14 May 2009

Jemputan Farah Ceapat Ekspress..

Marilah beramai-ramai memeriahkan majlis perkahwinan kawan kita, Farah Waheeda.

09 May 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu mak... mungkin itu apa yang sebahagian dari rakan kita dengari dari permata intan hati mereka. Haha terasa semakin ketinggalan zaman Pujaan sekarang nih. Seingatnya macam baru semalam grad, pastu sorang dua menjemput ke majlis perkahwinan laaa hari ni dah layak diucap Selamat Hari Ibu. Rezeki masing- masing dan ramai lagi yang sedang menghitung ketibaan hari untuk menyambut ahli keluarga yang baru.

Salam sejahtera dan Assalaaamualaikum diucapkan kepada semua. Lama dah tak muncul. Ada kawan yang call x dapat, sampai suruh kawan lain call pun x angkat juga. Ada juga yang x diminta call leh pulak gatal dihubungi hehhe. Banyak yang dah berlaku di sepanjang 2 bulan ini termasuk lah perkara- perkara yang langsung tak diduga.

Awal bulan lepas department Pujaan diserang audit tanpa henti selama 2 minggu, datang dari local dan juga oversea. Tu yang x angkat tipon sbb kusut memikirkan apa nak jawab ngn mat saleh nih? Nak kelentong lelebih x leh sebab sure kantoi punya. Nak tak nak dengan segan silunya kena laaa serahkan kepala untuk dicantas dengan hormat nya hahaha.

Pastu seken event ialah keretakun dipecah orang semasa berenti makan sate di jalan Pasir Gudang. Sebijik laptop company dah lesap sekali dengan beg dengan digital camera gua. Report polis, report boss, report IT dept, report kat HQ. Masuk ni dah 3 minggu Pujaan kerja x berkomputer. Boss pun paiseh je nak bagi paperwork sbb x boleh nak buat hahahahaahha.
Cermin yang pecah lak kena kuar duit sendirik ganti huhuhu.

Third event lak nak gi hadiri majlis Eija berkahwin. Haaa baru ingatttt Selamat Berbahagia hingga akhir hayat dari warga Pujangga! Planning baek siap si BI kejut tidur lagi. Tetiba lak ada masalah keluarga. Dah terkansel, tambah lagi bateri kereta wat hal takleh start. Tukau lagi sebijik bateri baru beratus jugak laaa kena.

Bulan April ialah bulan terakhir utk submit cukai. Pujaan baru 1st time kena cukai pendapatan.. Sebelum ni hamba miskin dan hina. Nasib baik laaa terjumpa gua tempat penyimpanan harta 40 penyamun. Malangnya kena rompak balik dengan LHDN daaaa. Ni sape keje kat LHDN mintak laaa supaya Pujaan diperkenankan rebate utk beli peti sejuk, tv dan kipas. Banyak niiiii kena bayau huhuhuhuhu.

Last sekali ada lak awek yang gatal bawak Pujaan gi majlis propaganda skim bisnes modal ribu- ribu untung juta- juta. Dah ler dijamu ngn nasi lemak dan air oren je, kena bayau lak tu, para yang hadir tu kalau berbual semuanya guna skrip yang sama. Memula tanya skrg keje kat mana, apa position, apa status haaaa pastu dia start bukak citer bla bla bla dulu susah pas join ni terus senang, bla bla bla keje ni cuma dpt abuk je bisnes ni leh duk umah goyang kaki, bla bla bla sampai rasa nak tertanggal telinga nih.
Yang orang pertama larat lagi laaa nak melayan berdebat dengan segala ilmu Akaunting dan ETR dulu tapi dah masuk org kedua, ketiga dan seterusnya membuatkan gua tak boleh tido sampai jam 4 pagi beb. Korang kalau ada buat bisnes2 ni jangan laaa layan kawan2 macam ni.
Silap- silap leh kena sisih seumur idup tau. Kita bukannye anti korang punya bisnes tapi skil memerangkap ni bukannye tindakan bijak lah. Ada banyak cara lain so guna lah yang terbaik untuk kawan2 rapat ni.

Tadi pagi semasa di pejabat Pelabuhan Tanjung Pelepas ada sorang saudara ni tegur Pujaan- "Engkau student UiTM Segamat?" Apohal lak tanyo pasal tempat belajar ni? Dah tua ni biasa orang tanya mana tempat keje ye tak?
Ku belek- belek saudara yang hitam manis tu baru laa cam... BUYEK upanyerrrr. Tak sempat nak berbicara panjang jadi cuma mintak no phone dia supaya leh kontek kemudian.
Sapo BUYEK ni? Dia ni super senior DIA dulu. Aktif dalam kesatria dan merupakan sahabat baik Ashka. Ha ada lagi sorang student UiTM keje di area PTP selepas Pujaan, Katu dan Arab.


