26 April 2010

Seronok kan?

Membaca blog yang terbaru dari Pujangga telah membuatkan aku tersenyum dan terfikir bahawa hampir semua penulis telah mendirikan rumah tangga. Aku gembira dengan perkembangan ini. Terbaca plak kat shoutbox tadi. Si yowa duk perli aku dengan kata kalau aku yang menulis, kali pertama aku menulis tanpa bercerita tentang futsal. Yup, aku akui setelah berkahwin ni agak terbatas aku nak main futsal. yerlah.. lebih2 lagi isteriku sekarang berbadan dua. Aku perlu beri perhatian kepadanya lebih dalam masa ni. So, buat kali pertama aku terpaksa meletakkan tanggungjawab team Sambal FC kepada adikku. hahaha.. kan aku cakap lau aku tulis, mesti ada citer tentang Futsal.

Yerlah, sejak berkahwin ni, member aku, pujangga pula bertunang dan telah menumpukan kepada membina keluarganya. Tu mungkin sebab dia dah 2 bulan lebih tak turun main Futsal. Hehehe. Anyway, all the best, bro! I support You!! Lagipun, setakat ni, team Sambal FC pun dalam improving lagi Dengan penambahan ahli pasukan baru, agak menyukarkan nak bina team. Nak tahu gak adakah ia baik utk pasukan..

Berbalik pada cite membina family, aku yakin yang setiap orang mempunyai cara dan perancangan sendiri utk membina family mereka sendiri. Aku juga tidak terkecuali dan mungkin juga itu yang difikirkan oleh Pujangga. Namun, tak semudah itu. Banyak yang perlu dilalui. Macam soalan yang sering ditanya oleh Yowa kepada aku,"dah berapa kali gaduh?" Aku Ok je ngan soalan tu kerana itu telah membuka minda aku untuk menerima setiap persengketaan tak bererti ia buruk. Mungkin itu cara terbaik utk mematangkan diri atau mendapat yang lebih baik utk kedua2 pihak. Tak gitu?!

Kekuatan yang perlu kite pegang ialah perjanjian yang kite buat antara satu sama lain bile kite bernikah dahulu. Dan berpegang pada takdir yang itu adalah yang terbaik utk masing2. tiada apa yang sempurna dalam kehidupan ini, namun itu tidak bererti kita hanya perlu memandang kepadanya saja. Kelebihan dan kebaikan pasangan juga perlu dititikberatkan. Jangan terlalu gopoh membuat keputusan kerana perbincangan adalah jalan yang paling baik, Ya, suami adalah ketua keluarga. Malah pemimpin sesebuah negar juga memerlukan penasihat. Lau suami adalah pemimpin negara, isteri adalah penasihatnya. yang sering berada di sisi. So, jangan hipokrit jika kita perlu meminta pendapat dari ister@penasihat kita utk memerintah negara@keluarga kite.

I love my wife!

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews