20 October 2009

Penulis Cinta Ketemu Cintanya

Kadang-kadang kita macam tak sedar yang kita melalui perubahan dalam hidup kita. Walau sejauh mana kita pergi, kita akan berasa suatu ketika nanti yang kita akan balik semula ke tempat asal kita. Ya ke? Tapi yang penting, macam aku, walau aku lari dari nak berumahtangga apabila umurku 27, aku sudah hampir pasti akan berkahwin pada tahun ini. Namun duk kata nak cover line, aku anjakkan tarikh tu pada Januari tahun depan. Hehehe.. Tapi ada gak orang kata yang aku masih lagi berumur 27 tahun masa tu. Yerlah, kan aku nyer birthday Julai? Betul gak eak? Ah! Lantak lah! Takkan aku nak tangguh lagi?

Siyut jerk si Pujaan nie. Bukan aku tak nak bercerita tentang aku nye kisah2 gembira kat blog nie, Cuma aku lately busy giller! Yerlah, kan ke 2 bulan kite melalui bulan Ramadhan dan Syawal? 2 bulan ni sungguh tough bagi aku yang bekerja di bahagian recovery nie. Yerlah, dua2 bulan tak achieve target. Tu yang menambah beban aku nak prepare legal action kepada semua customer yang tak bayar hutang nie. Mesti ada orang tanya, baru 2 bulan jek, bulan2 sebelumnya? Jawapanku, situasi seperti sudah dijangka. Mesti lah ada milestone nya kan? Langkah2 yang perlu diambil dan bagaimana cara untuk prevent benda ni untuk jadi lebih teruk lagi.

Sedikit info tentang tunang aku. Yup. Dia orang Jementah. Likewise, datuknye masih tinggal di Jementah. Sedangkan dia membesar di Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Kiranyer, dia orang nogori lah nie. Aku kenal dia mula-mula masa dia bekerja di Bank Islam secara kontrak. Aku bekerja di tingkat 2 dan dia bekerja di tingkat bawah. Selalu gak terserempak. Tapi tak pernah berborak. Kitorang mula berkenalan pada bulan 5 yang lalu. Kami mula rapat, masa majlis perkahwinan Latip. (An, tu sebab aku tak join ko mandi laut aritu! Sorry ey? Aku duk bergayut ngan dia)

Kitorang mula serius kiranye sebelum ramadhan yang lalu. Masa tu aku baru je berani nak jumpa family dia. Dia pun datang umah aku seminggu sebelum ramadhan. Mengikat perjanjian pada masa itu dan merisik pada minggu kedua ramadhan. So, bercadang untuk bertunang pada 10.10.2009 yang lepas. Ikat tali pertunangan tak lama. 3 bulan lebih jerk. Insya-Allah Januari 2010 aku akan bernikah. So, kawan-kawan semua, sudi2lah memberi alamat terkini korang kat aku. Tak kiralah melalui email or message. Ni nombor HP aku, 017-6314249 dan email aku, bonzer3_kuat@yahoo.com atau mhanif@bankislam.com.my.

p/s:

Anep: Boleh saya tahu sejak bila awak jatuh cinta dan mula ada rasa sayang pada saya?

Awi : Hari yang saya accident.. 1st time saya dapat perhatian macam tu. Awak risaukan saya, telefon saya dan tenangkan saya.

Anep : owh..

Awi : Sejak bila awak jatuh sayang pada saya?

Anep : Sejak kali pertama jumpa awak. Masa tu awak naik tingkat dua jumpa Asmawi dan awak tanya saya,”Abang Asmawi ada tak?” dan saya jawab,”Abang Asmawi jerk? Abang anep tak nak?”

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews