[salam and good day, L said]
28.01.2011, 16:46, Petaling Jaya.
- bersama is3 mengambil Fofi di SDAC (Sime Darby Auto COnnexion). aku drive fofi, my wife drive Kancil.
29.01.2011, 11:32, Tmn Subang Perdana.
- Pasang tint pada Fofi (sian Kancil, xpenah tint pon). Sambil menanti siap (3jam kot), aku & is3 jalan kaki round kedai2 nk beli mcm2. Lebih 1KM gak jalan kaki rasanya.
30.01.2011, 08:03, Bukit Subang.
- hujan...sepanjang hari (dan lebih lagi...)
- "abang, ada darah keluar la...", kata is3ku ketika aku sedang sibuk mencuci toilet sempena 2 adik ipar nk datang. "hm? sakit? nk g spital? ketuban belum pecah kan...mmm, bg abang mkn dulu boleh?", kataku yang terdahulunya dah mentapau nasik lemak. Is3 juga turut makan dahulu, dan baring. sakit.
- aku memberi pilihan pada is3, mahu pergi atau tidak, terpulang padanya. beliau khuatir, kerana mitos2 kawan2, yang mungkin ada benarnya...datang hospital ketuban belum pecah, doktor akan 'bukak', cucuk2 kasi pecah. tunggu lebih sakit? due date sebenar ialah 1 Februari 2011, 2 hari lagi.
- atas nasihat mak mertuaku, kami bertolak ke hosp. sg. buloh dan tiba lebih kurang 12:00. persediaan awal sangat membantu. parking jauh, ramai suami2 dan keluarga menanti kelahiran masing2.
- aku tabah menanti, dengan cuaca dingin beku, dlm suasana hujan. bosan menanti? letih? lapar? apalah sangat jika dibandingkan pengorbanan is3 yang sakit, bertarung nyawa demi sebuah kehidupan baru. sabar.
- 16:28, is3 kata doktor mahu induce. is3ku ke wad bersalin. sebagaimana orang lain, sang suami dan keluarga menanti di ruang menunggu.
- 17:48, 18:16, 18:39, 19:01, 19:23, 19:41, ...aku terus tabah menanti. Md (muhamad) namanya, brader perbualan aku. mana dia? terlihat dia keluar dari wad larangan.. "dah selamat,.." katanya pada ahli keluarga lainnya. bisik hatiku, "eh, brader ni datang sini kul 1 lebih, tp wife dia dah bersalin dulu. tapi logik kot, anak ke dua...tp, adakah aku ter-missed, ketika mkn, solat, jalan2?". sabar menanti.
- sekali-sekala aku lepak di luar bangunan, menjauhi kesejukan air-cond yg terlampau itu. 20:11, "kaze o, kan jiru, kaze o kanjiru deeee...", gema ringtone hensetku dengan lagu intro anime One Piece... "hello, ni suami pn. suzahamimi? nk tgk isteri bersalin? masuk wad 9 yer...". akhirnya...dengan keizinan cik guard, aku dibawa masuk..
- tok tok ...guard mengetuk dinding wad, "suami pesakit datang, ada panggil?", guard memanggil doktor/bidan/nurse di dalam. "yer", sahut suara dari dalam. "siapa nama...". "abdullatif...", "eiii, bukan nama kamu, nama is3...". ahahaha, malu pakcik. setelah memberi nama, terbukti aku tidak salah terjah wad bersalin is3 orang lain, aku diizinkan masuk.
- 3 org nurse/bidan sedang mengajar/memaksa/memarah/meleter is3ku tentang cara2 meneran yg betul, agar tidak letih, hilang tenaga begitu saja. yaaa, is3ku juga tidak begitu pandai. nurse sentiasa memberi galakan. ada juga "dik...teran jangan hembus nafas. bila rasa sakit, tarik nafas dlm2, teran kuat 10 kiraan. tak sakit, jgn teran tau...kalau hembus nafas, esok pagi pon belum tentu...". hehehe. sambil meneran, aku bagai turut serta, menahan nafas, bersama2 meneran. mcm org brek kereta la kan.
- "pandai! bagus, terus lagi...sikit lagi", jerit nurse. itu dia, aku melihat kepalanya keluar. kasihan babyku. mukanya kelihatan pucat, bibir hitam... teran lagi, seluruh tubuh kecilnya keluar. dia lantas membuka mata dan menangis. subhanallah. melihat kelahiran bayiku, aku langsung tak ngeri atau jijik. ia satu kebanggaan.
- nurse memotong umbilical cord (tali pusat), lap2 badan bayi, dan meletakkan didada ibunya. "biar baby bersentuhan kulit dengan ibunya dlm 1 jam yer...". terharu aku melihatnya. lalu aku diminta keluar, terus menanti. sekurang-kurangnya aku lega, kedua is3 dan bayiku masih selamat.
- 21:21, aku dipanggil lagi, menemani is3 di wad bersalin. comelnya baby. terlihat bungkusan berisi uri (plasenta) siap sedia untuk dibawa pulang. nurse masuk, meminta aku mengazankan bayi. seterusnya mengajar is3 cara menyusukan anak. aku diminta keluar lagi. "nanti kita bagitau, sedia barang2 yer...".
- di luar, aku didatangi cik guard lagi, "6c yer...is3 encik dibawa ke wad 6c. nanti bawak barang, pergi naik...". pergilah aku, menemui mereka, kesayanganku.
31.01.2011, 12:46, aku diwad menemani is3. lalu kami didatangi doktor "hasil ujian darah mendapati kandungan sel darah putih yg tinggi pada bayi, menunjukkan ia sedang melawan penyakit/bakteria, jadi kena masuk antibiotik la...". maka bermulalah bayiku dan is3 ditahan di wad.
- sebenarnya agak mudah, baby diberi antibiotik, ambil darahnya, dan melihat kesannya. cuma, hasil ujian cuma kelihatan setelah 2 hari. sekiranya sel darah putih masih tinggi, maka antibiotik perlu dimasukkan lagi. tinggallah is3 dan baby di wad, menanti keputusan. baiknya, makan free, baby dimandi, diurus, di cek nurse/doktor. masalahnya, kasihan is3 jaga sendirian kerana hatta sang suami tidak dibenar menemani. pastilah...kan ada pesakit lain juga.
01.02.2011, 18:23, Wad 6C.
"eh, lusa dah cuti raya cina 2 hari, minggu depannya aku dah kena outstation...bila nk register anak nih?!" bisik hatiku. aku meluru ke kaunter wad. berdasarkan penerangan brader Md, bila discharge nanti akan diberi borang pendaftaran dan apa segala dokumen diperlukan untuk tujuan pendaftaran nama. tapi perlu segera...elekkan penalti lewat daftar dlm 14 hari iaitu RM5. hehehe. setelah berbincang, nurse yang mulanya keberatan, akhirnya memberi dokumen2 yg kuperlukan.
02.02.2011, 08:43, Jabatan Pendaftaran Negara, Kota Damansara.
- "aih, sampai awal pon ramai orang" keluh hatiku. aku ke kaunter 1 mengambil nombor giliran sambil bertanya "IC is3 kena bawak juga ke?" "yer...kita nk verify, kena ada yg ori...". aduuu, kena g wad dulu la nmpknya, aku cuba beredar. "tapi kami cadangkan, daftar dulu, verify kemudian". hm? ape2la...aku menurut sahaja.
- dlm 1 jam menanti, tiba giliranku... "takde IC is3 takpe ke?" "kena ada..tp sekarang kita key-in dulu siap2, nnt bila2 datang bawak yg ori la. copy memang dh ada kan...mmm, ni anak pertama? kena la bawak sijil nikah, yg besar tu...kalau anak kedua kad nikah je pon tak pe...so, next time dtg, bwk IC is3, sijil nikah ori & copy, dan original buku klinik merah...". hm, oklah, tak kena penalty lewat kot. tp surat lahir baby pon tak dapat.
- Qisya Qaireen namanya. Qisya adalah varian nama Aisyah yg bermaksud hidup. Qaireen, ejaan asal ialah Khoirin, huruf 'kho', bukan qaf. kata akar perkataan 'khoir' yg bermaksud baik. ~reen, kho ya ro, ya nun. jamak bagi muannas (perempuan. kalau jamak muzakkar kan wau nun. khoiruun). huruf Q untuk Qaireen, saje je...huhu..tak sia2 belajar arab 5 tahun. mekasih Maahad SUltan Ahmad Shah ad-Dini, Jengka. hehe.
02.02.2011, 16:16, Wad 6C.
- akhirnya is3 dan baby dibenarkan pulang. pulanglah kami...singgah di busstand Seksyen 17 fetching 2 orang adik ipar. baguslah, sekurangnya, 2 adik ipar ini bisa membantu is3ku...pukul 3 pagi, aku dikejutkan tangisan babyku. kasihannya, dia sakit, tapi tak dapat menyampaikan dengan cara yg kita fahami. kasihan juga is3, tak banyak yang sang suami boleh tolong termasuk memberi galakan, sokongan, dan sedikit sebanyak membantu.
Qisya Qaireen pada 2 Februari 2011. |
Akhir kata, mainan ketiga encik L ini adalah yang paling tak ternilai. Ia adalah amanah dari tuhan, menguji kesabaran, ketabahan, keimanan, dan mencabar bagaimana kita mendidik 1 lagi manusia yg lebih baik dari kita. Sekian, semoga mendapat ilmu dan pengajaran.
No comments:
Post a Comment