24 August 2010

Addictnya aku pada Mafia Wars

Salam and good day,



Kalau pujangga addict (ketagih) pada permainan Farmville, aku pula addicted pada sosial game online, Mafia Wars, di facebook. Aku mula bermain game ini sejak lebih 2 tahun lalu, kalau tak silap. Bermula dipengaruhi oleh budak praktikal di opisku...hingga kini.


Mcm Pujangga juga, celik mata je, terus habiskan energy, habiskan stamina, buat kereta, senjata, supaya mafia anda semakin power. Sebagaimana social game lain, interaksi sesama player lain di Malaysia dan dunia tak dapat di elakkan. Aku turut menyertai beberapa group facebook berkenaan Mafia Wars, khas untuk Malaysia. Dalam dunia mafia yg penuh kekejaman, penubuhan clan/kumpulan memberikan banyak faedah pada seseorang pemain kerana segala info terbaru, dikongsi serta saling membantu.

Game berkonsepkan perang, menyerang/membunuh lawan, menyebabkan pihak lawan hangin dan membalas dendam. Merompak harta mafia...antara feature yg memeriahkan game ini. Sebagai social game, ia juga membina komuniti untuk bertukar-tukar barang, atau bahasa omputehnya- trading. Kadangkala, aku juga ber-trading demi memenuhi keperluan mafia, supaya mafia lebih gagah perkasa.


Selain itu, pembina game ini iaitu Zynga (juga membina Farmville) juga memaksa pemain memainkan game lainnya untuk mendapatkan bonus tertentu, seperti permainan Treasure Island, Vampire Wars, dan Zynga Poker (Texas Hold'em)

Kerana sambutan hangat pemain dari seluruh dunia, pihak Zynga dengan yakin sering memajukan game ini. Bermula dengan New York, seterusnya Cuba, Moscow, Bangkok, dan terbaru Las Vegas. Cukup bijak strategi Zynga. Hasilnya, Zynga menjadi sebuah syarikat 'social gaming' terbesar ketika ini. Dikatakan, keuntungan diperolehi adalah USD$1 juta sehari.

Tidak seperti Farmville, Mafia Wars mungkin lebih mudah dimainkan kerana para programmer luar turut membantu memudahkan permainan, dengan penciptaan 'bookmarklet' yg menjalankan game dengan lebih mudah, lancar, tanpa banyak menghabiskan masa dengan meng-klik mouse.

Clan (kumpulan pemain mafia wars) dicipta, kerana sifat game iaitu perang; maka menyebabkan penubuhan banyak clan didunia. Antara clan yang terkenal seperti LCN (La Cosa Nostra), EHG (Elite Hired Gun), MWI (Mafia Wars Indonesia), Ryfg, dan sebagainya. Malaysia juga ada beberapa clan, tetapi tidak begitu menggalakkan peperangan besar, sebaliknya mengutamakan pertahanan; antaranya 'Guardian', LYN (Low Yatt Net), Legend Killer, dan HMMW (Harimau Malaya Mafia Wars). Aku...tidak menyertai mana-mana clan, sekadar menyertai grup Mafia Wars Malaysia Official dan Warung Kopi Mafia; tempat para mafia dari Malaysia berkongsi segala info dan bersosial.

Kini, permainan ini bukan sekadar bermain, ia adalah social game. Kami saling mengenal, berkongsi pendapat, bertukar-tukar barang, gathering, mengutuk, memberi galakan, etc. Walaubagaimanapon, sebagaimana game-game lain, kategorinya ialah lagho. Elok dielakkan dari terjebak, agar hidup anda lebih bermakna. Akhir kata, bagaikan tag-line ramai pemain baru... "ADD ME!!!". hehehe.

Bookmarklet 'brawler' memudahkan fighting
Barangan koleksi
E-mail notifikasi. Pemain di 'hitlist'.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews