Raya pertama seperti biasa dimulakan dgn solat sunat Eid Fitri, balik umah terus mulakan sesi bergambar dan bermaafan dgn ibu dan ayah. Anak mu yang nakal banget ni mintak ampun dari ujung rambut ke ujung kaki. Kendian beraya di rumah nya'ei dan pakcik makcik wajib.
Raya ke2 sambung lagi beraya rumah pakcik makcik wajib, pastu malam nye gi rumah si raksasa C. Beliau buat open house dgn mi bandung, soto dan BBQ. Lepak dgn kawan2 di Muar sampai ke 12 pagi dan balik. Terbaik dari Raksasa C dan family. Moga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat amin. Ko tunggu aku punye open house lak pasni hehe.
Raya ke 4 cubaan utk beraya ke rumah kawan2 lak tapi gagal. Encik Mazlan gi umah mentua kat Gemereh (siap suh Pujangga gi sana beraya lak tu), lain lak gagal di kontek. Kat kampung nih bila time raya je memang alamatnya trafik telekomunikasi memang akan jem, seteruk jem di lebuhraya huhu.
Then ari Rabu dah balik ke Gelang Patah untuk bekerja dengan rasa beratnya. Dibekali balang kuih raya Pujangga bertolak balik. Mujurnya jem tak nmpk di lebuhraya.
Kat opis balik2 je dah memacam isu datang. Anta sms raya kat mak andeh rupanya dia pun dah mula kejer dah. Sian dia baru mula kerja x leh nak mintak leave lelama.
Tragedi Datuk Sosilawati
Eid Fitri tahun ni dicemari sedikit dengan kisah pembunuhan ganas jutawan kosmetik di Selangor. Didalangi oleh seorang lawyer, beliau dan escort rasminya telah menjadi mangsa pembunuhan yang tak berperikemanusiaan ini. Al fatihah kepada Datuk dan 3 orang mangsa pembunuhan ini.
Bila dengar kisah ini, Pujangga teringat kisah yang terjadi pada diri sendiri masa duk kat Damansara dulu. Keegoan seorang kepala masyarakat dengan takburnya mengatakan bahawa dirinya kebal dari undang2 dan boleh mencabut nyawa seseorang jika dia mahu. Polis berada dihujung jarinya dan underworld people akan bantunya bila diperlukan. What to say? Nasib baik Pujangga masih idup sampai skrg. Kalau idak jadi mcm kes2 org hilang yg polis mungkin x mampu nak selesaikan cam ni lah.
Said enough, marilah kita hapuskan dendam dan benci di kalangan kita dan semaikan nilai murni yang mencerminkan akhlak seorang muslim. Happy 1 Malaysia!
P/s: Selamat hari raya juga untuk para pegawai Polis dan JPJ yang amat serius utk menurunkan statistic kemalangan pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment