29 June 2013

Superman Can Die..

Assalamualaikum,

Man Of Steel. Tertarik plak aku ngan cite ni.. Maklumlah Superman merupakan hero pujaan aku. Hahaha.. I admit it again !! hahaha

Dalam citer ni macam biasalah pengolahan jalan citer yang berbeza dari yang biasa. Yerlah, macam cite Batman yang pelbagai versi. Begini juga dengan cite Superman ni.

Yang menarik perhatian aku ialah masih ada survivor dari Kripton. Lebih tepat lagi sekumpulan rebellion yang menentang pemimpin Kripton ketika itu.
Mereka mengembara mencari Superman a.k.a Kal El a.k.a Clark Kent kerana dendam General Zod terhadap Jor El, bapa Superman. 

Akhirnya mereka jumpa juga dengan Superman di Bumi dan akhirnya pertembungan berlaku. Maka pertempuran yang tidak disangka berlaku dan menyebabkan manusia dengan segala usaha mereka tetap gagal mengalahkan orang Kripton ini dan terpaksa bergantung kepada Superman untuk menewaskan musuh.

Setelah usaha akhir mereka hampir berjaya dan semua orang Kripton telah disedut ke lohong hitam kecuali General Zod. Pertempuran 'heavyweight' diantara mereka berdua amatlah kunantikan kerana siapa yang akan menang ? dan macam mana nak kalahkan mereka? Mereka kan 'invisible'.. 

So, macam2 spekulasi yang aku andaikan berlaku. Sama ada General Zod dibekukan ataupun dia jadi baik. Ternyata anggapan aku salah. General Zod mati dibunuh oleh Superman dengan dipatahkan tengkuknya. Sungguh sadis.

Rupa2nya selama ini hero aku boleh mati dan mungkin benar tiada yang kekal di dunia ini.

To my hero, until that time comes. I hope that I can always refer to you as my hero. I will honor your sacrifices for me and my family.


P/S : Superman is my father, Hj Aziz bin Hj Md Noor. My forever hero.


Superman + Wonder Woman = Four Horsemen..


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews