06 January 2013

Impian 2013 Pujangga

Assalaamualaikum,

Hamba pun lama dah tak mengupdate blog ni. Apa cerita? Macam- macam cerita. Dari diri sendiri sampai ler orang lain yang x berkaitan.

Tahun 2013 dah mula dekat seminggu. Malam tadi baru bleh decide apa yang nak dicapai pada tahun ni. Pujangga senaraikan macam di bawah:


Carta di atas ni dinamakan imagination board. Pujangga belajar dari satu kursus yg namanya Law of Universal Attraction (LUA). Masa tu penyampainya ialah Ateh Zuhairi. 
Mengikut prinsip LUA ni, impian lebih mudah ditarik daripada dikejar. Formula asasnya ialah Faith, Ask dan Receive. Sebagai orang Islam wajib kita percaya yg Allah itu maha mengasihani dan maha memberi. Allah juga sangat suka dengan hambanya yang meminta- minta. Setuju?

Sebelum Faith, konsep asal ialah Believe. Ateh Zuhairi dan Ustaz Amin (TV Alhijrah) modify sikit jadi Faith sebab Faith ialah tahap lebih tinggi dari Believe. Kita kena percaya dgn sebenar- benarnya yang apa yg kita minta akan Allah berikan. Even Kung Fu Panda pun faham konsep ni. 



Kemudian Ask, kenalah berdoa berserta dengan zikir. Ateh ajar yg zikir tu kita fokus kepada nama Allah yg berkenaan dengan cita2 kita tu. Nama Allah tu kita rujuk pada Asma'ul Husna. Amalkan selepas solat. 

Dan terakhir ialah Receive. Bila sudah dimakbulkan doa kita ucaplah Alhamdulillaah, jangan lupa Zakat dan sedekah. 

Ateh ada share cerita sorang graduan ni nama dia Hakim buat carta macam di atas. Dia minta kereta BMW dan tiba- tiba ada orang call dia dan offer nak jual BMW dgn harga Rm50 ribu. 
Pastu si Hakim ni nak berkhawin dan kemudian ada 10 org wanita melamar dia. 

Tapi kalau tak percaya tak apa. Buat aje. Tak rugi sesen pun. 

In shaa Allah sampai disini saja yg dapat Pujangga share. Sehingga ke lain kali. 

Wassalaam


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews