11 August 2010

Selamat Berpuasa untuk tahun 2010

Pejam celik, pejam celik, gendang gendut tali kecapi, perutku gendut tanda happy tau tau dah mula berpuasa dah hari ni. Sms- sms dan emel2 ucapan selamat berpuasa yang menyedarkan Pujaan yang Ramadhan telah pun membuka tirainya.

Bagi Pujaan Ramadhan dan Syawal agak nostalgik sebab pada masa inilah Pujaan berpindah dari 3 kompeni. Maka tiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal menandakan cukup nya setahun umur Pujaan di kompeni sekarang. Ni lah lagenda budak tukar2 kompeni wakakakaka.

Beza pada taon ni Pujaan dah ada keluarga ehem ehem, tunang yang musti dilawati pada rayanye. Kalau taon dulu cuma rumah Raksasa C yang ada dlm jadual hoho. Taon ni juga Pujaan beraya buat pertama kalinya di rumah sendiri. Dah beli dah sofa 2x3 untuk menempatkan tetamu (mungkin) datang berkunjung. Niatnya nak wat opening ceremony tapi belum pasti lagi. Tapi kalau terjadi, akan ku jemput para readers semua datang untuk meraikan majlis kami :-)

Beberapa rakan lain juga pastinya akan mengalami perngalaman pertama di alam perkahwinan seperti Raksasa C, Encik L, Encik Batu yang menyambutnye dengan kehadiran orang baru. Tahniah pada anda semua dan semoga maju jaya di masa akan datang.


Isu semasa: Politik di kalangan pelajar
Beberapa minggu lepas semasa Pujaan surf channel tv ternampak encik misai yg macam familiar. Rupanya naib cansellor UiTM sedang berbincang topik semasa ni. Dari segi hujahnya beliau kurang bersetuju supaya pelajar digiatkan secara aktif dan terus di dalam politik.

Apa itu politik?
Mengikut Wikipedia ia bermaksud proses bagaimana sebuah kumpulan orang membuat keputusan bersama. To me indirectly its about gaining power, power to make decision.

Adakah politik penting?
Jika ditempat kerja, orang yang x pandai berpolitik akan lambat naik pangkat dan mungkin akan ketinggalan dalam serba hal dek kerna kekurangan populariti. Akan tetapi jika tempat kerja ada seorang ketua yang bijak dan adil, ini tidak akan menjadi masalah yang besar kerna penilaian ialah berdasarkan prestasi dan bukannye HP air cond.

Dari segi orang politik mereka mungkin bangkitkan isu kurangnya pemimpin di kalangan orang yang terpelajar, bersijil berijazah. Tapi to me personally ini bukannya masalah pelajar kurang pendedahan tetapi lebih kepada budaya orang politik sendiri yang gemar menaikkan orang yang lantang mengkritik, yang gemar menyogok dengan isu2 remeh yg diperbesarkan dan yang berharta.
Actually masyarakat kita masih lagi diperingkat modernisasi dari segi pemikiran yang berdasarkan keuntungan peribadi kepada kepentingan semua secara amnya.
So to my concern politic is essential, but not to everybody wholly.

Ok cukup merepek pasal politik nih, Pujaan nak beradu. Skrg duk sorang2 so very high chance utk terlajak sahur esok. Wassalaam

2 comments:

Encik Jay Xi said...

rumah baru, dok sorg...menyebab aku berfikir...adakah anda mengajak tunang mengemas rumah? WARNING! WARNING! hohoho

Pujangga said...

Nice try but NOT!

imajinasi anda melebihi batasan bima sakti.. AWAS! AWAS! wakakakaka

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews