanmu dengan sambutan aidil fitri, 1 hari yg diharamkan berpuasa. Enjoy your day!

31 July 2011

SELAMAT BERPUASA


'''''' 人
( ___)
. ┃口┃
. ┃口┃
. ┃口┃     ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     .人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______​三
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
━━━(MARHABAN YAA RAMADHAN )━━━━SALAM RAMADAN ......




Dari sidang redaksi Teratak Pujangga

19 July 2011

Penipuan Internet Banking

Assalamualaikum,

Siang tadi macam biasa aku bekerja di Bank Islam Nilai. Anehnya hari ini seakan2 kurang pelanggan yang datang ke bank. Selalunya time2 macam ni bukan main ramai orang datang. Mungkin taufan student daftar n bukak akaun dah berakhir. Entahlah. Cuma aku dapatlah habiskan kerja2 back-office aku tu. Dapat balik on time sket. Lagipun isteriku demam hari ni. Kenalah balik awal sket.

Well, tiba2 greeter, salah seorang staf bank datang kepada aku dan berkata, "Abg Nep. Saya tgk lain macam je kakak tu. Macam tengah daftar internet banking. Macam sindiket yang boss bagitahu aritu."

Aku pun suruhlah greeter tu menyapa akak tu dan suh datang ke kaunter aku. Tetapi setibanya di kaunter, aku terdengar plak akak tu bagitahu pada org yang sedang dalam taliannya tu yang dia berjumpa dengan pegawai bank. Lalu dia berpatah kembali keluar kerana seolah2 org yang sedang dia bercakap itu berkata kepadanya jangan bagitahu apa2 kepada pegawai bank.

Aku mula sangsi dan menyuruh Assistant Manager untuk attend kerana dia perempuan dan mungkin senang nak settle. Ini kerana kami cuba selamatkan seorang pelanggan dari ditipu sindiket penipuan Perbankan Internet.

Namun, staf bank tu gagal menyuruh akak tu untuk tidak meneruskan transaksi tersebut dan akak tu telah memberi pin number internet banking tu kepada sindiket tu. Maka gagallah kami untuk menyelamatkan akak tu.

Setelah selesai, aku terdengar akak tu berkata, "Dapat gak aku RM50k.!"
Tanpa sedar dia telah ditipu dan sempat gak dia memandang dengan muka yang marah kerana kami cuba gagalkan usaha dia untuk membuat transaksi tersebut. Aku yakin tak lama akak tu akan datang semula ke bank untuk tutup akaun dia. Tunggu je la..

Sedikit info tentang penipuan Internet Banking.

Modus operandi:-
-Pelanggan akan dihubungi oleh seseorang yang berkata pelanggan telah memenangi sejumlah wang yang lumayan. Selalunya aku dengar dari Power Root & Shell. Yang lain aku lum dapat info lagi. Bukan aku nak kata ini dari pihak Power Root atau Shell cuma sindiket menggunakan nama mereka untuk membuat penipuan.

-Pelanggan akan diarahkan untuk mendaftar Internet Banking yang selalunya kena daftar melalui mesin ATM. Cuma apa yang perlu dibuat ialah memberikan nombor pin kepada sindiket dan daftarkan no. tel sindiket sebagai penerima sms untuk password I Access Code di mana pelanggan perlu mendapatkannya untuk membuat transaksi di Internet Banking.

-Setelah itu selesai mereka akan mengatakan, "Tahniah! Duit anda akan dimasukkan tak lama lagi!" Tanpa disedari maklumat akaun pelanggan telah pun berjaya di'access'. Bila duit akan masuk dan duit itu akan hilang.

=Pelanggan mungkin boleh berkata yang akaun itu tidak ada duit pun. Cuma apa yang perlu diingat, maklumat akaun pelanggan dapat dilihat dan di'monitor' setiap masa. Pasti satu hari nanti duit akan dimasukkan dalam akaun tersebut. Dan ketika itu lah duit akan hilang tanpa dapat dikembalikan.. Ada kes pernah berlaku. Bila seorang anggota polis telah hilang semua duit claimnya kerana sindiket ini.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews