13 August 2006

Jom tengok wayangg ^_^

Assalaaamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Pujangga yg dikasihi sekalian rakyat jelata negeri di bawah bayu mwahahahaha..

Minggu yg sudah merupakan minggu yg menarik, tertarik ko mmg da bomb ! Mwahahahahahaa, nak tahu kenapa? kerana Pujaan sedang merancang sesuatu dan nampaknya rancangan hampir menjadi realisasi... hehehehe

Rancangan no 1
Pujaan telah propose pada Pujangga to add one more member to write in this blog.... After negotiating akhirnya beliau telah bersetuju dan rakan penulis yang baru ialahhhhh..... trrrr rrrrr rrrrr jeng cesss!!! Saudari Norieza a.k.a Mawar bertangkai coz beliau ni lah satu- satunya penulis Pujangga yang dari kaum wanita..
Pheeweeeet let's all cheer to welcome her! Yeaah!!

Rancangan no 2
Nak merempit di panggung wayang Summit Parade telah menjadi! Yeah PujaAn merempit dgn geng 4 beradik dari Muar iaitu Raksasa Inc.. woarggghhh makan budak.
Haaa nak citer panjang sket pasal wayang REMP- IT

Citer ni absolutely mengenang kembali kisah rempit PujaAn di zaman muda2 dulu. Betoll kalau tak caya try laa bwk Budin gi tgk citer ni mesti dia setuju punyer.. (ampun Budin!)
Citer yg ditulis skrip oleh Farid Kamil dan diarahkan oleh Ahmad Idham ni mmg bagi PujaAn tiada melebih2 melaenkan mmg scene MatMot kat Malaysia nih. Cuma PujaAn terganggu ngn babak soft porn yg bagi PujaAn tak perlu dimasukkan, just seksi cukup... Citer ni tetap laku wlwpon tanpa soft porn tersebuttzzzzzz.


Madi, protagonis citer ni ialah mat rempit yg gigih berusaha utk kumpul duit utk beli moto 125z idamannya supaya leh lebih rempit lagi..takyah jadi jockey org coz untung cumer 30% pastu dpt pompuan free... tapi sbb ada laa org bodo gi suruh dia fight ngn TZM so kalah dan moto dia kena bakor... brrrr

Bagi PujaAn watak yg idupkan citer ni ialah Farid Kamil yg suka makan "buah", lakonan beliau mmg nampak real coz hanya MatRempit yg mengenal spoket dan aci engkol.. takder nampak dia ni watak skema tapi berlagak cam Mat Rempit laaa

Pastu Cat Fariz/ Ruffedge yg first time tgk dia berlakon dan I say Cat is class... tabik spring sama lu mmg ori laaa Cat.. bawa watak mekanik rempit yg tak tinggal solat dan taat pada ibu bapa... kelakor giler nengok watak nih.. nak lagi masa dia jeles tengk Madi lyn nafsu dpn dia wargghhhh

Dan yg paling penting ialah watak Spark.... mmg jahat giler lu tapi wa suker bai... mwahaha nama dia tak masuk cast kat poster kenapa? Si Spark ni leader team TZM yg kacak dan menyakitkan hati... serious kalau watak dia tak camni punyer ori wa mmg tak puas ati tgk citer ni bai....masa race moto RXZ pon dia sempat menggayakan tarian punggung yg femes tuh! tapi kalo dia masuk meminang gua mmg tak berani laa nak terima... seram joe!

Aqasha
Dia ni cuma giler pompuan jer

So aku suggest korang tengok laa citer sama lu punyer geng, bwk awek tak seswaii mesti kena marah punyerrr.. aww tak ok ker bang?

PujaAn kasi rate 8 bintang dari 10 bintang coz tolak 2 bintang soft porn tuh huh huh

Pas tgk citer Remp- It kitorang gi lepak kat Fountain sampai laaa kul 12.... sok nyer PujaAn kejer maaa

Cuti sakit
Huhuhu pada ari Rabu lepas PujaAn telah apply cuti yg paling payah nak dapat iaitu cuti MC.. Susah nak dapat coz PujaAn ni bayi sihat, membesar bagai juara... bukan besar mcm raksasa yer soriiiiii...
Dpt skt flu yg berpunca dari rambutan... tapi ari tu PujaAn makan sket jer huhu... Tekak rasa gatal sampai PujaAn masukkan tangan garu tekak mcm iklan strepsils tu haaaa kawwww
Gi jumpa doktor ngadu sakitt... dan bagi ubat harga RM 20 dan sijil cuti sakit... yeeehaaa pastu gi maen boling jap huah huah huah

The Grand Rancangan! Pujangga is launching UITMKS batch 2000 yahoo groups!
Alhamdulillah dah lama plan nak wat akhirnya menjadi gaks... dlm group ni berita akan disebar melalui emel kwn2 dgn hanya satu address sahaja iaitu uitmks@yahoogroups.com
Kpd kwn2 yg dihantar invitation silalah join group tersebut bagi mengeratkan lagi silaturrahim kita. Yang tak dapat invitation lak leh join ngn tulis subscribe-uitmks@yahoogroups.com di ruangan To:

Okay rasanya sampai di sini sahaja dan berjumpa lagi di waktu siaran yang laen... Assalaaamualaikum!

kata Pujangga: Ketika bertunang wanita banyak mendengar lelaki banyak bercakap, setelah kahwin wanita banyak bercakap dan lelaki mendengar, selepas ada beberapa org anak kedua- dua mereka bercakap dan jiran2 mendengar :P

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews