26 January 2011

Kini aku ada alamat!!!

Assalamualaikum,

[tahukah anda anime "The Melancholy of Haruhi Suzumiya"? Suatu ketika anime ini begitu popular, kerana lagu intro dan tarian para para (Hare Hare Yukai) yang menarik hati. Anime ini begitu unik kerana ditayangkan secara non linear, iaitu episod tidak mengikut kronologi. episod ke 2 mungkin ditayangkan pada minggu ke 7, dan episod terakhir pada minggu ke 3. berkata tentang kreativiti...posting kali ini adalah...immitation. ekekeke...sorry encik Resaksa...] 

Seperti yang dijanjikan, kini giliran aku pulak kena update dalam blog. Entah kenapa kali ini aku lambat sedikit. Mungkin kerana aku terlalu sibuk dan aku telah ditukarkan tempat bertugas di Cawangan Nilai. A new experience. Nanti cukup sebulan aku citerlah pengalaman aku. menguruskan perpindahanku ke kediaman baru.

Kali ini aku nak bercerita tentang perjalanan cerita aku membeli sebuah rumah lelong. perpindahan ku (pasal beli rumah ni, dah ada cerita dh.)

11.1.2011 - Lawyer called, katanya dia dah pujuk seller rumah, supaya bagi aku kunci, walau process belum betul-betul complete. (aku dh start byr monthly. huhuhu)
14.1.2011 - Esoknya adik aku kawen. Aku call seller, kata nk kunci. dia kesian sbb wife aku kan dh sarat...so, ahad ptg dia bg la...huhuhu (lagi).
16.1.2011 - dari Pahang, gerak ke rumah baru. dlm kul 5ptg lebih, jumpa tuan rumah yg rupanya sudah 2 minggu menyewa rumah depan (clearing this house. ape tak cakap awal2?!). so, kami bersila atas lantai, mengira-ngira kunci-kunci yg tahape ape tu. juga aku diajar cara 'back flush' external water filter. crash course.
17.1.2011 - proses membasuh lantai serta mengemop. nk upah pekerja, xdapat kol la pulak. 2 hari baru setel. (rilek jeee)
18.1.2011 - permulaan tahun islam hijeraaaah aku memunggah barang, dari apartment lama setinggi 4 tingkat. proses ini dilakukan setiap hari, antara 1 hingga 4 trip, terhad kerana letih (tinggi maaa), dan kereta kancil kan kecik (xperlu lori. barang terbesar kami ialah, beg beroda. huhu). 
20.1.2011 - cuti thaipusam. pagi shopping perabut (rak tv, set katil, tilam queen 1, tilam single 2, dining, sofa L, rak kasut, penyidai kain, iron board), barangan elektrik (steamer, tv 32", peti sejuk, mesin basuh 8.5kg), (yg murah2 je...huhu), ptg tu tunggu orang datang raya 3 bijik lori delivery, 4 consignments.barang murah (misken), tak sampai rm7k abes.
21.1.2011 - baruuuulah aku mula mendiami rumah tersebut, dan tidur didalamnya.
23.1.2011 - akhirnya aku berjaya mengembalikan apartment sewa ke rupa asalnya, dengan meninggalkan 1 dapur gas (1 penunu), dan sampah2 tegar. cuma 1 item belum setel, tong gas memasak. aku kena call kedai soh amik, so aku boleh collect deposit. RM50 nih! nk tunggu dia datang tu malas..senang2 aku halal jela. huhuhu. (yer...rumah baru takde tong gas. makan luar/tapau je...wife sarat)

So, itulah, serba sedikit...tentang permainan pertama aku (daripada 3). bila beli rumah atas orang ni, sebagaimana termaktub dlm perjanjian jual beli, kita dh cek rumah masa nk beli, dan terima 'as it is'. ade la sikit2 kelemahan, antaranya:
  • batu bata hiasan kat tiang depan tu tak lekap kuat. kena simen semula ni.
  • water heater dlm bathroom sudah tanggal. kena simen jugak nih.
  • 2 kipas syiling hiasan cap "Wings", 5 blades itu, remote controlnya kurang respon (selalu tak respon). dah tanya kedai letrik/kipas hiasan, remote xde jual. aiyaaa....
  • kelmarin hujan lebat...bila masuk nk tido, tgk tuala basah. suspek ada bumbung bocor. tp semalam pon hujan, xde la pulak. (alamak, air apa?!)
  • celcom broadband under perform, berbanding dengan di apartment. signal kurang stabil.
  • channel tv free (guna antena), dapat tv9 dan tv8 je. tu pon xclear sangat. memaksa aku pasang astro. huhuhuhu.
So, itu saja. ila huna faqad.


Kena install autogate nih.

Bila mau basuh ini porch?

Itulah kancil yang banyak berjasa.

Kitchen tanpa tong gas.

Wardrobe, simply not enough.
sneak preview mainanku seterusnya:
21.1.2011 - Sales Advisor (SA) bagitau stok fofi aku dh sampai. loan agreement pon dh lulus. Ptg tu juga aku g Dataran Maybank, sign loan.
24.1.2011 - huhuhu....g maybank, buat 'banker's cheque'. lepas lunch, g Sime Darby Auto Connexion, bayar downpayment my fofi. SA kata, "jom ikut i g JPJ xxxxxx ni, register, pilih plat number. terus buat roadtax. by xxxxx dah boleh collect fofi...".

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews