16 September 2012

Samsung Galaxy Y ku: Tips dan tricks

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni Pujaan nak share tentang smartphone yg Pujaan dah guna hampir setahun. Bukan utk kondem sbb Pujaan masih guna lagi smartphone ni tapi mungkin berguna sebagai panduan kalian semua.



Berharga RM599.00 pada permulaan perkenalan di pasaran dulu, Pujaan dengan kehendak upgrade ke dunia smartphone demi mengikuti trend terkini dan lihat samada gajet ni berfaedah kepada diri sendiri.

So di sini Pujaan akan terangkan beberapa isu yg telah timbul dan bagaimana Pujaan atasinya.

1. Internal memory full/ tiba- tiba tak cukup.
Galaxy Y didatangkan dengan internal memory 190MB- jumlah yg cukup besar bagi Pujaan yg innocent.
Apa yg Pujaan tak tahu ialah kesemua software/ program/ game yg dipasang (install) akan menggunakan internal memory ini, walaupun program tu kata dia guna external memory. Pujaan telah beli external memory sebanyak 8GB dan nampaknye tak menyelesaikan masalah.
Nampaknye external memory hanya digunakan utk save data sampingan sahaja seperti progress level game yang korang dah main.

A. Pujaan atasinya dengan menghadkan jumlah software yang dipasang kpd kurang dari 10. Itu pun dah jejak 120MB juga.

B. Kemudian kena rajin bersihkan cache. Kalian boleh lakukan ini di "settings", "applications" dan "manage applications". Program yg rajin besarkan saiz cache ialah facebook, internet dan program radio kalau korang ada.

C. Pujaan juga akan bersihkan data program selepas beberapa kali update. Ini sebab update yang dulu masih disimpan oleh program tersebut. Boleh dilakukan melalui langkah yg sama spt di atas. Selepas klik "clear data" korang boleh update semula program tersebut dan hanya yg terkini akan disimpan. Kesan negatifnya ialah korang kena isi semula username dan password sebab data korang dah dipadam dgn langkah ini.

D. Jangan sychronize kan segalanya. Cukup dengan perkara yg perlu seperti emel dan calendar. Pujaan tak fancy nak sync kan contacts dengan Facebook sbb tak bermakna pun dan juga sync kan contacts dengan alamat di emel Yahoo sebab alamat di emel tersebut dah mengarut- terlalu banyak- dan banyak contact yg x update.

2. Tak boleh cas& sambung ke komputer
Masalah ni baru je terjadi pada minggu lepas. Dan agak mengejutkan bila mengetahui yg adik- adik Pujaan yg guna Galaxy W dan Ace juga terkena masalah yg sama. Lagi mengejutkan ialah bila kesemua smartphone kami terpaksa ditukar main board nya.
Kami suspek yang smartphone Samsung sensitif dengan charger tempat penyala rokok kereta. Taubat lepas ni cuma cas kat radio kereta atau kat rumah je. No more charging in the lighter port.
Pujaan hantar ke main service center dan selesai dalam masa 4 hari.




3. Samsung Kies tak berfungsi
Ini masalah terbesar Samsung yg mana diorg tak reti develop pc suite software yg berkesan. Program ni cuma berfungsi utk pasang driver dan itu saja. Tak lebih dari tu. Masih menunggu Samsung utk memperbaiki software mereka.

4. Tak boleh sync contacts di smartphone lepas format/ factory reset/ padam lebih dari 10 contacts
Pujaan sync kan contacts dengan akaun Gmail atas sebab2 tertentu. Kemudian bila kita buang contact yg x perlu dlm Galaxy Y tu banyak sangat masalah lain pulak timbul.
So berikut ialah apa yg Pujaan buat:
1. Back up contacts akaun Gmail dalam satu fail
2. Delete semua contacts dalam akaun Gmail tersebut
3. Synckan smartphone dengan akaun Gmail
4. Restore semula contacts di akaun Gmail dgn gunakan backup fail tadi.

Leceh kan?
Jadinya kalau korang nak beli dan kemudian lenjan sepuas puas hatinya, Pujaan cadangkan korang beli Galaxy S Advance yg berbaloi dengan nilai dan pakainye. Tak pun Galaxy Note yg termaju dalam kelasnya.
Usha website lazada.com utk potongan harga hingga 12%.


Ok itu aje dari Pujaan. Jumpa lagi di lain kali.

3 comments:

Encik Jay Xi said...

Sebagai sama pengguna Galaxy Y (a.k.a SGY), aku juga ingin berkongsi tips.
Disclaimer: aku tidak mempunyai data pakej, maka bukan 24 jam aku connect internet. Walaubagaimanapun, sekurangnya 2 kali akan ku langgan weekly broadband (i.e. 2 minggu; RM18 seminggu) dalam 1 bulan. Dan, apabila dirumah, kadangkala akan ko connect dengan WiFi.

1-Internal memory. Rasanya ada typo tuan An. kalau tak silap, internal memory SGY ialah 290MB. Ya, ini memang diakui jumlah memory yg agak kecil. Untuk menghadapi (ya, bukan MENGATASI), aku install apps bernama "Easy Task Killer" yg berfungsi secara automatik, membersihkan cache. Sambil usha SGY aku skang, 210/290MB.
-C. eh, kenapa tak suka sync contack FB? aku suka. Sbb, contact list kita akan banyak, bersepah/berganda. tibalah masa untuk proses seterusnya iaitu "Join Contact". Dengan itu Contact akan memaparkan wajah contact, sebagaimana wajahnya dalam FB. Owh, aku juga join contact gmail serta whatsapp. email address pon updated.

2- Pasal charging. AKu memang tak mengamalkan charge kat kereta. prefer kat USB laptop. No problem so far.

3- Samsung Kies. Erk...aku tak tahu, kenapa nak guna Kies nih? Pada aku, bila connect SGY dgn komputer, tujuannya utama ialah connect memory card/transfer data. Hal ini tak perlukan Kies. Memadai sentuh USB tu, tekan button lebar tu. Setel. Kalau setakat install apps/apk downloaded, pindah je file, pastu explore la. aku prefer guna apps "File Manager".

4- tak pernah format SGY. tak pernah juga buat rooting. tak perlu rasanya.

Last komen, kalau nak rasa henset smartfon canggih, angkat Samsung Beam tuan puan. aku dah test dia punya projektor...manthop! dalam Rm1,500. jangan sampai jual buah pinggang yer...

Pujangga said...

Latip, aku x type error memang memori Galaxy Y edisi pertama aku hanya 190MB.

Org yg ada bnyk meeting, discussion, appointment akan harapkan mobile phone mereka mengingatkan jadual mereka. sebab itu Kies penting utk sync kan calendar outlook.

Nota kaki: skrg cuma ada 1 je game tapi total memori digunakan ialah 140MB
**pada 170MB mobile phone akan keluarkan alarm "memory full" yg mana sangat x syok dilihat pada tiap hari.

Unknown said...

galaxy ace tak boleh connect wifi, cemana nak betulkan?

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews