Salam to uols. Weekend yang indah bersama keluarge mertua di BBU Johor Bahru. Tersempat akhirnya hendak menulis blog nih. Niat tersimpan dah dekat 1 bulan lebih dah hohoho.
3 December 2010 tarikh Pujaan mengakhirkan zaman bujang tegar. Walaupun banyak giler cabarannye tapi akhirnya berjaya menyempurnakan cita- cita. Macam x caye kawen dgn isteri skrg nih. Dulu gado- gado skrg dah sayang- sayang hohohoho.
Ada teman2 yang bertanya: Amacam life lepas kawen? Pujaan dengan yakinnya jawab "Magnificient!"
Tapi ada juga yg sceptical. Hanya Pujaan yang tahu betapa magnificientnya life pas kawen nih.
Perkara no 1 yg best pas kawen ni ialah rezeki bertambah- tambah- dan tambah. Tiap2 ari kenyang perut pun dah leh jadi air bag kt dlm keter dah. Syukurrrr.
Perkara no 2 ialah semakin banyak aktiviti masuk dlm jadual harian dan mingguan Pujaan. Hampir tiap minggu xda kat rumah gi sana dan sini. Jauh berjalan luas pemandangan beb.
Perkara no 3 ialah banyak belajar pasal diri sendiri. Nak control baran ni amatlah mencabar especially bila ada org lain dalam umah dan barang2 bnyk di alih sana dan sini. Pastu cara potong bawang pun lain huhuhu. Lum lagi bab menentukan cara melaksanakan perancangan and so on. Pendek kata give and take in a very different manner lah.
Perkara no 4 ialah dah jarang giler gi warung. Nk makan nasi goreng ke, mi goreng ke, murtabak Makassar ke mesti nak kat umah. Kalau mkn kat warung ni rasa lain macam lah, x sedap mcm org rumah masak.
Perkara no 5 ialah bila solat kt umah skrg dpt 27 kali pahala. Dulu single jer ekekekeke.
Cakap pasal rezeki, bos Pujaan dah di promotekan ke peringkat Regional baru- baru ni. So peluang agak terbuka utk Pujaan menduduki jawatan Menejer itu. Pujaan idaklah kemaruk sangat utk dptkan jawatan tu sbb tanggungjawabnya besar tapi kalau dapat pun ok lah.
Smlm pun berjaya mencalonkan diri sendiri utk jadi AJK persatuan professional Safety Officer wilayah selatan. Moga dengan menambah kan sibuk pada diri yg dah ultra sibuk ni akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Orait sampai ni ajer. Kami tgh wat planning utk mini gathering pada bulan Mei. Tunggu saja berita dari kami ya.
Salams
No comments:
Post a Comment