02 November 2008

Moving again

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Ramadhan sudah berakhir dan bermula pula bulan baru. Para tetamu Allah di Makkah mungkin sudah memulakan ibadat mereka. Moga mereka tabah menghadapi dugaan dan dianugerahkan haji mabrur. Bukan haji mabur (terbang) ye?

Bermula dari 6 Oktober Pujaan telah bermula di tempat kerja baru. (Pembaca: What? pindah lagi?) Yezzaaaaaa betul tu! Actually Pujaan plan utk tukar2 tempat kejer ni sampai umo dlm lebih kurang 80 taon baru lah settle down kat satu tempat jer. (Pembaca: tu maksudnya dah masuk kubur laa tu?)

Kat tempat baru, environment baru, orang baru tapi perangai ku masih lama. Nama kompeni ni ialah Cameron International. Lokasi kat dalam Tanjung Pelepas, leh nmpk laut tau kat luar nih. Angin kalau tgh kuat leh terselak kain amoi2 ni hahahaa.
Kat sini Pujaan kena jaga sebuah kilang yg mengilang mesin2 minyak dan gas. So material production mmg semua saiz besarrr. Well at least lagi besau dari Raksasa C lah (Raksasa C: hawau ko!) hehehehe

kat sini leh lagi jumpa mat saleh dan minah saleh. tapi minah saleh kurang sangat especially sbb kat sini xde internship program. Kebanyakan diorg asal dari England dan diorg ni kebanyakannyer terlebih mesra. Ada sorg pakcik ni citer pasal movie lawak bertitle: Never had sex with a British.. dia kata citer tu benar sbb org Brit mmg x berenti wat sex smpi laa dia mati. Yeke? Entah! kalau dia tipu korang pun kena tipu sekali laaa hehe. (Pembaca: hampeh tul)

Ada lagi sorang pakcik ni ngn suar pendek dia satu ari tu duk hulu hilir mcm org ilang barang. Pujaan tegur laa ada apa problem? Upanye dia cuma nak citer yg dia dah pecahkan rekod dia sendiri main solitaire ngn masa selama 17 second. Takde sapa nk dengo citer merepek dia tuu yg jadi camtu. Hampeh tul Graham nih.

Skrg ni Pujaan bermastautin di Gelang Patah, duk sorang lagi mcm dulu. Haa saper yg nak tumpang tinggal meh ler. Bawak badan je pun boleh. Free of cas. Seng wedhok kalau arek teko manggon sedino dua pun orait no problem.

Sewa umah kat sini leh tahan mahal dari KL. Sini cuma standard kampong jer, nak cari majalah pun Pujaan menggagau sampai ke Larkin laaa, ni org2 sini cas standard serumah ialah RM350 dan ke atas. Wa tau laa xleh compare umah atas tanah ngn apartment tp timbang2 kan laaa pasal kemudahan tuu. Huhu tertekan poket dan jiwa sanubari gua.










Produk Review- Mobile Number Portability (MNP)

Haa meh kita citer sikit pasal bendalah ni.
Dah lama Pujaan tunggu sesuatu mcm ni dilancarkan smpi BI pun naik bingung. Pujaan nak simpan no skrg ni yg Maxis 012 tapi nak guna telco (telecommunication company) yg lain. Punya laa mintak kat BI leh x nak dapat no 019 pastu belakangnya no lama Pujaan. Dia kat susah sbb no yg ada dlm tu no prepaid bukan postpaid.

So bila MNP ni dilancarkan, no lama leh disimpan dan kita leh tukar2 telco kita. Mudah kan?
Caranya ialah ngn mohon kat telco yg kita nak guna dan beres. Fee dicas kt dlm bil bulanan kang. Skrg Pujaan walaupun 012 tapi telco nye ialah Celcom.
Perbandingan produk setakat ni:
  1. Kos panggilan: Maxis 8 sen utk active 8, pakej rm80 mmg jimat ngn kadar 8sen tiap panggilan utk Maxis-Maxis
  2. Celcom: 15 sen flat rate utk semua talian, diskaun lak 10% to 20% paling possible nk dpt. 30% kena bill smpi RM150 rasanya mcm x selalu lah.
  3. Kadar intenet sama je RM1 utk 100kb data. tapi Celcom ada daily pakej RM6 utk 24jam yg mmg laju. cuma kalau tgh spoil mmg langsung x dpt lah huhu. modem ku guna henpon sony ericssons K530i jer hehehehe.
  4. coverage 3g: maxis mmg kalah abis lah bab ni
  5. 1+5 tu dua-dua pun lebih kurang jer
mmm rasanye tu je lah kutzzz. xdak lain yg nak dibezakan sgt.

rasanya sampai ni saja tulisan ku.
ada lagi nak cerita tp mungkin di lain kali aku posting lagi kerna penulis lain terlalu sibuk utk permisikan diri hadir di sini.

Kata Pujangga: Semangkuk maggie kadang2 adalah lebih baik dari makanan di hotel selagi terjamin halalnya.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews