Kembali kita di bab nak kawen nih. Kali ni dgn kisah jumpa penghulu.
Sebelum nak jumpa penghulu ni, Pujaan Google dulu cari contact tok Penghulu Gelang Patah. Search punye search yg jumpa double trouble. Info yg diperlukan haram tak jumpa. Cuma ada clue penghulu terdekat berada di kampung Pok di mukim Tg Kupang.
So pagi tadi belasah je lah pergi ke kampung Pok. Tapi before sampai ke kampung Pok Pujaan ubah fikiran, baik tanya org yg mungkin tau dulu. So Pujaan gi Balai Polis Tg Kupang dulu. Bro- bro polis ni amat membantu dan berhemah. Gua salute beb. Akhirnya dpt lah info yg dicari kedudukan kompleks penghulu Gelang Patah aka mukim Pulai ialah just beside the Gelang Patah Polis stesen. Ek eleh kat situ je rupanye.
So patah balik ke Gelang Patah dan menuju ke tempat yg dimaklumkan. Kompleks penghulu ni nmpknye dhaif sungguh. takda ka org nak sponsor keceriaan sikit? Opisnye pun catnye dh nmpk lusuh dah. Cakap pasal opis pintunye berkunci rapat. Takda tanda2 tok penghulu masuk opis. So pergi balai polis Gelang Patah tanya ada konteknye tak?
Sekali lagi bro2 polis ni amat membantu dan berhemah. Pujaan ditunjukkan sebuah fail yg penuh dgn no telefon dan daptlah satu no henpon. Setelah berterima kasih Pujaan beredar dan cuba mendail no tersebut.
"Tuut tuut, hello?" "Hello, ini penghulu Gelang Patah ke?"
"Ya, ya"
"Saya nak mintak surat permastautin sbb saya nak kawen"
"Eh, penghulu Gelang Patah? Salah nombor ni"
Ceh tadi mengaku ni idak pulak.
Tak berputus asa Pujaan gi lagi ke pejabat penghulu tu. Kali ni ada sebijik keter di parkir dan pintu terbuka. Ada sorang lelaki kat dalam tgh mengadap komputer. "Cari tok penghulu ye? Cuba pegi rumah kat atas tu, tadi saya nampak motonye ada"
Pergilah Pujaan ke rumah nye lak. Bagi salam dekat 8 kali akhirnya ada akak muncul dari tepi rumah.
"Cari Penghulu ye? Ada apa?" "Saya nak mintak surat permastautin kak"
Akak tu masuk dalam pastu ada sorang lelaki ngn uniform kebun keluar.
"Awak nak apa?"
"Saya nak surat permastautin sbb nak kawen" (dah berapa kali ayat ni diulang dah?)
"Itu mintak dari majikan kan boleh?"
"Saya x keje dgn gomen, saya mat kilang je" (dgn nada sedih)
"Oooo, mintak surat dari pejabat agama tu"
Pujaan pun bagi. Eh boleh baca ke tulisan jawi Pujaan yg ala- ala cacing kerawit tu?
Pas 10 minit tok Penghulu pun kuar dgn sekeping surat. Tengok nama dah salah eja. Mintak betulkan sikit pastu dah ok. Terer juga tok penghulu ni baca tulisan jawi Pujaan.
Pas dapat surat tu, Pujaan terus lari ke Masai untuk check darah. Kenapa ke Masai? Pejabat agama ada bagi jadual pada hari yg berlainan, klinik di cawangan tertentu aje yg ada wat servis ni. So ari Rabu ialah di Masai dan Tebrau. Jalan nak masuk ni kemain adventure lagi. Meredah lorong2 kecik, sekolah dan tetiba tersergam sebijik klinik kat atas bukit.
Masuk klinik, daftar dgn isi borang saringan HIV lagi sekali pastu gi bilik 6. Tunggu dlm 6 seken terus di panggil. Masuk dalam ada misi sorang dgn pakai topeng ninja suruh duduk, bagi borang, interview sikit tanya bila nak kawen (nasib baik dah tanya N chan pagi tadi).
"Ni kena cucuk jari sikit ye?" Dengar perkataan "cucuk" tu dah terus berderau lah darah. Pastu dia siat peket2 kit nak cucuk ni lagi lah lemah semangat gua.
Misi tu mintak jari manis belah kanan, dia pijit2 kasi merah pastu haa tu diaa... "keletak" terus bocor jari Pujaan. Ibarat lintah di sawah, dgn menggunakan pipet misi tu sedut darah merah yg meleleh dan diletakkan di kit saringan HIV.
"Camana HIV boleh berjangkit"
"Ada 8 cara misi"
"Macamana"
"1- Perhubungan seks, 2- Pemindahan darah, 3- Melalui suntikan, 4 dan seterusnya saya x ingat"
"Ok" kata misi tu
Pas beberapa minit kit tu dah kuarkan result dah.
"So keputusan awak ialah negative ye"
"Negative misi?"
"Ye negative"
fuh berabuk misi ni speaking.
Dah siap tu Pujaan blah dan menuju ke larkin perdana utk lunch di Beriani Ambok. Lama x merasa beriani yg kena dgn citarasa Pujaan huhu.
Personal Loan
Disebabkan budget dah lari banyak, nampaknye Pujaan kena guna personal loan utk cover perbelanjaan nak kawen. Sedihnya bila Pujaan gi ke BSN, Bank Rakyat, Public Bank dan Ambank jawapannyer ialah "Kami bagi loan utk kakitangan kerajaan saja". Patutlah ramai orang kena cantas dengan ah long. Ni lah puncanya.
Akhirnya HSBC juga yang beri harapan. Itu pun cuma basic Rm2000 ke atas je yg layak memohon kalau kakitangan swasta.
Story2 dgn cik Anis Suraya (macam artis namanye) tau lah yg pinjaman ni ada cover takaful, interest rate 12%, maximum ialah 4x gaji. Pujaan sain aje borang tu dulu, baru nak compare dgn bank lain kalau ada. Kelulusan dalam 4-5 ari gitu. Raksasa cakap Bank Islam ada personal loan. Usha kat internet dulu ah. Al- rajhi pun nak usha lagi KFH dan Hong Leong. Apa bagus apa x bagus.
Ok lah sampai sini dulu. Nanti sambung bab antar borang lak.
Papaii
No comments:
Post a Comment