29 July 2007

Merdeka!!

Assalaamualaikum dan salam sore kalian para pengunjung toko Pujangga ini. Walaupun toko ini serba kekurangan namun kalian masih lagi sudi menjenguk barangan yg dipamer di sini ya ^_^. Terima kasih lagi sekali diucapkan.

Dah masuk bulan Ogos, bulan kemerdekaan untuk Malaysia. Dari tahun 1957 hingga tahun ni maka genaplah 50 tahun kemerdekaan negara kita.
Menyorot kembali sejarah (ceh)memang banyak perkembangan kita ni ya... dulu gi sekolah naik basikal, skrg pon naik lagi basikal cuma brand nyer lain.

Cikgu- cikgi dulu kalau garang cam harimau nak buang air besar tapi sembelit pon mak bapak jarang komplen sampai ke menteri pelajaran. Laa ni skrg memacam lah kes.. kena lempang lah, cubit lah yang kat Kuching ari tu kena rendam dah.
Patutnyer yg tukang ambik gambo tu kena rendam sekali... aku dulu gi BTN pon kena rendam gak takder pon org report masuk sok kaba..

Kepada kwn2 yg jadi cikgu cikgi tu banyakkan bersaborlah yer? Kalau tensen sangat meh join jadi warga kilang hehe.

Dulu gak kalau cikgu tanya bapak kejer apa? Kerani cikgu! Haaa dulu jadi kerani pon dah kira terer tau. Laa ni skrg dah jadi arkitek pon tak laa best sangat. Jadi penyanyi plak paling gah haha.
Aku baca Mastika bulan lepas diorg gi tgk konsert Gangstarz ngn AF kemain havoc lagi. Bulan ni gi show Akademi Quran lak... hmmmm yg datang sedara mara peserta jer.
Apa kesimpulan? Paham2 sendiri jer lah..

Team bola sepak kita dulu masa taon 70an very hebat.. Lawan England pon leh makan laaa. Main pon tak pro, kejer ngn LLN tak pon Majlis tapi leh wakil negara. Skrg ni pemain dah tahap pro.. gaji RM4000 kalau liga, kalau wakil negara lak RM8000 tau. Kalah wakil rakyat punya gaji.
Tapi hasil? Hmmm timbalan presiden dah cau dan diikuti dgn kaki tangan yg bijak pandai semua. Bookie pon tak mau bet game Malaysia pasal rugi...dah tau mesti kalah punya. Yang bagusnya ialah team kita bebas rasuah laa hehehe

Tapi bak kata pepatah, hujan emas kat negeri org, hujan batu kat negeri sendiri.. lagi elok kat negeri sendiri mmg aku setuju sangat lah tu.
Lagi sekali bak kata Hanif; Kenapa saya suka rumah saya? Sebab kat sini masih lagi selamat walaupun hampir tiap hari ada rompakan tapi belum ada lagi pembunuh psiko yg membunuh sbb kena marah mak selalu huhu.
Kat sini dah tua pon leh lagi sambung blaja, leh lagi nak tambah isteri (ish2) kalau mampu, leh lagi melabur wang dlm mcm2 skim tapi jgn kat dlm pelaburan intenet hehe.

Yess I love Malaysia. Aku kalau tanya Nepal korang suka ke duk sini? Diorg kata "Sini manyak susah bos mau makan gaji kecik, tapi sini mau jalan2 senang. Takda org mau kasi bunuh saya"

So I would like to take this opportunity to say "Selamat Hari Merdeka Malaysia!"

20 July 2007

Murah rezeki... syukurr

Assalaamualaikum,

Pujaan di bulan ini sungguh sibuk, dan bila Gen Manager MC selama seminggu maka bertambah sibuklah Pujaan dikala ketiadaan beliau hehehehe ^_^
Di harap para pembaca jua dlm keadaan sibuk dan sihat selalu.

Memula sekali kita nak wish Selamat Pengantin Baru kepada Buloh a.k.a Bazli, dulu dak DIB dan juga senat Sempana Riau. Semoga berbahagia hingga akhir hayatt.

Kemudian wish Happy Birthday kpd Matban, Yowa, Latip dan Petu serta Raksasa C yg hari jadi mereka telah jatuh pada bulan Julai ini. Hahaha 3 org sekali sambut besday ni kena beli telur sepapan nih. Mmm yg sorang tu jer dah berumahtangga hehehe tapi pon kena baling gaks ^_^
Moga murah rezeki dan cepat sampai jodoh guys!

Tentang rezeki ni, lepas Mak dan Ayah Pujaan balik dari menunaikan haji taon nih. Diorg telah mengajar satu doa iaitu "Luaskanlah dan Murahkanlah rezeki ku". Konsep doa yg umum mengenai rezeki dan lebih kepada keberkatan hidup.

Ada teman yg telah memforwardkan emel tentang murah rezeki. Seorg lelaki yg bergaji RM 10 000 sebulan tapi tak penah cukup. Antara sebabnya ialah selalu tukar kereta sebab rosak, dicuri dan sebagainya. Kemudian selalu kena saman and so on.

Yang seorang lagi ialah bergaji hanya RM 3000 tapi cukup. Bayar ansuran keter jer dah RM500 sebulan. Isteri tak kejer walau ada ijazah. Bagi lagi duit kat org tua. Duit umah lagi.. Bezanya ialah yg ni ada keberkatan hidup. Kad kredit dari Bank Islam, tak penah bayar interest. Nak beli peti sejuk pong solat istikharah. Banyak sedekah and so on...

Terkenang kehidupan terlampau Pujaan (ceh) dulu... Gaji besar tapi x penah cukup. Ujung bulan jer kempis. Dah ler tak bayar sewa, makan free, jln pon takder laa jauh sgt. Moto kapcai jer, PTPTN pon x start bayar.

Skrg ni gaji x smpi gaji dulu pong. Tapi syukurr dpt lagi bersedekah,telefon ada dua (masuk ngn tipon umah) tolong adik2 sikit2 siap dpt smbg belajar lagi.

Beza ketara antara kejer dulu ngn skrg ialah solat. Dulu nak dpt solat 5 waktu kemain payah lagi. Maghrib lah solat yg paling kerap kena tinggal.Skrg ni sukahati nak cepat ke, sedang2 ke, lambat ker. Takde sape yg tanya.

The moral is, bak kata Prof. Dato Dr. Hj Fadzillah Kamsah: Kita kejar dunia, dunia tinggalkan kita. Tapi kita kejar akhirat, dunia kejar kita.

Yakin bahawa Allah membantu hambanya yg ikhlas, insya Allah mudah lah hidup kita. Jgn takut nak kawen, org kampung tu gaji RM450 je sebulan pong leh ada anak ramai.

Until next meeting to be announced.
Adios

04 July 2007

To Love Again

well, penulis cinta is back! kali ni aku ada cerita yang dah lama aku simpan dan aku research. mungkin agak basi, tapi aku cuba dengan idea-idea yang baru dan terkini. mungkin aku ketandusan idea tentang cinta kerana cinta dah lama aku tinggalkan. tapi job is job and i have to do my part of this blog. to make it more versatile. biar ada selingan dalam blog ni. heehehe... ok! here goes nothing.

"Love is poison. it can blind your eyes to see the truth. But love is a strength. It can make you do things that you never thought to do it!"
Percintaan ini amat indah dan sering dikatakan menjadi kewajipan kepada kita semua di dunia ini. bagi aku, ia adalah kehidupan. ia boleh membawa kite ke satu tempat yang kiter tak tahu kiter dah di dalam dunia percintaan. sedarkah kiter apabila sedang dilamun cinta, kita dah seperti bukan kiter yang dulu? kiter dah tak 'hang-out' dengan kawan-kawan, dah mula pandai membisu dan jarang sms kawan bertanya khabar. hehehe.. biler dikenangkan, memang semua tu dah menjadi asam garam kehidupan. pengorbanan. kiter perlu korbankan dunia kiter untuk mendapat cinta. itulah hakikat dunia.indah biler bercinta ni.
tapi biller ada perselisihan dan salah sorang merasakan ada kekurangan di antara satu sama lain, maka perpisahan berlaku. kadang2 biler kiter berpisah, ramai yang mengambil keputusan yang berbeza. ada yang cepat mencari yang baru. tidak kurangnya yang merana sepanjang hayat. tapi bayangkan lau kiter berpisah dengan orang yang kiter selalu akan jumpa. ketika itu mungkin akan melihat keburukan pasangan kiter yang dulunya kita sanjungi dan agungkan. tiba2 menjadi seorang yang kita tak kenal. malah kadang2 menjadi orang yang kiter tak pernah impikan jadi. hehehe.. time tu barulah bersyukur kerana tak jadi pasangan hidup kiter, kan?! hahaha..
walau apa pun, cinta itu indah. tak salah kiter mencari cinta kerana ia memang patut dicari. untuk menyintai tuhan atau nabi pun, kiter kena cari.
"Kalau kita bersedia untuk bercinta, kita patut bersedia untuk berkorban."

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews