21 March 2008

Nama ABD

Salam.

Apa maksud nama ABDUL GHANI? ABDUL RAZAK? (sekadar contoh) etc. dari segi bahasa, abd bermaksud hamba; ghani=kaya; razak=rezeki. So, abdul ghani = hamba (Allah) yang kaya?
hinggalah semalam, aku rasa maksud itu tidak begitu tepat (begitu juga pada nama-nama abdul yang lain).

Ini cuma kesilapan fahaman pada diriku, dan mungkin juga pada kebanyakan orang. Hasil bacaan ku (http://hafizfirdaus.com/ tentang anak nabi Adam) ada hujah menyebut selpas nama ABDUL tidak harus diletak selain nama ALLAH, iaitu selain 99 nama Allah. maka ini menghasilkan maksud yg lebih tepat dalam nama- abdul ghani kini bermaksud= hamba kepada Yang Maha Kaya (Allah). begitu juga nama-nama lain, seperti:
Abd Razak=hamba kepada Yang Maha Memberi Rezeki
Abd Malik=hamba kepada Yang Maha Memiliki
Abd Rahman=hamba kepada Yang Maha Pemurah
Abd Rahim=hamba kepada Yang Maha Mengasihani
Abd Latif=hamba kepada Yang Maha Lemah Lembut
Abd Hamid=hamba kepada Yang Maha Terpuji,
etc.

So, itulah dia. ;-)
(for more names http://id.wikipedia.org/wiki/Asmaaul_husna)

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews