02 January 2010

A Guys night out

2 minggu lepas Pujaan call si Marya dan BI nak ajak minum2 sambil bagi kad kawen si Raksasa C. Pucuk dicita ulam mendatang, rupanya diorg plan nak jumpa si Ta'an sekali. So pastu kami berjumpalah di Benafee' Cafe di Jalan Abdullah Tahir.

Si Ta'an ni berada di Johor selama sehari utk keje mengaudit rupanya. Audit tu pulak audit Occupational Safety and Health... "Sama line laaa kita" hehehe bangga jap Pujaan sbb ada gak member yg join line ni.


Ta'an ni bekerja dgn syarikat UMW dan beliau duk di Pangkalan di KL. Masih bujang lagi dan tak nampak ada tanda2 nak bernikah dlm masa terdekat nih hehehe. Kalau ada gadis yang nak menasihati beliau supaya cepat berkahwin, silalah kontek Pujaan cepat2 hehehe.

Masa Pujaan hulur kan kad tu beliau cakap, "Pucau ni yang mana satu?"
Tercengang jap laaa kami bila ada soalan tersebut. Macam2 laa description kami bagi contohnya:
Berbulu hitam, besar, tarik tali duk kat belakang, Senat, budak Muo, hensem, etc..etc
tapi beliau reply simple je... "Aku masa tu sibuk bercengkerama kut" hampes sungguh

Pas minum2 kami bawak diorg gi Danga Bay for a stroll.. Jalan- jalan sambil cuci cuci. Yang peliknya si BI ni dah punch out pun duk sibuk layan 'customer' punya sms. "Diorg kata line x clear" jawab beliau bila ditanya apa problem ngn customer nye. Gasak mu laa BI, asal jgn lupa claim OT dah ler. Ni baekk punya customer service nih.
Oh ya, si Ta'e pun dah kawen dah. Majlis beliau masa Krismas aritu tapi masa tu tgh sibuk dgn aktiviti balik kampung so x sempat laa beb. Congratz to Ta'e.
Ta'e ni yg mana? Dia ni dak DBS (agaknye), aktif ngn Silat sama si Sagu, ada tanda lahir kat bibirnye.. Gambau xde lah.


Seluar Petak dan Baju Sendat

Balik dari jumpa para jejaka nih, Pujaan sampai umah dlm kul 12.30am. Pas park keter, tang nak kunci pagar tu Pujaan ternampa 2 susuk tubuh yg menggiurkan sedang menghampiri. Bila dah dekat tu tgk muka cam Nyah.. "Nyakat kejap best nih" bisik hati nakal Pujaan.

Baru je Pujaan nak tego dia tanye "Bang sini kat mana?".. "eh, budak pompuan upanyer"... apa jenis soalan dia tanya nih?
"Taman dot dot dot, Gelang Patah laaaa"
"Sini dgn Angsana jauh x?" budak lagi sorang tanye
"huh kalau engko jalan kaki insya Allah pagi sok musti sampai laaa. Tapi naik keter 20 minit sampai dah".. "Sape engkorang ni?"

Pastu bukak laa citer diorg ni ada org bwk diorg gi umah depan tu dari Danga Bay tadi nak lepak- lepak. Yang bawak diorg tu sorang, tapi bila sampai ada 2 org kat umah, bila masuk umah lagi 2 org kuar. "Saya takut bangggg, diorg nak xxx ngn yyy kan kami"

Pujaan tengok atas bawah atas bawah, suar petak, baju sendat, rambut merah, mekap tebal, henpon murah.... ni mesti bdk bru abis sekolah wat keje part time pastu x menyabo nak kawen nih.

"Abis tu engko nak abang nganto gi Angsana ke?" "Eh boleh ke bangg?" "Nak ke x?"
cepat aje diorg masuk keter. "Haiii kene bayar tol lagi..minyak pun baru isi tadi huhu"getis hati Pujaan. Masuk je kete duk pikir laluan mana yg selamat. Mamat yg kemaruk xxx n yyy nih mesti mencarik nih. Lalu highway risiko lebih tinggi utk dijumpai dari lalu jalan lama. Try call member nk mintak tolong tapi x ngangkat pulak. Hampes betul.

So lalu lah jalan lama.. Dalam keter mulalah sesi investigation CSI Pujaan hehehe.
"Mana engko jumpa budak laki nih?"
"Saya kenal baru 3 ari bang, tadi kami jumpa dekat Danga Bay pastu dia ajak naik keter gi rumah dia lepak- lepak. Saya pun ikut je bang tak fikir apa pun"
"Engko asal dari mana?"
"Saya ngn adik ni asal dari Negeri Sembilan, datang sini tumpang umah makcik keje part time"
Pujaan sambung ngn sesi ceramah jenayah seksual dan harapan keluarga.

Kesimpulannye:
Remaja yang x berotak dan buat keputusan melulu memang wujud kat dunia nih. Ciri- ciri fizikal: suar petak-petak, baju sendat, rambut berkaler, nokia 2nd hand dan mekap tebal. Tunjukkan mereka sebuah kereta dan tanam tebu di bibir dan mereka kepunyaan anda.

Apa yang boleh kita lakukan utk sedarkan mereka ini?
Yang pasti, kalau lah Pujaan x balik pada jam 12.30am itu, mereka akan masuk dalam muka depan Kosmo! dan ruang jenayah di Berita Harian.
Possible root cause: Mungkin cara keluarga dlm menegur perlakuan mereka menyebabkan ego remaja mengatasi akal atau mungkin tiada langsung. Mengambil risiko ialah sifat remaja cam kita dulu ye tak?

So take a look again at our family members dan pastikan samada mereka ada ciri2 mcm minah 2 org ni dan kongsilah pengalaman Pujaan ni.

Adios

Datanglah Rumah!

Assalamualaikum,

Tiada apa yang boleh saya katakan kecuali dengan rendah diri menjemput rakan-rakan ke rumah saya bagi memeriahkan majlis perkahwinan saya pada 24 Januari 2010 di alamat; 93-56 Taman Bunga Tanjung, Jalan Junid 84000 Muar, Johor Darul Takzim.

Sudilah apa kiranya rakan-rakan meluangkan masa untuk hadir di majlis tersebut. Sudah sekian lama saya tidak sempat berjumpa dengan kalian semua. Terasa rindu di hati ini tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews