15 October 2012

Kapcai the moped

Salam & good day, L said.

Baru-baru ni penulis bercita-cita nak upgrade motor cub. Upgrade sikit je, dari motor sekarang iaitu Honda Wave 125 (2006). Sampai setakat kelmarin, pilihan yang dipertimbangkan dan disenarai pendek ialah a) Modenas GT 128, dan b) Yamaha LC 135 4-speed. Tapi bila usha kedai motor semalam, muncul lagi 1 saingan iaitu c) Honda Future 125.

 



Dengan harga dan kelebihan masing-masing, ditambah pula keperluan individu... setakat ini penulis banyak terdorong kearah Honda Future. Walaupun cubic capacity (CC) masih sama iaitu 125, tapi enjin dengan teknologi baru ini dikatakan lebih menjimatkan minyak. Apatah lagi dengan muatan tangki minyak yang lebih besar dari normal iaitu 5.6 liter. Ditambah lagi dengan pengalaman menggunakan Honda Wave 125, yang sehingga kini enjinnya memang tak begitu mengecewakan.

Teruskan perbincangan. Objektif penulis ialah, upgrade dari motor Honda Wave 125cc (2006) ke motor cub yang lebih baik. Tujuan penggunaan sekadar perjalanan jarak dekat, pergi dan pulang kerja dalam jarak kurang 60KM. Merempit bukan keutamaan, tapi kekuatan pick-up amat dialu-alukan. Praktikaliti, keselamatan dan mudah adalah ciri tambahan yang sama perlu.

Honda Future 125cc
Pro: Design baru, enjin moden, tangki minyak besar, helmet-in, lampu belakang LED, OTR rm5.8k.
Con: cc sama.

Modenas GT128
Pro: 128cc, ada meter RPM, lebih jimat minyak berbanding Future, enjin Kawasaki, OTR rm5.5k.
Con: digital fuel indicator 'mudah' rosak.

Yamaha LC 135
Pro: 135cc, liquid coolant, laju,
Con: OTR rm6.7k, barang panas (suka dirompak).

Walaubagaimanapun, setelah berkira-kira, dengan niat mahu menjelaskan hutang PTPTN dengan diskaun 20% off, mungkin impian upgrade motor kapcai ku perlu ditunda....


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews