Assalaamualaikum dan salam sejahtera kepada kamu. Topik kali ni berbeza sikit dari topik dulu yang biasanyer
PujaAn ialah seorang yg ceria cerita yang bukan2.
Tapi genre sama iaitu mengenai apa yg PujaAn alami lah dalam tiap hari.
Kisahnya begini, pada petang Jumaat 29 Feb 08 (tarikh keramat 4 taon sekali jer ni) macam biasa Pujaan on the way balik
ke rumah kat Damansara. Then nearby area tu ada laa pasar malam ari Jumaat seperti biasa.
Tengah duk cari tempat nak park keter akhirnya hampa...maka terpaksalah Pujaan wat aksi U- turn yang agak berbahaya.
Tgh duk pulas tu tetiba perasan ada moto kat belakang nak potong maka cepat2 laa Pujaan pulas balik..x jadi lah nak U- turn.
Salah sorang penunggang moto ni kemain marah lagi. Dia follow tepi keter pastu maki hamun suruh Pujaan berenti. Saper yang
berenti pastu entertain org marah menggila tu kan? So I just keep forward laa..tetiba dia potong kat depan and block jalan.
Pujaan terlanggar laaa motor sedara ni sikit.. tapi dia x jatuh.
Mamat ni kemain marah dia park moto dia pastu ketuk cermin keter suruh kuar gak. Pujaan duk dalam keter jer laa takut ada apa2 jadi kan? Tetiba motor dia jatuh sendiri.. Dia gi naikkan balik moto dia pastu leh pulak dia kuarkan rotan sedepa dari seat moto tu. Duk acu kat cermin suruh Pujaan kuar.
Dah nampak kayu tu cuak laa gue.. maka ikut laa kuar. Dia duk maki kurang hajar la, celaka la, itu laa ini laa sambil pukul
bumper depan keter huhuhu.. Pujaan mintak maaf laa banyak2 kat dia kan. Dia tak puas ati gak terus dia hayun rotan tu ke bahu kiri Pujaan adeh sakit..pastu dia cekik leher tapi I lawan, takleh jadi dah main kasar ni. Lawan2 pun still mintak maaf lagi laa.. fuuu dia punya marah langsung tak mau bagi can.
Pastu orang ramai datang kerumun...ada pakcik tu suh letak keter ke tepi.. Pujaan masuk dlm keter pastu try cabut lari.. Kita dah mintak maaf kan? Lagi pun dia tak cedera pun dan kita dah kena pukul dah.
Tapi pastu org tua ni kejar...jerit lagi sambil mengancam suh Pujaan jgn lari..
Uhhh nasib baik laa ada org lain. I park keter kat tepi kedai pastu ikut diorg citer kat warong..
Pastu datang laa dia duk kata dia marah sbb Pujaan sengaja langgar dia, pastu cuba lari lagi... dia paling marah sbb Pujaan kuang ajar kat dia (part yg mana x pasti, mungkin sbb Pujaan x kuar dari keter cpt2).. ok laa kita x salah tapi dlm kes nak selamatkan keter dan diri sendiri ngaku salah laaa. Bahu sakit lagi ni.
Dia sempat call ada org yg macam kaki pukul mintak tolong 'setelkan' masalah ni. Nasib ada brader India tu cakap watper call itu orang? nanti lagi besar cerita nye. Org tua ni marah lagi Pujaan cakap "ko kuar sbb x takut ngn kayu kan?" Ngaku jer laa dia betul dari segi segala- galanyer.
Pendekkan cerita org2 sekeliling suruh laa tanya berapa pampasan Pujaan nak bagi dia.. (Hah? Kena bagi ke?) So I offer laa RM50, dia suh tanya brader India sorang ni cukup ke? Brader tu cakap bagi RM100 laaa.. ok Pujaan setuju. Tapi dalam wallet ada RM8 jer so tumpang laa brader India ni mintak antarkan gi bank.
Dalam gi bank ni Pujaan memang respek laa brader ni..dia pujuk Pujaan suh sabar, takpe ilang RM100 arini biar Allah yang tentukan balasan bagi dia. Oooo dia ni Islam rupanyer. Dia tolong pun ikhlas, jiran satu blok upanyer haha tapi x penah nampak muka. Duk nasihat jangan dilawan org tua ni. Bekap ramai "3 line?" ntah apa maksud pun x tau.
Balik semula ke warong tu, Pujaan bagi dia duit tu. Pastu start dia cerita betapa besarnya dia kat area Damansara tu. Nama dia Hj S...(ooo Haji dah) tukang jaga keselamatan dan kesejahteraan kat area perumahan tu. Antara kebestan dia ialah:
1. Bakal bertanding kat politik area Melaka
2. Penah setelkan kes kecurian motor 12 bijik dgn menelefon straight pada pencuri tersebut
3. Penah suh budak yg dikejar polis menyerah diri ngn tipon budak tu straight
4. Ikut parti berkempen sana sini sampai laa ke Terengganu, Kelantan dsb
5. Kenal dgn orang yang boleh "setelkan" masalah anda dgn segera
6. Berani berdepan dgn org Cina yg berparang
7. Budak kena tahan polis kat Kuala Selangor pun dia leh bekap sampai dpt makan KFC kat dlm lokap. Sok pagi lepas dah
8. Ada kenal pak menteri mana ntah, tau skrg dah kat Beijing, sok baru sampai KLIA
9. Dia mengaku yang dia ni tak pernah kacau orang lain melainkan kalau orang yang kacau dia.. tapi lagi best kat warong tu ngaku yg tadi tu sengaja?!?
Huhu secara kesimpulannya mmg silap besar laa Pujaan kalau wat masalah dgn dia.
Pastu azan Maghrib dah... Dia bayau semua teh org2 yg duk jadi saksi tu ngn duit yg Pujaan bagi, bagi duit minyak kat brader India yg baik tu pastu belen bagi balik kat Pujaan.. (eh baik plak org tua ni?)
Dia cakap dia tau susah cari duit (tapi lagi senang pukul orang)
Abis cerita I balik umah tapi hati x tenteram.. Call L mintak tumpang tido umah dia takut keter kesayangan I di apa2 kan. Kita ni gaji besau utang pun besau belanja pun besau. Bukannyer bermewah tapi duk kena layan tol tiap ari mau botak kepala plus dgn duit minyak lagi.
Sampai umah L citer balik kat dia huhuhuhu sambil berefek air mata huhuhuhu dia leh bukak tv layan berita jer? Antu sungguh, wat rugi scene air mata duyung jantan jer.
Moral of the story?
orang 'berkuasa' bermaksud beliau leh lepas dari undang2. Org yang ni pulak Maha Berkuasa sbb leh pukul org sesuka hati. Pujaan pikir, kalau lah repot polis... apa yg Pujaan dpt? Skrg ni pun dah tak tenteram nak duk kat umah skrg ni..ni leh dipanggil sbg psikologikal trauma.
Mungkin akan menyebabkan kemurungan dan seterusnya depresi dalam jangka masa yg lama.
Sempena mengundi ni kan... pilih lah parti, bukan pemimpin.
Bak kata Tun Dr. M, "inilah dilema kita.. kita mengundi parti bukan sokong pemimpin. tapi bila menang pemimpin kata org sokong dia utk jadi pemimpin"
untuk pertama kalinya Pujaan sangat sokong Tun Dr. M .......... adeh lebam dah?
No comments:
Post a Comment