26 September 2010

Berapa lajukah laju? Cubaan drift Pujaan dgn Kia Rio

Selamat hari raya dan hati- hati bila makan kuih raya. Nak share sikit cerita pasal laju, lajukah kita memandu? Meh Pujaan share pengalaman yang berlaku sebelum puasa ari tu. 

Waktu: 10.30 malam
Lokasi: Exit Senai, PLUS Highway
Cuaca: Selepas hujan

Pujaan baru balik dari kampung masa tu. Highway jem seperti biasa kerana rakyat Malaysia skrg lebih ramai yang mampu nak beli kereta dan juga lebih rajin utk balik kampung di hujung minggu. Masuk di pintu Yong Peng Utara seperti biasa, sampai Machap sudah jem seperti biasa juga. Dengan sabar kaki silih berganti tekan pedal minyak dan brek, pedal minyak dan brek, pedal minyak dan brek... 8 lagi ewaahhh. 

Selepas lebih setengah jam merangkak di highway akhirnya tiba juga ke exit Senai. Hati melonjak gembira dan dengan x sabar Pujaan menerjah masuk ke selekoh. Masa tu speedometer menunjukkan 80km/j. Masa tgh layan belok tu tetiba terasa mcm bontot kereta pergi ke depan dulu. "Ah sudah!" Cepat- cepat Pujaan lepas pedal dan tekan brek kuat- kuat. Tayar depan dah terkunci dan mula menggelongsor, bontot kereta lak berubah dari drift ke kiri pergi sebelah kanan lak. Pujaan pegang steering kuat- kuat dan cuba da best nak elak perlanggaran depan ke depan sambil doa "Jangan ler ada trailer masuk exit ni masa- masa ni". 

Kereta terus berpusing 360 darjah dan dihentikan oleh besi penghadang jalan. "Dum!" Ahh lega syukur leh lagi kawen ujung taon nih. Posisi kereta dah melawan arus jalan. "Sebelum trailer ke bas ke datang baik gua blah cpt2". Pujaan pusing balik pas pasti xda kenderaan datang dan check keadaan kereta dkt kawasan rehat tol. 

Kos repair dah lebur RM500 untuk menyimen dan cat balik bumper belakang dan depan sepenuhnya. Lain rugi minyak dan masa nak uruskan bendalah ni. Tak claim insuran coz not worth it. 

Pengajarannya: 
Walaupun tayar ada bunga, x semestinya boleh full grip pada setiap masa. Tayar boleh mengeras mcm batu dan seterusnya mengurangkan grip. 
80km/j itu laju. Dah cukup dah nak menyebabkan kereta terpusing di selekoh. Skrg ni Pujaan masuk selekoh paling laju pun 70km/j. Untung kereta tak terbalik dgn tayar ke atas masa tu beb. 
Plan perjalanan anda. Stress masa memandu mendorong anda membuat keputusan yang pelik- pelik. 


Calar di penjuru kanan depan
Bumper pecah dan calar
Kemik mcm muka Pujaan di hujung bulan


Ok happy driving and safely driving. Ingat org yang tersayang.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews