11 November 2008

Tiada Sebab Untuk Kita Menyintai@Suka Pada Seseorang.

Ada sekali tu aku pernah menulis di blog aku yang menerangkan tiada sebab untuk kita menyintai@suka pada orang. Aku mencari gak jawapannya walaupun aku ngan dia dah tiada lagi apa-apa kerana aku jua bingung kenapa aku boleh jatuh cinta padanya pada masa yang singkat. Pagi tadi akak opis ni ada bagi aku email yang mungkin melerai kekusutan aku ini. Nah! Terjawab sudah Joko.



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka...

Isteri :Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami :Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri :Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami :Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri :Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."



Tapi aku terpikir, adakah patut soalan itu ditanya? Yang penting di mana kita sekarang dan adakah cinta itu milik kita? Hargailah apa yang kita ada.

2 comments:

Encik Jay Xi said...

Hahaha, marah ya pak. ya, itu memang benar, cinta sesuatu yang ajaib; jika memang benar begitu yg kau rasa pak ResakseC. Benar kau rasa begitu, pada orang yg baru kau kenal?

1 possibility (tanpa bukti kukuh), cinta pandang pertama begitu; iaitu di alam roh, kamu berdua memang pernah bertemu. hehehed

by the way, td dengar lagu Ayat-Ayat Cinta (Rossa);

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Pujangga said...

Kalau pompuan tanya "Naper awak cintakan saya"

Ekceli diorg ni nak sedapkan ati sndiri, nak jaminan.

So bagi laa jawapan pelbagai ikut keadaan. Kalau pas tengok wayang ko jawab je ikut dialog wayang tuh

Hehehe

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews