16 September 2010

Selamat Eid Fitri dan Hari Malaysia 2010

Alhamdulillaah sekali lagi dapat kita menyambut Aidilfitri dengan gembira di dalam suasana yang aman damai. Walaupun cuti Pujangga telah menjadi haywire dek bos yg x rajin review cuti Pujangga, kita tetap enjoy. Cuti 5 hari rasanya mcm cuti sebulan. Bila naik kerja rasa terpinga- pinga cari kuih raya x jumpa kat opis hohoho.

Raya pertama seperti biasa dimulakan dgn solat sunat Eid Fitri, balik umah terus mulakan sesi bergambar dan bermaafan dgn ibu dan ayah. Anak mu yang nakal banget ni mintak ampun dari ujung rambut ke ujung kaki. Kendian beraya di rumah nya'ei dan pakcik makcik wajib.

Raya ke2 sambung lagi beraya rumah pakcik makcik wajib, pastu malam nye gi rumah si raksasa C. Beliau buat open house dgn mi bandung, soto dan BBQ. Lepak dgn kawan2 di Muar sampai ke 12 pagi dan balik. Terbaik dari Raksasa C dan family. Moga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat amin. Ko tunggu aku punye open house lak pasni hehe.

Raya ke 4 cubaan utk beraya ke rumah kawan2 lak tapi gagal. Encik Mazlan gi umah mentua kat Gemereh (siap suh Pujangga gi sana beraya lak tu), lain lak gagal di kontek. Kat kampung nih bila time raya je memang alamatnya trafik telekomunikasi memang akan jem, seteruk jem di lebuhraya huhu.

Then ari Rabu dah balik ke Gelang Patah untuk bekerja dengan rasa beratnya. Dibekali balang kuih raya Pujangga bertolak balik. Mujurnya jem tak nmpk di lebuhraya.
Kat opis balik2 je dah memacam isu datang. Anta sms raya kat mak andeh rupanya dia pun dah mula kejer dah. Sian dia baru mula kerja x leh nak mintak leave lelama.

Khamis lak cuti Hari Malaysia . Rasa macam kurang sambutan since org masih lagi ada mood nak teriak Raya! Raya!   Raya!. Semua TV dan radio duk layan movie and lagu Malaysian made dari pagi. Sesekali cuba try apa salahnya ye tak? 16 September ni dipilih sempena penubuhan Malaysia pada tahun 1963.


Tragedi Datuk Sosilawati
Eid Fitri tahun ni dicemari sedikit dengan kisah pembunuhan ganas jutawan kosmetik di Selangor. Didalangi oleh seorang lawyer, beliau dan escort rasminya telah menjadi mangsa pembunuhan yang tak berperikemanusiaan ini. Al fatihah kepada Datuk dan 3 orang mangsa pembunuhan ini.
Bila dengar kisah ini, Pujangga teringat kisah yang terjadi pada diri sendiri masa duk kat Damansara dulu. Keegoan seorang kepala masyarakat dengan takburnya mengatakan bahawa dirinya kebal dari undang2 dan boleh mencabut nyawa seseorang jika dia mahu. Polis berada dihujung jarinya dan underworld people akan bantunya bila diperlukan. What to say? Nasib baik Pujangga masih idup sampai skrg. Kalau idak jadi mcm kes2 org hilang yg polis mungkin x mampu nak selesaikan cam ni lah.


Said enough, marilah kita hapuskan dendam dan benci di kalangan kita dan semaikan nilai murni yang mencerminkan akhlak seorang muslim. Happy 1 Malaysia!

P/s: Selamat hari raya juga untuk para pegawai Polis dan JPJ yang amat serius utk menurunkan statistic kemalangan pada tahun ini.

08 September 2010

Selamat Hari Raya..

Salam..

Tak sangka aku hampir berjaya melalui tahun pertama Ramadhan sebagai suami orang. Banyak yang lain berlaku. First, aku terpaksa tinggalkan member aku keseorangan berbuka puasa. Padahal dia ada member lain nak diajak berbuka. Yerlah dah ada staf bujang baru masuk. Second, dah makin kurang ke bazaar ramadhan tahun nie. Hampir setiap hari isteriku memasak untuk kami berbuka. Third, aku rindukan 'teh tarik'. Sepanjang bulan Ramadhan ni aku tak ngeteh. Ngeteh pun ngan pujangga pas main futsal. Tapi aku tak minum teh tarik time tu. Gian plak aku.. Hehehe..

Tahun ni aku ingat kena raya rumah mentua. Tapi aku hampir terlupa yang keluarga mentua aku beraya di Jementah. So, aku kena balik Muar gak. Pastu kena lah plak berulang dari Muar ke Jementah. Ingat dulu isteriku orang nogori. Rupa2nye orang Johor gak. So, aku rasa takde masalah nak balik kampung dua2. We'll see.

Team Futsal. Well, raya ke-3 malam, kitorang akan buat gathering futsal selama 2 jam. Hehehe.. Chayok2!!!

Dah nak raya nie plak aku dapat email tentang Namewee. Hurm. Propaganda racism yang aku bosan nak dengar. Tapi macam ada betulnya gak. Entahlah. Sampai dah masuk isu keagamaan ni, aku tak suka nak komen. Jangan menghina agama lain.

Anyway, aku nak mintak maaf jika ada tersalah kata dan terlanjur perbuatan.. 0-0!!

P/S: I will Get My House Soon Enough!!

06 September 2010

Preparation nak balik kampung

Antara perkara yg boleh diperhatikan yg akan membawa kebahagiaan kelak di perjalanan:

1. Wiper- kalao dah uzur benar gi lah tukar. Lagi bagus kalau cermin depan dibubuh RainX. clear beb masa ujan
2. Beli kad Touch n Go. tak mahal benar pun. jimat minyak nak beratur kad tol nanti. terbaik ialah smart tag lah sbb x ramai guna
3. Dekat RnR konfem jem penuh dengan org. So redi dgn persediaan utk berehat di gazebo- gazebo yg kurang popular tapi lebih selesa nak berehat.
4. Perjalanan malam lebih relax dari siang. Kehangatan mentari boleh mempercepatkan keletihan pemandu dan boleh dapat diskaun juga.
5. Simpan no emergency tol ni: 1-800-88-0000. tak rugi kalau simpan. banyak untung kalau jadi apa2
6. Kalau ngantuk, tido kejap di tempat yg selamat. Rekemennye tak lebih 30 minit. Sbb kalau lebih akan jadi liat nak bangun huhu.
7. Prepare cd, pendrive, senarai stesen radio kegemaran sepanjang perjalanan. Biasanya pemandu je yg celik sepanjang masa. Tapi kalau rasa nak tukar selera dengar stesen Tamil atau Mandarin pun apa salahnya?
8. Sabar, sabar dan sabar. Biau lambat asal selamat. Nak cepat tapi berlanggau satu sen pun x untung.
9. Masa ni lah macam2 jenis pesen kenderaan dan pemandu akan keluar ke jalan raya. Kereta yg dah reput tapi sankeng nk balik raya pun digasak juga, baru semlam dpt lesen kat JB hari ni dah eksen nak balik Kedah, kereta yg x sempat servis dan etc etc etc.
10. kalau plan perjalanan, elok lah di tambah 2 jam atas faktor kelembapan traffik. Bukannye apa, nak elakkan rushing. Tak cukup bajet nanti mula lah telefon duk berdering2 org tanya bila nak sampai?

Orait warga Pujangga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ni. Moga selamat bercuti dan selamat kembali Amin.