08 February 2009

27 (dua puluh tujuh)

Salam, L said.

Apa ertinya nombor 27 dalam hidup anda? mungkin ada, mungkin tiada, mungkin nombor lain, kan. Ia sekadar ironi, tp menarik untuk difikirkan. Sarung tangan Sawada Tsunayoshi, ketua mafia Vongola familia, bernombor 27, begitu juga nombor pada headphone beliau. Mungkin ada maksud tersendiri pada nombor tersebut pada mereka, dan ada juga maknanya padaku.

Sengaja aku menaip di sini, kerna aku tidak lagi menulis diari... inilah kenangan, mengganti diariku. Tahun 2009 ini, banyak teman2 kita berumur 27 tahun. Pada 27 Ramadhan, bersamaan 27 September 2008, pertama kali aku bertemu 'dia', ala2 dating, membawa pulang ke kampung, berbuka puasa di R&R Temerloh, menghantarnya ke Stesen Keretapi Jerantut. 3 bulan kemudian, iaitu 27 Disember 2008, suatu kebetulan, kami berkursus pra perkahwinan di Pusat Bandar Damansara. Dia lahir pada bulan 2 (Februari), dan saya bulan 7 (Julai), satu lagi 27 di situ.

Dan, ada slack sedikit; majlis kenduri pihak perempuan pada 19 Mac 2009, manakala di pihak lelaki pada 7 Jun 2009, menjadikannya 26 (19 + 7). Apa nak buat, 20 Mac ialah Jumaat, tak sesuai untuk majlis kenduri. Dan pilihanku 7 Jun... sebenarnya kami pilih 6 Jun kerna 06062009 cambest; tapi jiran kampungku, anak pak imam tu dah cop tarikh tu. so, kena pilih tarikh lain (i.e. 7 jun).

So, itu jela, saje nk share. care to share your "number"? my pleasure.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews