sebuah kisah, loooong loooong time ago:
Sang Isteri: sob sob...tinggal sikit ni je simpanan untuk diri kita. Yang lain dan disedekahkan.
Sang Suami: sila lihat pada pandangan yang berbeza. Sebenanrnya yang banyak disedekahkan itulah simpanan kita- iaitu untuk akhirat. yang tinggal sedikit inilah untuk kita belanjakan didunia nan fana ini.
Dengan melihat dari arah yang berbeza, ternyata lebih jelas, yang mana untuk simpanan. Yang membezakan adalah, sejauhmana keimanan, yakni kepercayaan kita terhadap hari akhirat, hari pertimbangan amalan termasuk sedekah yang telah kita belanjakan.
Suka aku mendengar kata-kata seorang ustaz Indonesia di ASTRO yang mengatakan "orang yang tidak mengeluarkan zakat, seumpama memakan pisang bersama dengan kulit kulitnya (kulit pisang)". Lantas tersentak akan 1 lagi pernyataan yang mengatakan dalam harta setiap orang kaya, ada bahagian orang miskin. Maka, keluarkanlah zakat.
Kejap zakat, kejap sedekah. Zakat itu wajib pada perkara tertentu seperti zakat fitrah (sebelum raya, rate segantang beras, untuk setiap nyawa), zakat harta (emas, perak simpanan, 2.5%), zakat tanaman, dan lain-lain (rujuk sumber lain yer). Manakala Sedekah pula adalah sunat, iaitu tambahan dari zakat yg wajib itu.
Lihat diri kita, berapa banyak sudah kita bersedekah? Mungkinkah jumlah banyaknya sedekah kita itu turut menggambarkan berapa kuatnya iman kita mempercayai akan ada hari penilaian akan amalan sedekah kita? WAllahu 'alam.
No comments:
Post a Comment