31 December 2008

L @ Kursus Pra-Perkahwinan (mature content)

Assalamualaikum, L said.

Pada 27 & 28 Dec 2008 lalu, aku berada di Pusat Bandar Damansara untuk berkursus. Orang kata, kursus kahwin memang tak bosan; bila orang mengantuk, nanti tau la penceramah tu buat lawak lucah. Hehehe, ada benarnya, tapi bergantung la pada penceramah tu. Kena yang strict sikit, memang terasa masa berlalu begitu lama. Orang kata lagi, banyak perkara baru yang mungkin kita tak pernah tahu. Ada betulnya juga. memang itulah tujuan kursus ini.

Apakah perkara yang boleh membatalkan wudhuk? Salah satu daripadanya ialah, menyentuh kemaluan dengan perut tangan. Perut tangan pula ialah bahagian telapak tangan (termasuk bahagian bawah jari). Jadi, tidak membatalkan jika menyentuh dengan menggunakan atas tangan. Soalan kreatif: sentuh telur (testis) bagaimana pula? Ini memang jarang orang tanya. Jawapan ustaz tu, tidak batal. Hohoho.

3 gerakan besar berturut-turut, boleh membatalkan solat. Anggota atau gerakan kecil; seperti menggaru dengan menggerakkan jari, boleh dilakukan sampah patah jari sekalipon (menurut ustaz itu). Pernah ditanya, payudara yang besar, bergoyang beralun ketika ruku', lebih 3 kali; begitu juga telur lanjut, jawapannya tidak batal. Ilmiah semua ni.

Sampai giliran pakar perubatan berkongsi ilmu. menurut beliau, pisang mengandungi bahan bernama endorfin, yang boleh membuatkan manusia gembira. Nasihatnya, si isteri bolehlah menawarkan pisang pada suaminya bila suami kelihatan tidak gembira. Tapi bila suami yang menawarkan pisang, lain pula difikiran kita. Hahahaha.

"Makanlah buah betik, kalau nak besar", kata beliau lagi. Kami tertanya-tanya, apa yang besar? Betik... adakah... payudara? Hohoho. Beliau lantas menambah, "...besar lengan ya". Hoh, aku pantas berfikir. Adakah benar, dengan memakan betik, boleh membesarkan 'adik' hingga sebesar lengan? Aha...baruku faham. Pepaya. cheist. Aku ketawa.

Kursus 2 hari itu juga aku bertemu rakan sekolah menengah. Hm, lebih 8 tahun tidak ketemu, beliau juga bakal berkahwin bulan Mac 2009. Pada Ahad 28hb itu juga tarikh kenduri pihak lelaki, encik Hairil Azlan di TUTA, Johor Bahru; dan Fathi Ariffin, di Gombak; 2 rakan ketika di UiTM Segamat, Johor. Lebih ironi, kursus yang bermula pada 27 December 2008 ini, tarikh yang sama 3 bulan sebelumnya adalah hari ke 27 berpuasa, aku mengambil bakal isteri (awek) dari Putrajaya ke KTM Kajang mencari tiket (habis!), membawanya naik ke pejabat tempat kerjaku dan bertemu seorang rakan sekerja 'overtime' dihari minggu (kacau program!), menuju kampungku, berbuka puasa di R&R Temerloh, dan menghantarnya ke stesen keretapi Jerantut. Hehehe...

So, sampai setakat ini, good day mafioso.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews