Alhamdulillaah, Eid Fitri tahun ini berjaya diharungi dengan selamat dan penuh riang gembira. Bagi Pujaan ini ialah tahun ke 2 beraya sebagai laki orang dan kali pertama sebagai bapak orang.
Kehadiran si tecik mengingatkan nostalgia lama jadi budak2 beraya. Bila salam je dapat sampul, salam lagi dapat sampul. Ish patut laa sampai 5 kampung habis Pujaan round kalau beraya dulu. Si tecik punya collection kalau kumpul rasanye lepas Samsung Galaxy SIII ni hehehehe.
Aktiviti beraya di rumah saudara juga rasa lebih bermakna pada tahun ini. Topik yang dibincangkan sangat relevan tak seperti masa bujang. Silaturrahim semakin rapat dan mesra gitu.
Ada isteri seorang akauntan ni pun amat membantu dalam bajet raya. Tahun ni tak rasa duit asyik tak cukup walau pun dah beriban keluar. Malahan baru kuar ringgit ringgit tapi dah cukup dah. Terer sungguh orang rumah Pujaan ni.
Dalam usia menjejak 30 tahun ni bermakna tamatlah dekad ke 2 dalam hidup Pujaan. Dekad yang lalu penuh dengan proses pembelajaran, adventure dan memulakan tapak sebagai seorang lelaki. Utk dekad seterusnya pastinya ingin mengecapi kejayaan yang lebih besar. Pujaan sedang mempertimbangkan dengan seriusnya utk menjadi self employed. Sudah berbincang dengan isteri dan dapat sokongan.
Seterusnya utk realisasikan rancangan 2 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Harapnya termakbul aminn.
Aniq Zafran juga mungkin dapat lagi beberapa orang adik beradik supaya hasrat ayah utk pakai kereta 10 seater lebih relevan.
Kepada rakan2 lain Pujaan dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, Minta Halal makan dan minum. Maklumlah orang menulis ni kadang2 syok sendiri hingga tersinggung perasaaan orang lain.
Utk team penulis Pujangga, Pujaan berterima kasih atas usaha korang terus menghidupkan blog ni. Insya Allah akan ada token utk kalian nanti.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment