18 June 2013

The Way of Life In Malaysia, My Beloved Country..

Tersentap plak aku bila Latif seakan2 memberi rating yang agak rendah pada post aku yang lepas, Mana taknye, aku copy paste je dari posting orang lain, Sebenarnya aku agak kurang selesa nak menulis tentang PRU 13 yg lepas. Takut ada yang kurang setuju dan banned aku plak. Hehehe.. Tapi what the hell ? Aku tulis gak lah.

Sedikit info tentang Pilihanraya Umum di Malaysia:

Pilihan Raya Umum Malaysia (sebelum kemerdekaan Malaya) wujud di dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat Malaysia, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihan raya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan dipilih secara tidak langsung
Secara tradisinya, pemilihan Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dijalankan serentak, kecuali di
Sarawak.

Selepas peristiwa Perang Dunia Ke-2 berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (
Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.

Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.


Ringkasan keputusan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat Malaysia

Undian
% undian
Kerusi
% kerusi
+/–
(BN)
5,237,699
47.38
133
59.91
–7
(UMNO)
3,241,286
29.32
88
39.64
+9
(MCA)
899,420
8.14
7
3.15
–8
(MIC)
291,814
2.64
4
1.80
+1
(Gerakan)
153,081
1.38
1
0.45
–1
(PBB)
232,390
2.10
14
6.31
0
(SUPP)
133,603
1.21
1
0.45
–5
(SPDP)
55,505
0.50
4
1.80
0
(PRS)
59,540
0.54
6
2.70
0
(UPKO)
65,966
0.60
3
1.35
–1
(PBS)
88,097
0.80
4
1.80
+1
(PBRS)
9,467
0.08
1
0.45
0
(LDP)
0
0.00
0
0.00
–1
(PPP)
7,530
0.07
0
0.00
0
(PR):
5,623,984
50.87
89
40.09
+7
 (PKR)
2,254,328
20.39
30
13.51
–1
(PAS)
1,633,389
14.77
21
9.46
–2
(DAP)
1,736,267
15.71
38
17.12
+10
Parti bebas (dan lain-lain)
192,894
1.75
0
0.00
0
Jumlah keseluruhan
11,054,577
100.00
222
100.00
–

Begitulah sedikit sebanyak info yang aku dapat. Thanks to Wikipedia. Harap2 info nye betul sebab lately aku dapat tahu yang sesiapa sahaja boleh update info di Wikepedia dan membuatkan info nye kurang betul. But inilah sumber yang paling hampir dan jika ada kesalahan dapatlah diperbetulkan.

Memanglah benar apa yang DSAI katakan yang Pakatan Rakyat memperoleh lebihan peratusan undian berbanding Barisan Nasional tetapi sistem di Malaysia tidak boleh dipandang begitu kerana kita mempunyai Parlimen dan tidak kiralah berapa peratusan kemenangan seseorang calon, jika ia melebihi dari lawannya maka dia dikira telah mengisi satu kerusi Parlimen bagi parti yang mereka wakili. Maka secara keseluruhannya bagi pendapat aku yang parti pembangkang sedikit sebanyak berjaya memperolehi undi dari rakyat untuk yakin kepada mereka tetapi masih gagal membentuk kerajaan kerana masih ramai yang mengundi Barisan Nasional. As simple as that.

Black 505 ? Satu usaha dari Pakatan Rakyat dan tidak boleh dihalang dengan hak rakyat. Ini kerana masih ada waktu untuk mereka membuat bantahan keputusan PRU. Aku tidak menyokong dan aku tidak menghalangnya kerana jika benar ada penyelewengan dari SPR maka pilihanraya perlu diadakan semula dan bagi aku ini akan merugikan wang rakyat dan aku tidak menghalangnya kerana inilah saluran yang mereka ada dan tidak adil jika mereka dihalang.
Apa yang aku harapkan ialah ia akan berjalan lancar dan tidak merugikan negara. I love my country, OK ?

Untuk kali kedua aku mengundi di DUN Maharani, Parlimen Muar.. Aku undi sape? Rahsia. For hint, my vote 50% win. Salah seorang yang aku undi kalah. hehehe.. sape2? cuba teka..
Kali ini aku mengundi bersama-sama adik aku, Khairul. DIa pertama kali mengundi. So, tidaklah aku boring beratur kerana kali ni ramai plak yang turun mengundi. Last time, senang je dapat turn. Ni siap nampak orang potong line la. Pape la. Banyak plot2 yang kelakar pun ada






Nah ! Ini buktinye. Saya rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. (some said)...

So, Barisan Nasional menang dan aku secara peribadi berharap mereka dapat menggalas tanggungjawab dan bebanan dalam memimpin negara ini dengan adil dan saksama. 

Cis ! Kena bayar tol lagi. Mungkin naik lagi
Kena bayar PTPTN. hehehe.. dah pinjam tak nak bayar plak.. marah Pujangga yang baru settlekan PTPTN dia.
Kesian Bini aku kena berhadapan AES...

OK lah! Sehingga 5 tahun lagi dan kita akan mengundi..

Aku suka ucapan Husam Musa dalam kempen dia untuk Putrajaya

"Allah lah yang telah membuka pintu kota Istanbul untuk Muhammad Al-Fateh... Allah lah yang telah menjatuhkan Fir'aun yang bermaharajalela menindas Bani Israel di Mesir... Allah yang sama, akan membantu kita membuka pintu Kota Putrajaya pada 5 mei ini In shaa Allah"

10 June 2013

REZEKI MELIMPAH RUAH
Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya. Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.
Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.
Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.



Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)

Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”

Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

07 June 2013

What topic?- hotels


Salam & good day dear readers.
Sometimes, I inspired, and I said to myself "nice, this going to be my next topic in the blog" (well, not not in english kind of thought). (-_-!). But after sometimes, the feeling fade away, and I don't feel like writing.
This what happened all this while, resulting in this blog lack of updates. Several days ago I got confirmation from Mr. Ng Ah Chow to write something here,....and......until now still no. Not to blame him because he is expecting new joiner in his family. ah, raising a kid not an easy task, not to mention raising children!
So, here I am in front of my laptop typing whatever come in my minds. Before, I'd like to share my working experience. Being a frequent traveler, hotels is part of the important logistic.
Since 2006, I've been staying in many, various hotels throughout Malaysia, except in Perlis, Kelantan & Terengganu. Below are some honorable mentions of those hotels. Be proud.

Ku ukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Begitulah lirik lagu Cinta Pantai Merdeka. Mendaki Gunung Jerai dengan kenderaan 4x4 untuk kepuncak, di situ ada sebuah hotel Regency gah dipuncak (errr, puncak lagi ada tele-tower la). No, I never spend a night there, simple enjoying evening, English tea and cakes (ops, just noticed I wrote in Malay there...influenced by the lyric I guess). One can imagine when the lyric written, the person realy up there, on top on Gunung Jerai (except that, carving names on the clouds...haha). 

Sunway Hotel in Penang (Seberang Perai), just a simple squared hotel. Grand Court in Teluk Intan, Perak. A new hotel with nightlife entertainment. Compared to Anson Hotel with running mouses in the ceiling, and the "ancient" Angsoka Hotel with questionable family entertainment center. Gehehe.
I don't review Selangor & Negeri Sembilan hotels because I just don't. Visits in Selangor and N9 does not normally require to stay over night. So be it. Melaka's Pheonix Inn rumah kedai 3 floors with valet parking; Kings Hotel near Bukit Katil; Strait Meridian modest hotel, and ND Hotel, my office mate's family hotel (if not mistaken).

Hm, let me stop here. Now THAT feeling comes, the "don't feel like writing" feeling now. Hahaha...drop a question, let it fall and stepped on. Bwahahaha...

p/s: I'm watching Game Of Thrones episode 9 in season 3, and I stunned. well played. well played.