04 January 2015

Am I that strong??

Kadang2 dalam hidup ini kita hanya mampu melakukan apa yang perlu sahaja, Walaupun kadang2 kita harus melupakan apa yang kita inginkan, Pepatah ada mengatakan yang 

" Kita xkan dapat apa yang kita nak."

Memang ada betulnya, kerana kadang2 apa yang kita nak tu bukan terbaik untuk kita, Diam xdiam umur kita dah pun melewati 30-an. Dulu kalau tgk kat TV lau umur dah 30-an, mesti dah mattured, dah pandai membuat keputusab sendiri. Kalau main bola profesional, dah mula pikir nak bersara plak. sebab pergerakan dah xselaju dulu.

Well, update my life? Quite boring.. Still working at Bank Islam. Have 2 wonderful kids..Futsal? still main lagi tapi xseserius dulu. Yerlah last sekali Sambal FC join tournament ialah pada 2010.. Tapi aku masih main untuk Bank Islam. Join sana sini tournament..Other than that.. nop. Cuma In shaa Allah 18hb nanti Sambal FC bakal beraksi di Sports Planet Cheng. Doa2kan lah ia berjalan lancar.. #sambalfc

GANBATTE SAMBALIANS !!!


Harimau Malaya.. perlantikan Dollah Salleh agak merunsingkan aku kerana dengan barisan pemain yang kita ada mungkin aku anggarkan kita boleh pergi jauh. Namun sebagai peminat tegar bola sepak Malaysia, aku masih memasang harapan. Hati aku agk gusar pabila dari seisi perlawanan persahabatan, Malaysia tidak memberansangkan. Lantas aku beranggapan AFF Suzuki akan jadi tournament pertama Dollah Salleh dan terakhir baginya. 

Dengan perlawanan pertama yg berkesudahan 0-0 bertemu Myanmar agak merunsingkan apatah lagi Myanmar bukan pasukan yang kuat berbanding Singapura dan Thailand yang diundi satu kumpulan dengan Malaysia. Namun ada sinar sedikit di mana kite masih kebal dan tidak dibolosi.

Perlawanan kedua membuatkan aku bengang dengan sikap atau cara bermain Malaysia yang seakan2 pancit di hujung perlawanan. Mungkin ini lah kelemahan Malaysia yg memerangkap mereka dan tumpas 3-2 di tangan Thailand.

Berbekal 1 mata dan bertemu dengan Singapura. Aku tidak lepaskan peluang untuk menontonnya.. Aku hampir putus harapan apabila Singapura dapat menyamakan kedudukan dan itu sahaja yang mereka nak utk ke separuh Akhir. Tapi penalti di lewat2 permainan memberi peluang kepada Malaysia dan Malaysia akhirnya menang dan layak ke separuh akhir.. 3-1 jaringannya dan satu lagu viral "Keeper kat mana? Keeper kat mana?" berkumandang di radio2..

Separuh akhir bertemu Vietnam memang sengit di mana Malaysia kalah 2-1 di laman sendiri tetapi bangkit di Hanoi 4-2!! Wow!! aku mula suka cara bermain Malaysia bawah kendalian Dollah Salleh ni. Sikap tidak mengaku kalah amat aku suka!! 

Final bertemu Thailand aku tak berharap sangat tetapi masih ada sedikit harapan jika Thailand terperangkap dengan taktik Malaysia. Lawan di Bangkok Malaysia Kalah 2-0 dan menang di KL 3-2 namun gagal menjadi juara..

Selain dari ini, semua sukan di Malaysia kecuali Skuasy mengalami zaman suran di 2014. Dengan kes doping LCW amat memberi impak di mana selama ini dia lah harapan negara tetapi jadi macam ni plak. Harap ada penjelasannya. 

Banjir.. #prayForPantaiTimur Apa yang boleh aku katakan ialah.. Allah xkan uji hambanya jika hambanya tidak mampu menghadapinye.. Apa yang boleh kite bantu ialah dengan doa dan bantuan yg sedikit. Harap akan ada bantuan yang akan meringankan beban mereka. Sedih dan terharu melihat orang sana yang seakan2 mencari punca kenapa ini berlaku? Hanya Allah yang tahu.

Tidak guna kita salahkan sesiapa dan menuding jari. Yang penting ialah langkah2 berjaga2 yang perlu diterapkan. Itu aku serahkan kepada An, dia mahir dalam hal ni kot. 

Sempat aku tgk Kuala Krai dan Manek Urai di FB. kesian sungguh mereka. Total lost ada orang cakap. Langsung takder paper yang tinggal.


Tahun baru ini amatlah tidak perasan. Aku sendiri tidak menyambutnya. Hanya solat hajat agar ini semua berlaku ada hikmahnye. Dengan kapal terbang hilang, terhempas, ditembak. Bencana alam.. In shaa Allah Malaysia tetap akan aman.. sama2 lah kite berdoa..


Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews