21 June 2013

Candy Crush Saga Cheat Engine

Salam & good day, L said.
Juga tag berkenaan: strategy, walktrough, hack, hacked, cheat code, main tipu, unlimited moves, no survey password dan lain-lain. Post ini sengaja ditaip dengan bahasa Melayu standard agar mudah dialih bahasa pada pembaca internasional (jika ada).

Objektif:
Game ini terlalu sukar untuk sesetengah level, maka perlukan cara untuk melepasinya tanpah membayar wang kepada developer. Cara yang dimaksudkan ialah dengan cheat/tipu.
Cheat Engine software membolehkan anda mengubah "nombor" yang terdapat dalam game; iaitu markah, gerakan (moves), bomb timer, dan sebagainya. Masa juga mungkin boleh diperlahankan (atau terus berhenti), namun saya tak pandai.

Perlu ada:
- Usaha. melawat atau mencari keyword hingga terjumpa blog ini juga suatu usaha. seterusnya ialah tabah dan sabar belajar perkara baru dalam aktiviti hacking memory.
- Candy Crush Saga game, versi Facebook.
- Google Chrome. sesungguhnya mungkin boleh juga menggunakan internet browser lain (ie, firefox, opera); walaubagaimanapun saya tidak menyediakan tutorial berkenaan.
- Cheat Engine software. download dan install secara percuma di http://www.cheatengine.org/ . Saiznya tidak sampai 10MiB (sepuluh mibibyte). Dengan mahirnya anda menggukan software ini membolehkan anda hack lebih banyak game!

Langkah-langkah:
- buka game anda di Facebook, menggunakan Google Chrome, dan Cheat Engine software.
- Pilih "Process" dengan klik seperti dalam gambar. Untuk Google Chrome, biasanya yang berlogo Chrome, paling akhir. (juga dicadangkan tidak membuka tab Chrome lain; 1 tab game sahaja untuk memudahkan carian). Sekiranya "Process" pilihan anda tidak tepat, carian dan edit nombor akan gagal. Jika ini berlaku, pilih "Process" lain, dan cuba lagi.
- Masukkan nilai yang anda mahu ubah dalam "Value". Contohnya: Markah, Moves, atau Bomb Timer.
- Mulakan carian dengan klik pada "First Scan". Hasil carian akan muncul di kotak sebelah.
- mainkan permainan anda. Selepas 2 atau 3 (atau lebih, atau hampir habis moves), "Next Scan" pula nilai terkini anda. (contoh: awal permainan disediakan 50 moves, "First Scan" 50. setelah Moves tinggal 5, taip "5" dalam Value, klik "Next Scan").
- Apabila hasil carian (kotak sebelah) menepati kriteria akhir, select dan klik arrow merah untuk memindahkannya ke kotak bawah. (2 sahaja keputusan untuk Moves; 3 keputusan akhir untuk Bomb setiap biji; 4 (kalau tak silap) keputusan akhir untuk Markah)
- Pilih semua nilai yang hendak diubah (mungkin perlu hold "Shift"), dan tekan "Enter" untuk memasukkan nilainya yang baharu.
- Selesai. teruskan permainan anda.

Tips dan Trik:
- Apabila mengubah Moves, tak perlu ubah terlalu banyak sehingga 1000 moves. Cukuplah sekadar 99. Apabila anda masih gagal menyelesaikan level, masih boleh ubah nilai Moves untuk menambah Moves lagi. Jika anda selesai level, dan Moves masih terlalu banyak, ini akan menyebabkan anda mendapat bonus markan Moves tak diguna, dan membuang masa anda.
- (sambungan)Alternatively, buat 1000 moves; apabila anda sudah hampir selesai misi ditetapkan (dapatkan order, clear jelly, etc.), ubah nilai Moves lebih lojika.
- Untuk level bersyaratkan masa terhad (contoh: dapatkan 10,000 markah dalam masa 60 saat); oleh kerana saya tak tahu menghentikan masa, anda boleh dengan pantas, mengubah markah anda. Langkah ringkas  berikut: [main 1 gerakan (dapat 60 markah), First Scan= 60, main 1 gerakan lagi (total markah kini 120), Next Scan=120, turunkan hasil carian dan ubah kepada markah yang anda mahu].
- Ada level yang dicipta dengan strategi tertentu. Kadangkala, dengan 1000 moves juga sangat sukar untuk menyelesaikannya (terutama apabila mendapatkan Order). Maka, cuba selesaikan strategi terbaik tanpa terlalu banyak memanipulasi Moves.
- New Scan berlaku setiap permainan baru.
- Mainlah sejujur yang boleh. cheat apabila anda terlalu frustrated atau stuck terlalu lama.
- Sabar, dan selamat berjaya.


Sokonglah developer. Walau harga boost-nya mahal, ia mungkin kerana permainan ini langsung tak disertakan iklan.

5 comments:

Unknown said...

kenapa tak jadik ye? dah try buat.. tapi lives tak tuka pun... tolong!!!

Encik Jay Xi said...

Lives?
nyawa yang 5 tu susah nak dapat la. step dia;
- buka game. New Search 5 (sebab kan mula2 ada 5 lives)
- patut ada banyak result.
- main game. sampai gagal. continue. lives = 4
- taip lak 4, klik next search. result jadi kurang dah, tapi masih banyak.
- ulang sampai lives tinggal satu. harap masa tu result search tinggal sikit, kurang 5 pon ok. tinggal 1 paling bagus.
- pindahkan result ke bawah, highlight, tekan ENTER kat keyboard. masuk value baru e.g. 10 (10 nyawa)

KG MALANGKAP DARAT said...

Mcm mana klu guna hp

BEAST said...

thank u for the credit. Though i dont play this anymore and i dont know if this thing still works or not hope it is still helpful.

Cooltricks2Share

av女優 said...

財神娛樂評價
體育投注
體育分析
首席娛樂城
香港六合彩
龍筋按摩
口交吞精影片
通博
一夜情聊天室

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews