06 January 2011

Sebelas ialah Eleven !!!

Salam & good day,

Sebagaimana Pujaan, L juga ingin mencoret di halaman Teratak ini, sempena tahun 'nisen jyuichinen', 2011 yang bakal membawa perubahan pada kita semua, khususnya L sendiri, seraya meneruskan taipan, dari bilik hotel Ophir, Tangkak, Johor.

God Willing (insyaAllah), Januari dan/mungkin juga Februari 2011, L bakal mempunyai 3 mainan baru. Mainan yang mana paling menarik hati L? Walau semua belum berlaku, penuh harapan L mengharap dan menanti. 3 mainan baru tersebut adalah:


  • Rumah teres dua tingkat, freehold land di Bukit Subang, Shah Alam (dijangka dapat didiami pertengahan Januari 2011)
  • Kereta baru berjenama Ford, berjeniskan Fiesta (nicknamed 'Fofi'), sedan, 1.6L, 6 speed auto, (market price RM78,888. Murah dari Toyota Vios & Honda City). Inilah kereta diguna oleh Ken Block, untuk Gymkhana. (loan Maybank dah approved, tp belum sign. tunggu la...)
  • Siti Hiromi (takkan guna nama nih)... my baby girl, dijadualkan lahir pada 1 Februari 2011, tp kawan2 cikgu lain dok pakat bersalin awal je. takot lak pakcik.

    Dengan mainan-mainan baru tersebut, maka L (dan keluarga) memerlukan sumber kewangan yang mantap. Rumah sewa sekarang yang 'fully furnished', mewajibkan L membeli segala macam perabut serta alat letrik untuk rumah baru... bajet diluluskan L sendiri ialah RM8k. Begitu juga Fofi, yang kompem kena buat cheque downpayment lebih kurang RM8k, tak termasuk booking RM1k.
    Tak lupa juga amanah Allah, yang macam2 keperluannya...nnt kena belajar dengan Tuan Poochow, persediaan menyambut baby (mungkin Tuan Poochow boleh buat special posting tentang ini). Itupon Allah ringankan beban L dengan me-rezekikan baby girl, so, akikah seekor kambing jela, instead of 2 ekor kalau baby boy.


    Dan, semuanya dengan izin Allah, insyaAllah. L mungkin akan menulis dengan lebih detail tentang 3 mainan tersebut kemudian. Lama menanti wooooo....
    Dikesempatan ini, L mengucapkan selamat meneruskan hidup, menghadapi cabaran kehidupan dan ujian tuhan dengan tabah, serta percaya dan yakin, Allah menguji kita dengan hiasan2 dunia, dengan pasti, kita dapat menghadapinya dengan jaya. Akhir kata kali ini, Salam.
    (gambar hiasan)

    (gambar hiasan)

    No comments:

    Waktu Solat Shah Alam

    FEEDJIT Live Traffic Feed

    Total Pageviews