04 October 2010

Penipuan Kad Kredit

Salam & good day, L said.

Apa khabar para pembaca. Kini, kad kredit bukan lagi barang kemewahan, mungkin tidak melampau dikatakan keperluan. Kita selalu dengar kisah penipuan kad kredit, tiba-tiba je kena charge yg kita tak ketahui. berikut pengalaman L, Sabtu lalu.

Ketika berjalan-jalan dengan isteri de Giant Shah Alam, berbekalkan voucher RM50, L telah dihubungi oleh seorang wanita, pihak yg mengaku menguji keselamatan kad kredit.Lalu L pon melayan segala pertanyaan beliau (scammer/penipu). Antara perbualan yg L igt, lebih kurang la:
Scammer: Kad Maybang apa yer?
L: Ikhwan
Scammer: ada petronas atau tidak?
L: takde
Scammer: ok, nombor kad anda ialah ???? ???? kan.
L: ya. betul.
Scammer: bacakan 8 nombor lagi...kita nk pastikan data betul.
L: ???? ????
Scammer: sudah tandangan kad?
L: dah.
Scammer: ok... cuba bacakan 7 digit nombor keluaran di belakang ya...
L: ????
Scammer: ok, lagi 3 digit?
L: 3 digit tu untuk sahkan pembelian. saya takkan bagitau.
Scammer: ia adalah nombor siri keluaran. kita nk pastikan ...bla...bla...
L: hm...takpelah...tak payah verify saya. nnt saya verify sendiri kat cawangan. boleh kan!
Scammer: kita kena pastikan, sebab saya akan hantar ...bla...bla...
L: hah? hantar apa?
Scammer: polisi...bla...bla... kita dah charge 400 ringgit dari akaun ni...nanti encik akan terima polisi...bla...bla...
L: eh? saya mada ada masuk apa2 polisi?! ini satu penipuan!!
Scammer: tuuuut....tuuut...

Dengan segera aku call kredit card center dan menceritakan kisah penipuan ni. sbb scammmer guna private number, xdapat aku sabotaj beliau, tulis nombor fon dia kat toilet...wakakaka... operator mengatakan, 8 digit pertama kad kredit tu memang standard nombor siri, bergantung pada jenis kad. maknanya, kalau dia tau aku kad ikhwan, mmg dia tau 8 digit pertama. Dan selagi dia tak tau 3 digit last, memang dia tak boleh charge apa2 pembelian. Operator offer aku terminate dan tukar kad baru, xde charge. Kalau ikutkan, memang kad aku belum compromised, tapi sbb kad baru not so bad, siap gmbr petronas (kad ikhwan sekarang xde logo tu). Tapi kena tunggu dlm 7 hari baru siap. Maybank bawah opis aku je...hari2 lalu.

Moral:
- support perbankan islam, i.e. kad kredit islamik (Ikhwan, ar-rajhi, etc.) semua bank ada kot.
- elok abaikan call dari private number. tp aku mmg ada member pakai private number...kena gak angkat.
- jangan sekali-kali dedahkan maklumat kad kredit anda, terutama 3 digit last di belakang kad.
- apa juga promosi melalui telefon tu...pasti lebih menguntungkan mereka, berbanding anda. wakaka..

p/s: pasal promosi melalui telefon ni...panggilan terbaru L terima, pasal percutian ape tah...L kata "errrm, tak nak lah...mesti saya tak berminat. nk cerita jugak boleh, buat letih je...". wakakaka...

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews