15 December 2008

the Interview; L @ Tanah Merah

Assalamualaikum; L said.

Aku L, da lama tak menulis, kadang2 ada idea, nk taip, pk2 balik, xbes pon idea tu. hehehe. Pada 4 Dec 2008 yang lalu, aku seorangan tgk wayang, cerita Madagascar 2: Escape to Africa kat One Utama. kelakar ngat. Teringat Madagascar 1st, masa tu layan kat panggung wayang Pelangi JB kot, bersama (kalau tak silap) dengan Hairil, An, Nora, ... sape lagi eh?

Aaah, balik tajuk asal. haaa, kan. tiba2 aku rasa idea aku pasal interview ni, mcm bad idea lak. hahaha. tabah! teruskan menaip. Hari ini, 14 Dec 2008, aku balik kembali ke Subang Selangor, setelah bercuti sejak 4 Dec yang lalu. Owh...laptop Dell XPS M1210 ku... tak sabar nak main Tiberium Wars lagi. nnt, taip posting dulu. Hm, ralit lagi.

Ok, 10 Dec 2008, lebih kurang 830 pagi, hari tashrik kedua, salah 1 hari mulia yg diharamkan berpuasa; aku dengan memandu Kancilku, bertolak ke Tanah Merah, Kelantan. Acara yang menantiku di sana adalah, interview yang bakal mengubah hidupku. Total jarak perjalanan 368 KM, refuel RM20 kat Jengka 8, refuel lagi kat Gua Musang RM30, memadai bagi Kancilku untuk tiba di Tanah Merah dengan jayanya, dan bershopping di Kota Bharu sikit. Setelah rehat dalam 30minit di Gua Musang, makan nasi ayam yg mahal (3 org (+ abg n mak aku) makan, 3 air, rm17! huh). Kalau sesapa nk lalu jalan ni, dari selatan, jangan stop di Gua Musang, tapi proceed lagi sikit, ade R&R. harap murah sket. Jalan bukan highway, tp agak ok lah. Yang memperlahankan aku adalah barisan kenderaan yang berpada cuba memotong kenderaan2 berat. sabar ajelah. dalam 330 petang... ya, kurang lebih 7 jam, tiba di tempat interview. hehehe. Perjalanan jauh kugagahkan diri, membayangkan 'urut' yang dijanjikan pihak panel setelah aku tiba (tak dapat pon).

Panel pertama nampak lebih ramah berbanding Panel ke-2, dan pihak panel kelihatan tidak menentang kehadiranku. Aku yang biasa letih setelah perjalanan jauh, tentu mahukan rehat, jadi aku tekad menolak ajakan pihak panel untuk bershopping/jalan2 di Tanah Merah pada waktu malam. Harap tak kecik ati. kami disediakan makan dan tempat tidur. Malam aku tak nyenyak tidur, badan ku panas. Angin terperangkap dalam perut; adakah aku perlukan Gaviscon? haha. Bila ku pasang kipas, aku menggigil kesejukan. Aaah, lantakla. Akhirnya, cuma beberapa jam rasanya aku tidur. Esok masih ada program meletihkan. Huh.

11 Dec, Khamis. hari terakhir bekerja di Kelantan. Setelah bersarapan, aku dan pihak panel, berdua ke Pejabat Agama, mendapatkan maklumat. Huh...masalah ni. Kembali, then hampir Semua panel, dan kami, ke Kota Bharu untuk berbelanja. Waaah, jammed. Entah mengapa, Kota Bharu mengingatkanku pada Jakarta. hahaha. Tempat pertama kami ke tempat seperti pasar, di tingkat atasnya banyak toko2 menjual pakaian. ya, sangat mirip dengan Tanah Abang di Jakarta (ironi; dalam bahasa jawa, tanah abang bermaksud tanah merah. seperti di kelantan kan!). Waddduuuh, parking memang masalah. 3, 4, 5, 6, 7, 8 kali aku puter2 mencari parking, sampai akhirnya ada rezki. Tapi aku cuma melawat, tidak membeli apa2. Seterusnya kami ke KB Mall; the real shopping and hurting my wallet; tapi nk lulus interview ni, kena la bekorban. So... event shopping la. dalam pukul 4, kami meninggalkan roof parking free tu. Adoooi, jalan jammed. perjalanan ke Tanah Merah sepatutnya cuma sejam, kami ambil lebih kurang 2 jam. Malamnya setelah makan malam, aku dan pihak panel ke pasaraya Pantai Timur di Tanah Merah, menyambung shopping yang belum selesai.

12 Dec pagi, abangku menunjukkan sms, rumah jiran jauhku terbakar. Innalillah. Elok musim hujan berhenti. dikatakan di akhbar Sinar Harian, kerugian lebih kurang RM131k. ayaq mata! Sarapan Nasi Dagang, setelah berpamitan, kami berangkat pulang lebih kurang 830 pagi. Jalan lebih lancar, memandu sekitar 80-110kmj, 130 tengahari aku tiba di Jengka 11ku. Non-stop driving 5 jam. power gak ntk amatur mcm aku ni. hahaha. Solat, baring skit, aku menuju pula ke pejabat Agama Jengka. Aaaah, tak membantu. tak habis2 suruh aku g kursus dulu. cis. Tiba2 teringat kawan sekolahku yg pernah bekerja di situ. sms, kol. wow, lebih mudah dan membantu. Tapi bunyinya...aaaaaaa, nape susah nak kawen nih. napela tak ikut betul2 cara Islam; pengantin laki n perempuan, wali, 2 org saksi lelaki, aqad. dah boleh tido. hehehehe.

Dengan respon dan cara para panel melayanku, dapatlah dirasakan, aku telah lulus interview tersebut. Hasil perbincangan makku dengan panel, kunjungan kami ini boleh dikatakan sebagai prosedur merisik. wow! ok la, 1 stage lepas. So kawan2, kalau tiada aral besar2 menghalang, God willing, 19 March 2009 bernikahlah aku, meninggalkan kelab bujang (bertunang dan nikah pada malam 18/3/2009). God Willing juga, majlis di Jengka 11 pada Jun 2009 (tarikh belum pasti). Well, typical questions, siapa gerangan orangnya, orang mana, bagaimana boleh kenal, sejak bila, etc (kalau tak hingin tau, skip perenggan di bawah. huhuhu).

Idea aku untuk menjawab: apa boleh buat. puas aku tekel ramai gadis2, yang ni je yang tergoda dengan aku. Puas gak la aku menggoda dengan alunan gitar (sangat berkesan bila memujuk!). Beliau sebaya, kelantanese, kerja di Miri Sarawak, berkawan sejak...erk, tak ingat la plak, rasanya korang tak kenal, sbb aku pon baru lagi kenal beliau. Hm, orang awal aku beritahu ialah Shahriman (ex-DIA Segamat, Kelantan celup), Wan Sazali (ex-housemate, Gannu); Yana (ex-B.Acc Jengka, gossip ex-awek.hahaha). So, itulah dia kawan2, perjalanan hidup aku, L, 10 hari yg lalu. Next, aku rasa mcm tak cukup masa lak; next weekend (21 Dec 2008) encik Hairil kawen kat. Next year's weekend mungkin aku boleh spend untuk kursus nikah. Sape nk join? Raya cina adik aku nk bertunang + majlis tahlil kat Jengka. Aku memang berminat tau An, program kita ke Pulau Tioman to. so, kalau boleh kita carik loop sket bulan jan 2009 and feb 2009 tu. Parti bujang untukku. wahahaha. Cuti tahun byk. Kawen boleh dapat 3 hari cuti tahniah. hehehe.

Till then, encik Padli dan puan Nani, amacam? Takpe, saya tak pressure tuan, malah tuan puan idola saya; sebagai sebuah famili yang bahgia dan romantis. Good day folks.

1 comment:

Pujangga said...

Tahniah! wow akhirnya berjaya juga ko ye? hehehehe

Good luck beb n wishing u all the best my friend

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews