20 July 2007

Murah rezeki... syukurr

Assalaamualaikum,

Pujaan di bulan ini sungguh sibuk, dan bila Gen Manager MC selama seminggu maka bertambah sibuklah Pujaan dikala ketiadaan beliau hehehehe ^_^
Di harap para pembaca jua dlm keadaan sibuk dan sihat selalu.

Memula sekali kita nak wish Selamat Pengantin Baru kepada Buloh a.k.a Bazli, dulu dak DIB dan juga senat Sempana Riau. Semoga berbahagia hingga akhir hayatt.

Kemudian wish Happy Birthday kpd Matban, Yowa, Latip dan Petu serta Raksasa C yg hari jadi mereka telah jatuh pada bulan Julai ini. Hahaha 3 org sekali sambut besday ni kena beli telur sepapan nih. Mmm yg sorang tu jer dah berumahtangga hehehe tapi pon kena baling gaks ^_^
Moga murah rezeki dan cepat sampai jodoh guys!

Tentang rezeki ni, lepas Mak dan Ayah Pujaan balik dari menunaikan haji taon nih. Diorg telah mengajar satu doa iaitu "Luaskanlah dan Murahkanlah rezeki ku". Konsep doa yg umum mengenai rezeki dan lebih kepada keberkatan hidup.

Ada teman yg telah memforwardkan emel tentang murah rezeki. Seorg lelaki yg bergaji RM 10 000 sebulan tapi tak penah cukup. Antara sebabnya ialah selalu tukar kereta sebab rosak, dicuri dan sebagainya. Kemudian selalu kena saman and so on.

Yang seorang lagi ialah bergaji hanya RM 3000 tapi cukup. Bayar ansuran keter jer dah RM500 sebulan. Isteri tak kejer walau ada ijazah. Bagi lagi duit kat org tua. Duit umah lagi.. Bezanya ialah yg ni ada keberkatan hidup. Kad kredit dari Bank Islam, tak penah bayar interest. Nak beli peti sejuk pong solat istikharah. Banyak sedekah and so on...

Terkenang kehidupan terlampau Pujaan (ceh) dulu... Gaji besar tapi x penah cukup. Ujung bulan jer kempis. Dah ler tak bayar sewa, makan free, jln pon takder laa jauh sgt. Moto kapcai jer, PTPTN pon x start bayar.

Skrg ni gaji x smpi gaji dulu pong. Tapi syukurr dpt lagi bersedekah,telefon ada dua (masuk ngn tipon umah) tolong adik2 sikit2 siap dpt smbg belajar lagi.

Beza ketara antara kejer dulu ngn skrg ialah solat. Dulu nak dpt solat 5 waktu kemain payah lagi. Maghrib lah solat yg paling kerap kena tinggal.Skrg ni sukahati nak cepat ke, sedang2 ke, lambat ker. Takde sape yg tanya.

The moral is, bak kata Prof. Dato Dr. Hj Fadzillah Kamsah: Kita kejar dunia, dunia tinggalkan kita. Tapi kita kejar akhirat, dunia kejar kita.

Yakin bahawa Allah membantu hambanya yg ikhlas, insya Allah mudah lah hidup kita. Jgn takut nak kawen, org kampung tu gaji RM450 je sebulan pong leh ada anak ramai.

Until next meeting to be announced.
Adios

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews