22 September 2011

Memilih penyaman udara


Salam & good day, L said,
Zaman sekarang, dengan pemanasan global, biasalah menghadapi panas dalam rumah, dalam bilik. Walau sekarang ini musim hujan, suasana panas masih berlaku walau dalam bilik.
Maka, aku survey lah penghawa dingin. Pengaruh iklan 'inverter', maka survey jugalah inverter. Setakat post ini ditaip, aku masih belum memilih atau membeli air cond. Tapi bila orang memberi komen, selalu mereka berkata "nak beli berapa HP? 2 la, baru power...".
Mengkaji...aku mendapati, menilai sesuatu penyaman udara dengan nilai HP adalah tidak tepat. Aku membaca dan meriview sana sini, dan mendapati 2 perkara teknikal untuk menilai sesuatu penyaman udara ialah: 1- BTU, 2- EER, bakal dihuraikan kemudian. Ciri-ciri lain seperti membersihkan rekaan, warna, bunyi bising, jenis gas, servis, udara, kesihatan, ionizer, tidak dibincang secara mendalam di sini. Penghawa dingin dibincang di sini ialah jenis pemasangan dinding.
1- BTU, singkatan pada British Thermal Unit. Secara umum, BTU menilai berapa suhu diperlukan untuk mainkkan 1 darjah fahrenheit (0.56 darjah celcius) dari 1 pound (0.45 kg) air. Pendek kata, ia adalah unit yang lebih tepat untuk menilai kekuatan sesuatu alat untuk merubah suhu. Berapakah BTU biasa sesebuah penghawa dingin? Aku bandingkan jenama LG, sebab dia dh siap side by side comparison, untuk pelajaran kita hari ini. Sumber asal.
Sebuah V10CRH, Health+ Inverter, RM 1399, menyatakan kemampuan menyejuknya ialah 9700 BTU. Bagaimana hendak membuat perbandingan? Formula berikut boleh digunapakai: (luas ruang "kaki" X 25) + (1000 X tingkap) + (400 X orang) = BTU.
Katalah sebuah bilik tidur: (20 kaki lebar x 12 kaki panjang x 25) + (1000 x 2 tingkap) + (400 x 2 orang) = 8,800 BTU.
Maka, carilah penyaman udara dengan kadar BTU sekitar itu (lebih sikit lebih baik), tanpa terlalu jauh beza, 17,000 BTU contohnya. Dalam kes ini, model V10CFB (RM 1329) dengan 9000 BTU sudah memadai berbanding disebut diaatas, dengan 9700 BTU.

2- EER, singkatan bagi Energy Efficiency Rating, menilai penjimatan penggunaan elektrik. Kiraannya begitu mudah, dengan konsep, berapa BTU dihasilkan dengan setiap 1 watt elektrik. Dengan model V10CRH yang RM70 lebih mahal itu, ia menghasilkan 700 lebih BTU. TETAPI, bagaimana EER beliau? mereka sama-sama versi 'inverter' (nanti akan disentuh sedikit).
Model V10CRH mendapat 14.5 EER, manakala V10CFB dengan 10.92 EER. Semakin tinggi nilainya, semakin jimat, i.e. dengan 1 watt dapat menghasilkan lebih tinggi nilai BTU! Ini adalah kerana, V10CRH cuma menggunakan 670 watt berbanding lawannya dengan 900 watt setiap jam. Dengan ini, kita mendapati model V10CRH lebih jimat elektrik! Tapi, berbaloikah menambah RM70 itu demi penjimatan yang dikatakan itu?
Aku memang lemah matematik persamaan serentak ni, tapi kita kena faham konsep pengiraan tarif elektrik. Kini, TNB menetapkan (tak tau la rate elektrik Sabah/Sarawak) RM0.218, atau 21.8 sen setiap 1,000 watt, setiap jam (penggunaan domestik antara 0-200kWh pertama). Penjimatan antara 2 model tersebut ialah 900watt - 670 watt = 230 watt, setiap jam. Bermakna; 230 watt X 21.8sen/1000watt = 5.014 sen jimat setiap jam. (= RM0.05014)
RM70.00/RM0.05014 = 1,397 jam. Anda perlu ON aircond selama 1,397 jam barulah anda boleh berbangga dengan penjimatan bernilai RM70. Jika 1 hari ON selama 8 jam (waktu tidur11 - 7 pagi), anda memerlukan 175 hari, bersamaan hampir 6 bulan.
(sumber rujukan)
Anggaran bil elektrik dari penghawa dingin: Dari kiraan ini juga, kita boleh menganggar, jika dengan 900watt, darab 8 jam sehari, darab 30 hari = 216,000watt. Kerana limit TNB dan permudah kira, andaikan 200kWh, bersamaan RM43.60 dari SEBUAH penghawa dingin SAHAJA.
Huraian lanjut: sedikit huraian lagi, 
  • 'inverter', dikatakan teknologi yang menjimatkan elektrik. benar. tapi dengan syarat bilik selalu/sentiasa tertupup; i.e. kurang sesuai untuk ruang tamu. kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih mahal.
  • jenis gas. dulu bising pasal CFC. kini dicadangkan gas R22 atau R410.

===========
Kesimpulan: aku belum beli lagi, aku kena survey dengan menilai kriteria-kriteria tersebut di atas, + kos pemasangan, servis material, rekaan, bunyi, etc.
Tambahan: Passive Cooling. iaitu perlakuan demi menjaga kehijauan bumi, dengan mempergunakan alam semulajadi. GREEN katanya. Mengingatkan aku pada sebuah masjid di Putrajaya yang menggunakan sistem penyejukan angin asli, dengan rekaan besi, tanpa sebarang penyaman udara. Passive cooling melibatkan  rekaan dalaman yang menyokong aliran udara; meneduhkan suasana dengan cat gelap, penebat haba, penghalang cahaya terus. Membuka pengudaraan dingin dari bawah, dan membuka ruang udara paras tinggi yang bertentangan lantas mencipta konsep vakum yang mengalirkan udara panas keluar. Bijak ah? Jimat wang.


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews