15 September 2006

CINTA 3 JAM

Hai… apa khabar? Ari tu pujangga ada tegur aku kerana tidak post kat blog ni. Well, kebelakangan ni aku agak busy kerana aku dalam sebulan ni kena jaga opis sorang2. member aku leh bantai cuti memanjang. Sorang lagi cuti kahwen. Jadi aku lah yang kena jaga opis.

Well, minggu ni aku cuti ari isnin dan selasa dan aku adalah melepak kat umah dan singgah umah pujangga dan gi summit melalak kat K-Box! Macam nak masuk AF jerk.. hahaha…

Well, aku naik kerja mcm biasa dan aku pun buat kerja. Jam agak pukul 11 nak masuk kul 12, aku dapat panggilan dari sesorg yang tak kusangka. Adik member aku! Pompuan lah. Menangis teresak2 mengatakan yang dia baru putus dan dia bercadang untuk mencari yang baru. Aku terperangkap! Aku mcm terpaksa declare ngan budak tu. Demi menyelamatkan gadis tu, aku pun dgn poyonyer kata aku terima dia. Abis nak aku tolak, jap lagi dia melalak kat telinga aku dan buat benda tak senonoh, aku gak yang bersalah. Dahlah dia adik member aku! Jap lagi aku kena sembelih ngan member aku. Aku tak lah ada perasaan sgt ngan budak tu. Aku mcm jadi pak sanggup lah ni. Aku on jerk. Lagipun aku pun takder awek. Hahahaa..

Pendekkan citer aku ngan adik member aku pun declare. Aku harap dia ok jerk. Tapi biller dia dah mcm ok nanti, aku cakaplah hal sebenar yang aku ni aggp dia tak lebih dari adik jerk. So, bermulalah msg2 jiwang dari budak tu. Pergh! Mcm bercinta btol2. siap ada nama manja lagi. (takleh bagitau, rahsia).. naik tergelak aku. Tapi what the hell.. tak lama punya. Aku akan bagitau hal sebenar kat dia nanti. Bertubi2 sms aku ngan dia. Aku pun layan jerk. Ada kekok sket. Dia mcm adik aku n aku ni dah lama tak bercinta sejak clash ngan ex aku dulu.

Well, seperti tajuk di atas, kul 3 aku dapat sms yang kata dia anggap aku mcm kawan biasa. Tak lebih dari tu. Hahahaha! Aku clash lagi! Well, tak sempat aku mintak clash, dia dah clashkan aku. Lalu aku terpaksa failkan kes clash aku kat mahkamah syariah couple. Dah ada 9 fail kes clash aku. Hahahaha.. tapi yang ni paling singkat.. 3 jam!!! Tapi aku bersyukur kerana tak lah aku kena tipu diri aku. Aku memang tak leh nak bercinta sekarang kerana aku dah janji ngan diri aku kena relax dulu jika aku tak dapat ngorat tuttt… (nama takleh kasi tau). Aku malas nak piker sekarang.

Well, best kan hidup aku? Aku biasalah mcm ni.. mcm ada idea untuk buat novel jerk.. cinta 3 jam! Hahahaha.. sampai sekarang aku msh tergelak dan biler jumper budak tu semalam aku rasa mcm nak sekel jerk kepala dia. Dia pun duk tergelak. Tapi masa aku duk berdua jerk dia ada bisik kat aku, ‘sekarang dah tahu perasaan abang kat saya dan bila tiba waktu yang sesuai, saya akan kembali dalam hati abang.’ Dan aku balas, ‘giler kea per?’ dan dia pun pergi dan aku tgk aje dia. Hahahaha… amacam? Korang rasa ada tak sequal untuk ini? Kita tunggu ya? Aku memanglah tak sabar.



p/s: tapi kan.. aku harap masa dia nak aku balik, aku leh lah terima dia. Takut aku dah ada lain ke, apa ke? Hahaha.. dia pun comel gak.



 

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews