21 October 2009
Aduan Pengguna
20 October 2009
Penulis Cinta Ketemu Cintanya
Kadang-kadang kita macam tak sedar yang kita melalui perubahan dalam hidup kita. Walau sejauh mana kita pergi, kita akan berasa suatu ketika nanti yang kita akan balik semula ke tempat asal kita. Ya ke? Tapi yang penting, macam aku, walau aku lari dari nak berumahtangga apabila umurku 27, aku sudah hampir pasti akan berkahwin pada tahun ini. Namun duk kata nak cover line, aku anjakkan tarikh tu pada Januari tahun depan. Hehehe.. Tapi ada gak orang kata yang aku masih lagi berumur 27 tahun masa tu. Yerlah, kan aku nyer birthday Julai? Betul gak eak? Ah! Lantak lah! Takkan aku nak tangguh lagi?
Siyut jerk si Pujaan nie. Bukan aku tak nak bercerita tentang aku nye kisah2 gembira kat blog nie, Cuma aku lately busy giller! Yerlah, kan ke 2 bulan kite melalui bulan Ramadhan dan Syawal? 2 bulan ni sungguh tough bagi aku yang bekerja di bahagian recovery nie. Yerlah, dua2 bulan tak achieve target. Tu yang menambah beban aku nak prepare legal action kepada semua customer yang tak bayar hutang nie. Mesti ada orang tanya, baru 2 bulan jek, bulan2 sebelumnya? Jawapanku, situasi seperti sudah dijangka. Mesti lah ada milestone nya kan? Langkah2 yang perlu diambil dan bagaimana cara untuk prevent benda ni untuk jadi lebih teruk lagi.
Sedikit info tentang tunang aku. Yup. Dia orang Jementah. Likewise, datuknye masih tinggal di Jementah. Sedangkan dia membesar di Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Kiranyer, dia orang nogori lah nie. Aku kenal dia mula-mula masa dia bekerja di Bank Islam secara kontrak. Aku bekerja di tingkat 2 dan dia bekerja di tingkat bawah. Selalu gak terserempak. Tapi tak pernah berborak. Kitorang mula berkenalan pada bulan 5 yang lalu. Kami mula rapat, masa majlis perkahwinan Latip. (An, tu sebab aku tak join ko mandi laut aritu! Sorry ey? Aku duk bergayut ngan dia)
Kitorang mula serius kiranye sebelum ramadhan yang lalu. Masa tu aku baru je berani nak jumpa family dia. Dia pun datang umah aku seminggu sebelum ramadhan. Mengikat perjanjian pada masa itu dan merisik pada minggu kedua ramadhan. So, bercadang untuk bertunang pada 10.10.2009 yang lepas. Ikat tali pertunangan tak lama. 3 bulan lebih jerk. Insya-Allah Januari 2010 aku akan bernikah. So, kawan-kawan semua, sudi2lah memberi alamat terkini korang kat aku. Tak kiralah melalui email or message. Ni nombor HP aku, 017-6314249 dan email aku, bonzer3_kuat@yahoo.com atau mhanif@bankislam.com.my.
p/s:
Anep: Boleh saya tahu sejak bila awak jatuh cinta dan mula ada rasa sayang pada saya?
Awi : Hari yang saya accident.. 1st time saya dapat perhatian macam tu. Awak risaukan saya, telefon saya dan tenangkan saya.
Anep : owh..
Awi : Sejak bila awak jatuh sayang pada saya?
Anep : Sejak kali pertama jumpa awak. Masa tu awak naik tingkat dua jumpa Asmawi dan awak tanya saya,”Abang Asmawi ada tak?” dan saya jawab,”Abang Asmawi jerk? Abang anep tak nak?”
19 October 2009
Kenangan Ramadhan dan Syawal 1430H
Hari ni ialah hari terakhir Syawal untuk tahun ini. Syukur kita dapat melaluinya sekali lagi dalam suasana tenang dan aman. Bagi Pujaan, Ramadhan dan Syawal ini umpama membuka lembaran hidup baru bagi diri sendiri, dan juga sebahagian kawan- kawan. Kalau ikut sejarahnye, taon lepas Pujaan berpuasa di kota Kuala Lumpur. Stail sana buka kat hotel tu kira biasa lah. Taon ni pulak buka kat rumah selalu. Beli kat bazaar Ramadhan pastu bawak balik umah hehe.
Cakap pasal buka kat luar ni, ada 3 tempat buka yang Pujaan nak share ngn korang semua. Pertama sekali buka kat Danga Bay: Buffet Ramadhan yang terpanjang pada namanye. Masa ni ada kawan belanja so ikut je lah. Speselnye kat sini banyak jenis nasi yang dihidangkan. Antara yang teringat ialah nasi serai, nasi bukhari, nasi arab, nasi putih, nasi ayam penyet, nasi ayam dan nasi beryani. Yang lelain biasa laa kuih- kuih, ikan bakar dan mi goreng. Pujaan perasan yang lepas kul 8pm, bonzer jaga pintu tu dah x berapa nak perati org. So taon depan kalao nak rasa buka free leh laaa dtg pas kul 8pm hehehe.
Sekenly Pujaan buka kat Tasik Merdeka. Nama restoran ialah LCT Catering kalao x silap. Pegi kali ni sbb kawan2 opis duk sibuk ajak. Oleh kerna dah borink buka kat umah, maka hamba pun turut ke parti ituu. Masa ni ajak si Nora chan sekali wat penyeri majlis hehe. Menu kat sini rasanye lebih bermakna lah daripada kat Danga Bay tu. Sekurang kurangnye nmpk laa 2 ekor kambing yang bergolek- golek di atas bara. Tapi malangnya ku tunggu- tunggu tapi kambing x dapat ku rasa. Ngan lokasi di tepi tasik, ada rasa aman dan rasa nak berenang lah masa makan kat sini. Part paling best masa buka tu ialah bila Nora chan mintak air teh secawan. Pujaan gi laa kat dispenser tu tapi yang kuar cuma suku cawan je. "Alamak camno ni?" Ngan bijaksananyer Pujaan bubuh laa ngn teh 0 nak penuhkan cawan. Nasib baik kaler tak tukau. Pas kat Nora chan pastu gua gi borak ngn laki orang. Agak dlm kul 8.30pm tu nak gerak tu gua tanya laaa kat dia "Sedap?".. "Sedap" dia jawab. Dalam ati gua fikir "Terer jugak aku buat air ni ye?"
Bila Ramadhan berlalu, Syawal pun menjelma. Cepat2 balik kampong tapi apply cuti sehari je. Bos Pujaan cuti sampai seminggu hamboih. Bukannye apa, raya kan sebulan so ujung2 minggu boleh lagi nak beraya umah kekawan. Ari biasa pung boleh gak. So tema taon ni ialah Beraya di Kota JB. Antara rumah yang sempat Pujaan visit (perkataan Latip) ialah umah si Azwan Ariff (BI), Hairol Redza (Marya) dan Nora chan. Menarik beraya umah orang kat kota ni sbb dapat pegi the other side of the town yang korang takkan pergi punya lah. Umah BI upanye dekat je ngn umah si Wakx tuh. Bagi tunjuk jalan punya laaa macam umah beliau kat Pasir Gudang nuu. Upanyer di situ ajer. Area Taman Dato' Penggawa Barat korner sikit je. Beraya umah beliau ni kelakar sikit. Kuih raya pung x masuk telab lagi. Mesti BI sorok tin kuih raya kat bilik ni mwahahahahaha.
Umah Marya lak di Kampung Kurnia yang sebelum ni haram gua x tau. Disebalik jalan tebrau yang sibuk tu upanyer tersorok lagi kampong traditional yang langsung x terjejas dek arus kemodenan. Dengan berbekal semangkuk keropok dekat 3 jam jugak laa Pujaan duk beraya kat umah mamat nih. Abis semua kawan2 yang dah salaman mintak maaf aritu kena kutuk balik mwahahahaha. Ngalahkan mak nenek sungguh. Nasib baik jarum jam dah bagi warning ding ding ding kat Pujaan suruh balik. Kalau idak maunye tido situ sekali wakakakakaka.
Nora lak beliau ni jemput datang open house beliau. Tapi oleh sebab Pujaan racing dari BP kul 8.30pm sampai umah beliau dah kul 10.15pm dah. Tengok kiri tengok kanan orang takdak, kuih pun takdak maka balik laa terus. Sori ye cik Nora kami datang lambat. Taon depan kami datang.
Cakap pasal kenduri kawen lak, taon ni juga meriah ngn jemputan- jemputan dari kawan sahabat handai. Yang mendahului carta pasangan Syawal ialah Jepon (Khairi bin Abd Aziz) dan isteri. Masa nak datang tu Pujaan call beliau "Jepon, engko kawen bila?" Beliau reply "Aku kawen minggu lepas daaa". Hoho dah terlajak upanyer. Ngan nada tension beliau cakap "Aku pun heran apsal ramai yang ingat aku kawen minggu ni. Apa beza nye minggu lepas ngn minggu ni?" Pujaan pujuk laa "Minggu lepas yang sulung, minggu ni yang bongsu laaa" Pastu beliau diam dan terdengar bunyi buk bak kapow dan dish. Selamat Pengantin Baru Jepon!
Baby syawal lak si PZ (Norhafizah Redzuan) telah selamat lahir pada Syawal ke Ramadhan aritu. Baby gurl. PZ nanti ada senang kirim laaa gamba baby pada kami ye? Hohoho muga cahaya mata ni akan memurahkan rezeki kamu berdua.
Last sekali nak cerita pasal si Paichow. Tapi baca laa kat post bawah. Ingatkan x tulis lagi ekekekekeke.
Orait mata dah mengantuk.. minggu ni cuti dua ari sebab rasa macam dah nak meletup ngn kerja makin berlambak2 dekat kilang tuh. Bila laaaa bos Pujaan ni nak ambik sorang ah mui jadi sekeratari merangkap tea lady Pujaan nih? Kan dah jimat masa nak wat kopi kaw tiap pagi hehehehe alasan. Until next post, salam bahagia, salam kecerian dan sayangi keluarga anda selalu.
16 October 2009
Agreement Sealed. L.O.V.E
Termetrainya perjanjian. Itulah yang dapat aku gambarkan di majlis pertunanganku.
Terbaca post dari yowa buat aku menjengkelkan kerana aku masih lagi tidak menulis perjalanan pertunangan aku di blog ini. Yerlah, macam dia dulu siap buat chronicles lagi. Tapi bagi aku, masih lagi terhegeh-hegeh nak menulis di blog ini. Seakan-akan ada sahaja yang menghalang aku dari menulis. Yerlah busy dengan kerja dan hal-hal lain buat aku menangguhkan penulisan di sini.
10.10.2009 tarikh yang baik kan? Tapi lagi best kalau ada 10.10.2010. Ah lantak ar. Bukan aku rancang nak memilih tarikh ni. Secara tidak sengaja sahaja tarikh ini dipilih.
Pejalanan yang dirancang pada pukul 9:00 pagi terpaksa ditangguh kerana member aku yang akan membawa aku lambat bangun pagi. Menambah lagi pening, dia tinggal di Melaka. Dah satu hal kena tunggu dia plak. huhu.. Tapi dia sempat sampai pukul 9:30 pagi.
Sampai Di Felda Raja Alias 3 tepat pukul 12:15 tengah hari. Aku pun duduk di luar sahaja kerana kata orang aku tak perlu ada masa tu. Tapi masakan rombongan ku tahu hendak ke sana. Jadi, aku menunjuk jalan lah.
Selesai sudah perminangan, adalah amik gambar sket2. Maklumlah 'cameraman' yang aku upah, tak datang. Banyak benor alasannyer. Malas aku nak pikir. Nak marah kang, Member! Janji perjalanan perminangan aku sudah selesai. Alhamdulillah..