Kebelakangan ni Pujaan mengalami mental block, lambat pikap, bingung semacham. Masalah leh selesai dgn satu jari leh pulak sampai bulldozer terbalik pun x selesai. Judgement masih tak dipengaruhi emosi tapi kebijaksanaan dalam merangka strategi dan melihat peluang semakin mundur. Dapat sedikit suntikan semangat dari kawan yang datng melawat dari KL hari tu. Dia share cerita ngn Pujaan yang dia baru terlepas profit USD10 juta gara- gara sorang share holder not turn up to complete the process. Ha nak banding ngn masalah Pujaan ni apa lah sangat. So kita dapat belajar dari orang lain tentang bagaimana melihat masalah dari sudut berbeza. "Managing a crisis properly can turn it into a big money"- Dato' Azahan.

Harus fokus pada penanda aras 2009 dan pastikan tercapai. Pilih strategi terbaik, dengan sumber mencukupi dan persetankan aral yang melintang.

Adios, wa nak tido.

Regards,
Engineering love from Gelang Patah

06 May 2009

Manalah Aku Tahu

Sejujurnya cinta itu milikku,
Sejak kau balas panggilanku,
hingga kau buat ku terkaku,
Kelu lidah badan terkaku

Kau punyai semua,
Harta dan rupa,
Sayang bukan milik kita

Ku kurang semuanya,
harta dan juga rupa,
Cuma sayang mikku.

Manalah kutahu,
permainan cinta ini,
Harta dan rupa jadi penentu,
Ketulusan hati ini.

04 May 2009

Lilin & Bunga Api..

Seorang puteri raja telah dilamar oleh dua orang lelaki. Seorang putera raja dan seorang penjual roti. Kedua-duanya sama hebat. Tetapi Si Pteri tahu dia perlu memilih antara satu. Jadi, Si Puteri meminta hadiah dari kedua-duanya. Hadiahnya mesti benda yang boleh menerangi di waktu gelap.

Pada keesokan harinya dapat Si Puteri dua bungkusan hadiah. Satu dari putera raja yang berisi bunga api dan satu lagi dari penjual roti berisi lilin. Semalaman SI Puteri berfikir dan akhirnya Si Puteri memilih penjual roti.

Kenapa Si Puteri memilih Si Penjual Roti?
Persoalan ini menarik perhatian aku. Yerlah. Aku pun sebenarnya bukanlah peminat besar cerita melayu lama ni. Yerlah lakonan Ogy Ahmad Daud. Manalah aku nak engok sangat. Tapi semalam mak aku ada bukan TV masa aku tengah enak makan. Maka, aku tertengoklah cerita ini.
Ceritanya amat simbolik dan aku kagum dengan cerita ini. Jawapan kenapa Si Puteri lilin memilih Si Penjual Roti ialah kerana lilin yang dinyalakan lebih lama menyinari kegelapan dari bunga api yang nampak indah, tetapi tidak lama.
Aku kurang pasti kerana lilin juga akan ada tamat tempohnya. Mungkin lebih lama dan mungkin bila habis, nyawa kita juga sudah habis. Tapi aku suka simbolik yang digunakan. Melambangkan hidup sebelum kahwin sebagai kegelapan dan pasangan kita yang memberi keterangan dalam kegelapan kita. Cool. I like that.
Kiranya kalau nak simbolik semasa melamar nanti, aku perlu kata sebegini;

"A*i*A, sudikah awak menerima lilin dari saya untuk menerangi kegelapan awak?"

Bagi yang tak paham, mahu dia gelakkan aku nanti. Hahaha..

That's all folks. May god be with us.

01 May 2009

Aku Tak Mengerti

Apa yang aku ingin mengerti...
adalah kedalaman hati...
Pesona wajahnya membuatku curiga:
"apakah pekertinya seindah wajahnya?"
"apakah dirinya menerima hadirku?"
"ataukah kuhanya menjadi pungguk rindukan bulan?"

Ku ingin mengerti hatinya,
Ku ingin selami jiwanya,
Ku ingin manjadi sebahagiannya,

Kuterima kelemahannya,
Kuhargai kelebihannya,
Kelemahanku, kuperbaiki,
Ku ingin jadi sempurna, padanya,

Biar ku hancur dimamah rindunya,
Biar ku tempang mengejarnya,
Jiwaku kuserah padanya,
Biar hancur tak bermaya,

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews