Dalam kehidupan kita seharian, nasihat amat diperlukan dalam hidup kita. Kadang2 nasihat tu datang dari tempat yang kita tak sangka ada. Yerlah.. kadang2 kita aakan dinasihati oleh sesorg yang tanpa kita sedari penuh dgn nasihat atau kadang2 orang tu tanpa kita sedari pernah mengalami masalah yang kita hadapi dan dia mempunyai Jalan penyelesaiannya.
Well, teringat pulak semalam masa aku tgk sitcom Lizzie Mcguire yang membuka column untuk nasihat kepada bdk2 college. Well, mula2 dia agak suka menasihati orang sehingga ada seorang kawan dia yang mengambil nasihatnya ditimpa malang akibat mengikut nasihatnya. Pendek citer, kawan dia lagi ditimpa masalah setelah mengikut apa yang disuruh. Then, dia mengambil keputusan untuk give up. Tapi kawan baiknya, Gordo menyuruh dia membuat nasihat yang terakhir. Setelah mencari masalah yang sesuai tapi gagal kerana takut dia menjadi penyebab orang ditimpa lebih byk masalah, dia buntu dan meminta nasihat kedua org tuanya. Lalu bapanya menasihatkan yang kita tak boleh menganggap semua yang terjadi adalah ditangan kita. Apa yang penting ialah kita mesti ikhlas untuk memberi nasihat dan jujur. Lalu Lizzie pun memilih untuk memberi nasihatnya yang terakhir. Well surprisely ia datang dari kawannya Gordo. Tak sangka Gordo kawan baiknya mempunyai perasaan terhadap Lizzie. Kawan baiknya sendiri.ada perasaan terhadapnya. Well, the moral of the story, aku rasa walau sehebat mana masalah yang kita terima, kita perlu meminta pertolongan kerana jika tidak dan kita mengambil keputusan yang salah, kita akan rugi banyak benda yang manis dalam kehidupan ini. Jadi, tak salah jika kita meminta pertolongan dari yang pakar.
p/s: kepada semua yang sering meminta pendapat atau nasohat dari aku, keep it coming kerana aku sedia membantu dan kepada semua yang menasihatkan aku, sering2lah menasihati aku. Aku terima semua teguran korang….
No comments:
Post a Comment