26 April 2010

Seronok kan?

Membaca blog yang terbaru dari Pujangga telah membuatkan aku tersenyum dan terfikir bahawa hampir semua penulis telah mendirikan rumah tangga. Aku gembira dengan perkembangan ini. Terbaca plak kat shoutbox tadi. Si yowa duk perli aku dengan kata kalau aku yang menulis, kali pertama aku menulis tanpa bercerita tentang futsal. Yup, aku akui setelah berkahwin ni agak terbatas aku nak main futsal. yerlah.. lebih2 lagi isteriku sekarang berbadan dua. Aku perlu beri perhatian kepadanya lebih dalam masa ni. So, buat kali pertama aku terpaksa meletakkan tanggungjawab team Sambal FC kepada adikku. hahaha.. kan aku cakap lau aku tulis, mesti ada citer tentang Futsal.

Yerlah, sejak berkahwin ni, member aku, pujangga pula bertunang dan telah menumpukan kepada membina keluarganya. Tu mungkin sebab dia dah 2 bulan lebih tak turun main Futsal. Hehehe. Anyway, all the best, bro! I support You!! Lagipun, setakat ni, team Sambal FC pun dalam improving lagi Dengan penambahan ahli pasukan baru, agak menyukarkan nak bina team. Nak tahu gak adakah ia baik utk pasukan..

Berbalik pada cite membina family, aku yakin yang setiap orang mempunyai cara dan perancangan sendiri utk membina family mereka sendiri. Aku juga tidak terkecuali dan mungkin juga itu yang difikirkan oleh Pujangga. Namun, tak semudah itu. Banyak yang perlu dilalui. Macam soalan yang sering ditanya oleh Yowa kepada aku,"dah berapa kali gaduh?" Aku Ok je ngan soalan tu kerana itu telah membuka minda aku untuk menerima setiap persengketaan tak bererti ia buruk. Mungkin itu cara terbaik utk mematangkan diri atau mendapat yang lebih baik utk kedua2 pihak. Tak gitu?!

Kekuatan yang perlu kite pegang ialah perjanjian yang kite buat antara satu sama lain bile kite bernikah dahulu. Dan berpegang pada takdir yang itu adalah yang terbaik utk masing2. tiada apa yang sempurna dalam kehidupan ini, namun itu tidak bererti kita hanya perlu memandang kepadanya saja. Kelebihan dan kebaikan pasangan juga perlu dititikberatkan. Jangan terlalu gopoh membuat keputusan kerana perbincangan adalah jalan yang paling baik, Ya, suami adalah ketua keluarga. Malah pemimpin sesebuah negar juga memerlukan penasihat. Lau suami adalah pemimpin negara, isteri adalah penasihatnya. yang sering berada di sisi. So, jangan hipokrit jika kita perlu meminta pendapat dari ister@penasihat kita utk memerintah negara@keluarga kite.

I love my wife!

25 April 2010

Parenthood

Lately I was thinking about the changes in life, changes when we are starting family. Bermula dengan memunyai seorang pasangan, kemudian anak dan list goes on.

Masa bujang kita duk fikir pasal diri kita aje. Perkara penting always work. Fikir pasal deadline, bila nak mengantor report, colleague yg cuba melengahkan kerja kita dgn beri bermacam2 bullsh*t. Tak kesah pun kul brape nak balik. Alah housemate tu bukannye nak membebel suh kita balik cepat2 pun. Ujung bulan dpt gaji no 1 duk pikir caner nak abiskan duit hahaha.

But that should change when we are starting to have commitments. Family comes first, kerja dah 2nd priority. Kalau isteri sakit kena anta gi klinik, anak pun sama. Mertua sakit pun kena lawat. Sepupu handai jemput gi majlis kena datang kalau idak bukannye sedara namanye tu. Nak excuse pun kena bagi alasan yang canggih sket. Bak kat Semanis Kurma: "Kita kena berkahwing dengan keluarga pasangan kita"

So changes means challenges. Adakah kita (termasuk yg ckap) dah ready utk hadapinya? Everyday I read the newspaper and see more and more family violence reported. Baru2 ni sorang kanak2 perempuan didera hingga mati oleh parentnya yg syok sedut syabu. Kisah kanak2 jadi hamba seks, isteri2 yang terbiar tanpa nafkah sambil menanggung anak2, suami curang, kes skandal di tempat kerja, kekasih gelap, cougar town, desperate housewives....

To me, its start with us. We need to realize that to carry that responsibility, we have to have the knowledge. Ilmu rumahtangga itu teramat penting. Kita mungkin executive yg cemerlang di tempat kerja tapi itu x menjamin kita menjadi seorg ketua keluarga atau parent yg baik. Dr. Fadzilah Khamsah mencadangkan agar ibu bapa patut menjadi motivator kepada anak2 nya.

In the end, suami kena jadi ketua yg baik dan isteri pula harus support suami all the times. Kalau ada selisih faham jgn ler perbesarkan smpi parah. Rilekkk tarik nafass pastu cari penyelesaian dan bukan cari sape yg salah. Tuding2 ni tak penahnye bawak pekdah kecuali kalau nak claim insuran. Because we are loving2 we jangan tuding2 tau.

Adios n happy barakah day!

22 April 2010

Spammer

Salam sejahtera uols

Uols ada dpt emel spam (sampah) dari sender nama Malaysia x? Contoh nye cam ida_angah, tudungbawal etc etc..

Baru ni dpt satu emel dari website yg beralamat http://interniaga2u.info/remove.php
Website ni rupanye ialah website pengiklanan yang menghantar emel kpd org2 yg di list kan. Mungkin duk kerajinan Pujaan melabelkan emel2 tersebut sbg sampah dan Yahoo! Mail pun bertindak menghubungi website owner ni dan dia pun respon.

So try lah klik kat link kat atas, masukkan emel uols dan klik pada unsubscribe. Moga boleh menyelesaikan separuh masalah sampah anda.