03 December 2008

PERLU TAHU PERIHAL LELAKI




Hi gurlz.......


Before that I nk bg tau yg artikel ni lebih sesuai untuk kaum wanita....saje nk educate kwn2 kaum sejenis mengenai kaum Adam yg mmg susah kite nk paham (mereka pun susah nak faham kita...ahakz!). By the way, artikel ni telah dipetik dari majalah Kosmopolitan edisi Mei 2008 bertajuk "80 perkara perlu tahu perihal lelaki"). diharap dapatlah kawan2 mendapat sesuatu info berguna daripadanya. Untuk kawan2 lelaki pula, mungkin korang leh bagi komen terhadap kajian yang telah dijalankan oleh team penerbitan Kosmo ini. Betul ke tidak, let's find out!

1. Mereka lebih rela dapatkan nombor telefon kamu daripada memberikan nombor sendiri.

2. Usah gusar jika pertemuan pertama bak drama bisu. Mereka tak pandai kekalkan perbualan yang lancar seperti perempuan walaupun dia berminat denganmu.

3. Jika jari manisnya lebih panjang daripada telunjuk, tahap testosteronnya lebih tinggi.

4. 1/3 lelaki simpan nombor bekas kekasih untuk selama-lamanya. Lebih 20% membuangnya selepas beberapa minggu.

5. Kebanyakan lelaki bersetuju wajah cantik adalah lebih penting dari berbadan seksi.

6. Lebih ramai lelaki berkahwin mengaku mereka “amat gembira” berbanding lelaki bujang.

7. Jika kamu si dia lebih relaks pada date pertama, berbual hal berfakta dan bukannya hal emosi.
8. Lelaki paling meluat ayat ini : Kita perlu berbincang"
9. Hampir separuh dari lelaki ditanya, mengaku lebih suka gadis yang sedikit nakal.
10. Lelaki secara umumnya mempunyai suhu badan lebih tinggi berbanding perempuan.

11.Kebanyakan lelaki bujang mahu berkahwin selepas usia 28 tahun.
12. Mereka lebih suka berperangai buruk supaya kamu meninggalkan mereka, daripada menungkapkan "saya tak rasa kita perlu meneruskan perhubungan ini."

13. Perbualan kecil yang si dia paling benci? Pertama : bekas kekasihnya Kedua : situasi kewanganya.
14. Sebanyak 32% mengaku pernah bermain kayu tiga. Nakal!

15. Dia mungkin tak romantik, tapi tak semestinya dia tak ingatkan kamu.

16. lelaki solo lebih mudah dipengaruhi kawan daripada yang berpunya.
17. Lelaki bujang suka menghabiskan duit untuk baju, kereta atau apa saja untuk "tayangan" umum.

18. 95% lelaki amat menyukai jika gadis mengurat mereka dulu.

19. Bahagian badan yang mereka paling risau adalah perut, bulu badan dan payu dara lelaki.

20. Lelaki suka mengelamun mengenai aksi fizikal, seks, golf, cubaan menyelamatkan Angelina Jolie dari bangunan tinggi yang terbakar.

So, berikut di atas adalah sebahagian daripada 80 perkara perlu tahu mengenai lelaki......sila la bagi komen, mgkn ada yang betul ke salah ke.....sbb bende2 ni hanya kajian yg dijalankan.....


Quote of the day


He is the source of my happiness,sadness, miss, anger, nervous, excitement, frustration....that why I call him as my lover, who completed all kind of feelings.....

3 comments:

Encik Jay Xi said...

20. Lelaki suka mengelamun mengenai aksi fizikal, seks, golf, cubaan menyelamatkan Angelina Jolie dari bangunan tinggi yang terbakar.
hm...golf? An mungkin la, aku tak. by the way, Angelina Jolie boleh slamatkan diri sniri la. dia Lara Croft (Tomb Raider) maaaa.

Anonymous said...

Hampir semua btol lah.. Tak semua..

Anonymous said...

hmmm...yeker, for me...juz 30% jek betul...ntah laa, maybe sy ni lain dr lelaki2 lain kot...hehe

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews