20 January 2011

Sebulan Di BIMB Nilai..

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan dah sebulan aku bekerja di BIMB Cawangan Nilai dan bermakna aku berhutang kepada semua pembaca tentang pengalaman aku di sana.

Well, 13.12.2010 aku mula bekerja di sana. Pergh! 1st day aku dah lambat! Hahaha.. Mana taknya ada jammed di selekoh masuk ke Nilai. Time2 macam ni plak diorang nak buat jalan. hahaha.. Tapi bos OK. Takde plak nak marah2 aku. Aku disuruh perkenalkan diri. Tapi seakan2 semuanya terkejut sedikit sebab aku dah dikatakan senior! Siyut! Mana taknya, rata2 staf di sana mula bekerja pada tahun 2007 dan 2008 dan ada 2 orang tak sampai setahun bekerja. So, dalam ucapan aku tu, aku cakaplah aku takde experience langsung dalam bahagian operation ni. Yerlah dalam urusan cash handling, teller & etc. Sebelum ni aku hanya bekerja bahagian documentation je.

So, boleh dikatakan permulaan kerja yang OK! Aku berpuas hati kerana rata2 dapat memberi aku peluang untuk memulakan kerja dengan tenang tanpa bebanan sangat.

Tugasan pertama aku ialah cuba absorb sebanyak mungkin skil dari greeter yang kebetulan di hari pertama aku adalah hari terakhir dia bekerja di Bank Islam. So, aku ditugaskan untuk mengambil alih sementara waktu kerja2 dia. Dalam satu hari aku kena hafal semua borang2 yang perlu aku berikan kepada pelanggan yang semuanya bukan sahaja datang untuk keluar masuk duit tapi macam2 hal ada! Barulah aku paham kenapa teller ni kena banyak info. Tapi yang kelakarnya, greeter ni juga jadi tmpt bertanya jika sesat jalan. Nah! Aku yang baru pindah ke Nilai ni kena tunjukkan jalan diorang. Nasib baik ada peta kat dalam laci ni. Leh lah aku baca2 sket n tunjukkan. Kelakar pun ada.

Tapi itu bukan tugas aku yang sebenar. Aku tahu aku akan ditempatkan di bahagian kaunter. Tu yang dipanggil teller. So, pada 3.1.2011, aku mula bertugas di kaunter. Banyak la jugak karenah pelanggan ni. Ada yang nak marah2 tak tentu pasal. Lambat la.. Itu lah.. Mana tak lambat. Dah kalau orang depan awak tu datang bank nak masukkan duit syiling sebanyak2nya. Kan kena ambil masa mengira tu. Hahaha.. Ada mesin CDM, tak nak pakai. Macam mana nak cepat lagi? Hehehe.. Tapi kira OK la dari pelanggan di Seremban. Ramai yang amat sangat! Degil pun ada gak. Dah disuruh guna mesin, tak nak. Pastu marah kata lambat. Dah orang perangai macam awak bukannya seorang, memang la lambat. Tapi aku salute pada pelanggan Nilai. Lambat2 aku ni ada gak berterima kasih. Aku plak yang asyik meminta maaf kerana lambat attend. Tapi pelanggan di cawangan ni lain sket dari department aku dulu. Dulu sesape yang masuk opis tu hanya bermotifkan marah. Tapi kat sini semuanya OK. Cuma ramai la.. Aku OK je..

Nak diciterkan lagi tabiat orang kat sini, diorang ni murah rezeki kot. Kat pantry tu tak lekang dari makanan. Ada je yang sudi belanja makan. Termasuklah aku ni. Segan gak asyik aku je yang makan makanan orang tu. Tapi lau macam ni, tak ralat aku nak keluarkan sedikit duit untuk belanja diorang makan. Terasa macam satu family plak.
Satu lagi tabiat diorang ialah suka sambut birthday kawan2 tiap2 bulan. Tak kiralah sesape nye birthday, diorang mesti sambut. macam pada bulan 12 aritu, diorang sambut 3 orang nye birthday! Best giller! Banyak dapat hadiah! Semua orang mesti akan belikan hadiah. Aku tengok hadiah2 tu, aku tanyalah semua orang nye birthday akan dapat mcm ni ke? Diorang jawab yer la. Mak ai! Banyak giller... bayangkan ada 20 staf kat sana. Ada 19 hadiah yang akan kita dapat. Pergh!! Seronoknya!!

Yerlah, baru sebulan kan.. So, takde lah sangat yg berlaku. Tapi overall aku happy kat sini. Aku takde lah nak kutuk2 sangat department aku yang lepas kerana di sana aku belajar untuk survive dan jadi ketua. Kat sini aku belajar menghargai orang. Yerlah walaupun ada gak berbalah, namun diorang masih lagi boleh bersepakat. Cuma di tempat lama aku kurang semangat setiakawan dan kurang menghargai orang dan sekarang diorang semua sedang menanggung akibatnya. Aku bersimpati dengan diorang tapi apa kan daya, aku ditakdirkan untuk pergi ke tempat yang lebih baik. Insya-Allah.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews