10 September 2012

1 Astro (B.yond) dan 2 tv


Salam & good day, L said.

Berdasarkan posting di facebook pada 9 Sept. 2012 (semalam), telah dinyatakan Penulis telah berjaya membuat pemasangan sambungan Astro pada tv ke-dua. Setelah puas mengkaji perbincangan di Forum Lowyat (http://forum.lowyat.net/topic/1281679/all dan http://forum.lowyat.net/topic/616678/all) akhirnya Penulis nekad, terus membeli barang tersebut secara online, dan membuat pemasangan sendiri; berdasarkan buku manual dan perbincangan forum tersebut di atas. Turut diingatkan, Penulis tidak mempunyai sebarang kaitan dengan produk yang akan disebut kemudian, juga tiada mendapat sebarang keuntungan ataupon share.

Situasi: Penulis mempunyai 2 buah tv, tetapi cuma sebuah Astro (B.yond) decoder, tanpa langganan HDMI. Pemasangan Astro dibuat pada tv (tv#1) di ruang tamu, manakala 1 lagi tv (tv#2) dekat bilik tidur. Permasalahan penulis ialah, Penulis jarang sekali berlepak dihadapan tv#1 diruang tamu, sebaliknya lebih selesa menonton tv#2. Malangnya dengan tiada sambungan Astro pada tv#2 menyebabkan kurang utilisasi pada Astro, sedangkan pembayaran bill adalah tetap.

Anda mahukan tv-tv dirumah anda mempunyai paparan siaran Astro, tapi tak mahu berbelanja untuk lebih dari 1 decoder/smart card yang mewajibkan komitment bulanan. Astro B.yond decoder, (dari hasil bacaan) tidak seperti decoder versi lama, smart card telah dipadankan dengan decoder, lantas melarang penggunaan 2 decoder (atau lebih) dengan perkongsian 1 smart card sahaja.

Secara asasnya, anda boleh membuat penyambungan dengan wayar, extension, dari decoder (dan TV) tv kedua; berwayar. bergantung dengan jarak dan lokasi, ini kadangkala menyebabkan wiring yang rumit, kos pemasangan yang mahal, serta wayar yang kelihatan sepanjang laluannya mungkin menjejaskan keindahan rumah anda.

Maka muncullah opsyen lain, secara wireless (tanpa wayar).

Setup:
- 2 unit tv
- 1 set Astro (B.yond) decoder
- 3 unit AV splitter (produk Penulis beli datang dengan 3 AV splitter percuma)

Ada tertulis "Receiver" (Penerima) pada alat yang melintang.

AV splitter



Pemasangan:
- Mula-mula, kenalpasti yang mana satu "Receiver" (penerima) dan "Transmitter" (pemancar). Lihat gambar. - Transmitter hendaklah dipasang pada Astro decoder, manakala Receiver pada tv#2.
- Cucuk 3 unit AV splitter pada Astro decoder anda, merah, putih dan kuning. Kini Astro decoder anda seolah-olah mempunyai 2 baris merah-putih-kuning.
- Sambung mengikut warna; 1 baris merah-putih kuning antara Astro dan tv anda. Manakala 1 balis lagi untuk Transmitter.
- Jangan lupa juga untuk cucuk wayar lain yang berkenaan; power elektrik (antara batang antena dan merah), dan IR jack (infra red- untuk fungsi remote control), dihujung sekali, sebelah frequency/channel (berwarna biru)
- hujung wayar IR ada seperti...apa nak kata ya. Tanpa begitu memahami, Penulis cuma mengikut orang, tampal sahaja hujungnya dihapan Astro decoder seperti gambar.
- Sila letakkan transmitter anda di ATAS Astro decoder, selari dengan smart card astro. Ini penting untuk memastikan remote control dapat digunakan dari Receiver/ tv#2.

gambaran belakang PAT 220
hujung wayar IR ditampal.


- Seterusnya, pergi ke tv#2 dengan Receiver anda.
- Anda cuma perlu membuat sambungan power, dan merah-putih-kuning, dengan tv#2.
- Juga pastikan frequency/channel Transmitter dan Receiver adalah sama. Jika channel 2 pada Transmitter, 2 jugalah pada Receiver.
- Siap! Beli lagi 1 remote control Astro.


Nota:
- tv#2 tidak dapat memaparkan siaran High Definition.
- Penulis menggunakan Novatel MiFi (Celcom Broadband) untuk wifi. Tiada gangguan dirasakan.
- Ada sedikit gangguan gelombang statik pada siaran Astro, mungkin kerana transmitter berada sangat-sangat hampir dengan tv.
- Remote control menghasilkan bunyi seperti dial tone/morse code.
- kredit pada Forum Lowyat dan gambar2 online.
- kalau ada pihak yang mahu alih bahasa pada English, amat dialu-alukan. Tujuan post blog ini adalah untuk berkongsi ilmu secara percuma. kredit amat dialu-alukan.
- harga alatan tidak didedahkan secara terus demi menjaga bisnes dan para pesaingnya.

Enjoy.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews