29 January 2011

STRESSED

Salam sejahatera. Malam ni ku ingin share kisah stress yg sedang melanda diri ini.
Oleh kerna akaun fesbuk telah terbuka kepada rakan kerja, bos dan para keluarga maka kat sini je lah tmpt yg selamat nak cerita topik ni.

Siri stress ni bermula pada 2 minggu lepas bila bos Pujaan secara officialnya di announce sbg bos wilayah Asia Pasifik. Bila dia x ada maka x ada lah bos kat departmen ni. Dan bila dia tak ada juga maka secara x rasminya Pujaan kena sambung kerja2 yang dia dah tinggalkan tu.

Department ni originalnya ada 3 orang: Bos, Pujaan dan nurse. Ada lagi sorang intern tapi x kira sbg kakitangan tetap lah. Nurse ni baru je masuk bulan 4 ari tu dan bidang pengetahuannya terhad. Budak intern ni plak oleh sbb bukannya dapat gaji tetap so nak bagi load bebanyak tu fikir gak 2- 3 kali. Pendek kata 50% tugas Pujaan makan sorang dan selebihnya di share oleh nurse dan intern tu lah.

Mimpi ngeri stress ni bermula dengan deringan telefon yang berbunyi pada setiap 15 minit. Pernah satu ari tu Pujaan tertinggal henpon setengah hari dan ada 17 missed call di rekod di henpon. Setiap panggilan pulak akan bermakna tambah lagi satu item untuk dimasukkan dlm to do list Pujaan. Maka to do list tu bila buat pada hari Isnin dah ada 10 item, maka pada hari Jumaat boleh jadi 40 item jadinya.

Untuk cover atau cegah to do list ni membanjiri diri maka Pujaan ambik inisiatif bekerja sambil beramal (x leh claim OT) hingga lewat malam. Nak pulak baru kawen ni ada komitmen nak jumpa isteri, giliran balik umah mertua and so on maka bertambah lagi lah stress nya. Bila balik on time rasa bersalah bila on laptop kat rumah dan sambung kerja. Bila balik lambat lak lagi rasa bersalah sbb x luang kan masa for new family. Tersepit sungguh Pujaan dengan perasaan bersalah ni.

Lagi satu sumber to do list Pujaan ialah si bos yang baru di promote kan ni. Ingatkan bila dah di promote ada kurang sikit cerewetnya, rupanya makin dahsyat. Ada saja arahan baru yang dibagi pada tiap minggu. Pujaan pass kan kat nurse aje suruh settlekan tapi pun datang lagi dan lagi. Yang letihnya dia buat double job bila dia buat benda yang Pujaan dah buat. Nak tegur x sempat, nanti kena masuk dlm to do list lagi. Letih

Antara usaha yang Pujaan buat untuk uruskan stress ni ialah dengan pergi HR bahagian hiring dan kata pada HR rep tu "I perlukan seorang URGENTLY". Kalau boleh next 2 weeks mesti dah masuk. Berapa dia mintak bagi lah (ceh macam Pujaan lak yang bayar gaji). Feedbacknya ialah diorg masih mencari. Letih

Yang lain masa gosok gigi tgh pandang cermin tu Pujaan kata kat diri sendiri "Saya ialah engineer hensem yg perlu bekerja mati- matian lagi hari ini". Psiko diri sendiri utk absorb semua challenge dan stress dan tekanan dan emosi. Tapi arini nmpknye mcm dah gagal control diri bila henpon berbunyi dan nombor kilang yg keluar. Sorang dah kena marah dah yg lagi sorang maleh nk layan. Apa- apa jadi ari Isnin ni maka kenalah Pujaan jawab. Letih

Orang yang paling effect bila Pujaan dah stress ni ialah isteri lah. Bila dah kurang bercakap dan kurang gemar nak melayan keletahnya sebab takut tempias emosi sensitip yang datang dari kilang ni. Semoga dia dpt bersabar sehingga lah Pujaan dpt bos baru dan keadaan kembali pulih seperti dulu. Sayang kat dia sangat2 sebenarnya tapi itulah, ada sebahagian dalam diri ni yang bisa mencederainya jika loose control.

Minggu ni balik kampung pun kena on laptop. Alamak fail sungguh. Patutnya spend the time fully with family. Dah x balance. Main futsal pun tinggal sbb kesedapan sambal belacan. Letih.

Sampai di sini ajer. Jangan lupa mini gathering kat Port Dickson pada 1 Mei. Dapatkan updatenya di Teratak Pujangga d Facebook.

Tata.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews