Hari ini 9 Ogos 2012, Khamis, bakal menentukan nasibku. Berapa wang akan habis untuk bayaran, ataukah aku akan dipenjara? Ughhh....aku terlelap rupanya. Apakah rancangan "Pesan Atuk" di TV9 ini kurang menarik? Ahhh, tertidur dalam majlis ilmu juga diberi pahala, kan? yeke? 6:30 pagi. Aku bergegas bersiap dengan pakaian ofis, kemeja dan seluar slack. Online sebentar, membaca semula Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 23 (1) dan seksyen 90. Serta yang masih mengelirukan aku...kenapa tak guna seksyen 15? hm....semua ini tak perlu. Aku tetap bersalah. Aku lantas bermain Mafia Wars di Facebook sebentar.
7:15 pagi, motorku hidupkan dan mulalah perjalananku menuju Mahkamah Majistret, Shah Alam. Sudah 2 kali aku mengkaji jalan ketempat itu, untuk mengelakkan kelewatan dan kesesatan. Lokasinya terletak di Seksyen 5 Shah Alam, berhampiran istana Selangor. Lebih kurang 30 minit, aku tiba. Parking lah motor dimana ada rakan motor lain. Aku melangkah maju ke lobi bangunan utama mahkamah. "Tak tahu, bertanya. Sesat jalan, nanti meraba....", kata XPDC. Dengan sopan dan berhemah aku bertanyakan arah pada security guard yang menanti dipintu lobi itu. Hm, seperti dijangka, mahkamah trafik yang hendak dituju, bukan bangunan ini. Ia adalah bangunan sebelah.
Menurut arah yang ditunjukkan, aku meneruskan perjalanan, dan terlihatlah signboard "Mahkamah Juvana", "Mahkamah Khas Trafik"... banyak jenis mahkamah rupanya, bisik hatiku. Kusangkakan, sebuah bangunan bernama "Mahkamah Majistret" lah tempat tujuan ku. Ternyata dalam kes ini, "Mahkamah Khas Trafik" tempat tujuan. Terbukti, dihadapan pintu kamar mahkamah, kelihatan berbelas orang sedang menanti. "7:50 pagi...masih agak awal, waktu dijanji ialah jam 8", bisik hati. Urghh, aku perlu ke tandas untuk membuang air...survey sekitar mahkamah, gagal ku temui sighboard lelaki dan lelaki ber-cape ala superman. Tahan sajalah.
Aku duduk dibangku. "belum buka lagi?", tegurku pada encik disisiku yang kelihatan seperti sudah agak lama menanti. "hm, pukul 8 kan.". hmmm....terus menanti. Beberapa minit kemudian seorang gadis (rasanya muda dari aku yang 30an nih) menjengah, "masuk, bagi IC dan saman", kata beliau. Berpusu-pusulah kami, para pesalah (tersangka, belum salah) trafik menyerahkan IC dan saman. Terlihat di meja panjang, susunan IC dan saman. Nampaknya inilah yang bakal menentukan giliran kami. Kena cepat. Aku, dalam 20 orang terawal, agak okay rasanya. Lantas aku segera memenuhkan bangku yang ada dalam kamar mahkamah. masih ramai berdiri. Ramai juga diminta tunggu diluar setelah menyerahkan IC dan saman masing-masing.
Pertama kali jejak dalam mahkamah...wah...mcm dalam. TV. ada kandang, ada meja tinggi untuk hakim. Tapi tiada tempat juri. "heh..." tawa sinisku bila terlihat model beberapa buah kereta dan sebuah motor. "mungkin ada kes kemalangan yang agak rumit untuk dijelaskan dengan sekadar kata-kata." Semakin ramai orang, jam belum pun 8:15 pagi. Dalam kamar mahkamah sudah ada dalam 50 orang, pesalah trafik. Juga ada di situ 1 atau 2 orang polis berseragam putih. 1 atau 2 orang awek staff mahkamah, kerja filing. tak lupa juga seorang yang ala2 cun gitu, ..aku saspek beliau adalah orang kedua berkuasa di kamar ini, selepas majistret.
Waktu menunggu. Brother yang bernama Hafiz berhampiranku ini memecah keheningan dengan kisah2 pengalamannya sepanjang berurusan dengan mahkamah. Owh, dah biasa. bagus. Bro dikananku lah yang sibuk bertanya macam-macam. Menurut Hafiz, mesti 9:15 baru mula. "bukan diorang (staff mahkamah & polis sibuk buat filing) punya masalah, hakim yang selalu datang lambat...", kata beliau. Tiba-tiba macam ada riuh sikit, bro kananku bertanya "hakim dh sampai ke?". "belum. kalau hakim datang, ada bunyi loceng, ting tong, pastu kena bangun...", jawab Hafiz.
Waktu yang dinanti, dalam 9:20 pagi, loceng berbunyi, "bangun!!!!", ...majlis bermula. Tanpa intro atau ice breaking, satu suara lelaki memanggil "Hafiz Hamdan!" (nama sekadar cerita). Hafiz lantas pergi ke hadapan, commotion...commotion...beliau kembali. "Hafiz Hamdan...ingat Hafiz Ahmad...heh", kata beliau. Itulah, dia dah target, "mau pukul 10 baru panggil nama saya ni, datang lambat tadi". Takkan jadi org first lak. Kedudukan aku/kami disebalik tiang, menyukarkan pembelajaran proses kehakiman melalui pemerhatian. lantas kami berdiri, menjengah, usha, seraya menjaga tempat duduk kami jangan di hijack.
Kurang 5 minit! Ya, dari pemerhatian, nama pesalah trafik dipanggil, pergi mengadap si cun itu, dia cakap apetah, tak dengar dari jauh, sipesalah angguk2 tanda faham, kemudian kelihatan pesalah memaling wajah (dan diri) ke arah hakim, dan kedengaran hakim berkata "ada apa-apa rayuan, *nama pesalah*?". Dari pemerhatian. Cukup rasanya. Kembali duduk dan memikirkan alasan dan rayuan agar denda dikurang seminima mungkin.
"*encik L*!", namaku dipanggil. Aha...kalau tak silap, aku antara 10 yang terawal. Alhamdulillah. Kini tahulah aku apa yang berlaku sebenarnya. Aku menghadap si gadis cun itu, lalu beliau membacakan pertuduhan dengan nada jelas, sekadar pendengaranku. "Encil L, pada tarikh sekian2, lebih kurang jam bla bla, telah didapati... anda boleh didenda sehingga 1000 ringgit (rm2000 untuk kes insuran) atau penjara 3 hari.. ... mengaku bersalah?" "Ya." untuk kedua-dua pertuduhan iaitu tamat cukai jalan, dan tidak dilindungi insuran. "Mengaku bersalah, puan", kata beliau pada hakim.
"Ada apa-apa rayuan... encik L?". "Ya Puan". Puan? Puan? spontan aku menjawab. ces. Dengan lancar dan laju aku berkata "saya ada tolakan gaji PTPTN, yang meningkat setiap bulan..." What the...hoi, mana ada naik SETIAP bulan, ada waktunya. Ah, ikhlas, aku salah cakap. "dan anak tak berapa sihat. baru ni injection dah kena rm140 (heh, vaksinasi 1 setengah tahun sebenarnye...tapi memang demam 2 3 hari ni)". Aku diam. Awkward silence agak lama. Puan hakim, sibuk menulis sesuatu tanpa langsung memandang ku... "sudah...nak kena tambah alasan lagi ke?...awkward...". "denda 150 atau penjara x hari untuk tiap-tiap kesalahan...", tiba-tiba suara Puan hakim memecah kesunyian. "Terima kasih yang arif", jerit si polis sebelah aku nih!
Aku berpusing, ditunjukkan kemeja berhampiran, dalam 5 langkah dari tempat tadi. "300...300.. " kata polis tadi, pada kawannya, yang menjadi cashier. Lalu aku membayar RM300 pada beliau, dan diminta tunggu diluar, menantikan pemberian resit rasmi pula. Ya, kurang 5 minit juga. Diluar...wah, ramainya. Ada lagi dalam 20 orang menanti untuk penghakimam. Jam baru dalam 9:40 pagi kalau tak silap.Diluar aku berborak bertiga, 1 bro sales maybank Bkt Jelutong, dan bro yang wifenya memandu keretanya yang dah tamat road tax serta insurannya.
Dalam 10:10 pagi seorang polis keluar dari kamar mahkamah, "sesiapa yang dah bayar tadi, mari ikut saya.". Dalam 11 orang mengikut beliau, termasuk aku dan bro maybank tadi. Kami menuju bangunan utama, ketingkat atas, atas, dan tiba dikaunter. Dokumen abang polis bawa tadi diserah pada kaunter untuk urusan seterusnya. Ya, waktu menunggu...lagi. 10:30 pagi namaku dipanggil, dan aku mengambil resitku, dan meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam ini, dan pulang kerumahku. "Baru 10:30, baik aku ambil time off, dh ambil half day...". Hm...
Itulah, sedikit sebanyak kisahku, seorang pesalah trafik. Kesimpulannya... korang buatlah kesimpulan sendiri. Selamat berpuasa, serta maafkan diriku zahir dan batin. Salam syawal yang akan datang. Memaafkan tak perlu menanti raya. hehe

1 comment:
賭神小古課程
賭博網站
賭場黑名單
賭金
豆豆聊天室
財神現金板
財神現金網
財神娛樂
財神娛樂城
Post a Comment