12 March 2011

dirty bit~

Salam, & good day, giliran encik L agaknya.
Sesungguhnya takde idea,...ada, tp mungkin tak releven/tak sesuai/tak perlu dikongsi di sini. Maka, teruskan menaip...
Tajuk post mengarut, tapi ia adalah tajuk alternatif  untuk lagu Black Eyed Peas- Time Of My Life. tajuk di atas memang lucah...atau tidak, bagi yang tak tahu. hehee... (takde idea, memang mengarut la)
Maka, "MASA". pernah dengar kata pujangga bijaksana: apakah yang paling jauh? jawapannya ialah masa. walau sesaat telah berlalu, tidak akan dapat kita kembali mendapatkannya. Masa adalah kemewahan yang tak mampu untuk aku kehilangan. bunyi pelik, tapi kalau di-omputihkan: "time is a luxury i can't afford to lose". lebih kurang la. Baru-baru ini aku diberi peluang untuk sambung belajar, ditaja sepenuhnya, 1 sen wang pon tak perlu keluarkan. Malangnya, "masa" dan komitmen yang diperlukan, tak mampu aku sediakan.
Bila difikirkan, kenapa mahu sambung belajar sesuatu demi kemajuan kerjaya, bukankah demi keluarga dan diri?! Tapi apabila ia perlu dibayar dengan masa dan komitmen yang disediakan untuk keluarga, "beat the purpose" dan "no point" la, kata omputih. Tidak dapat tidak, aku terpaksa menolak. Maka teruslah aku ditakuk lama...yakah? no way. kita tak pernah ditakuk lama. Setiap hari pasti ada pengalaman baru, cuma ilmu baru saja yang tak pesat berkembang.
Kalau nak kuot (quote) kata-kata nabi, kita kena menambah ilmu setiap hari, iaitu hari esok lebih baik dari hari ini... Metallica pon ada, dlm lagunya: everyday for us something new, open mind for a different view... & nothing else matters.
Kesimpulannya, utamakan keluarga anda.

Berikut adalah selingan, gambar pemandangan ketika penulis ke Kedah. Dari atas Gunung Jerai, Kedah. Februari 2011.
 

3 comments:

Pujangga said...

beb, rugi oh x ambik peluang tu. believe me sambung blaja ni cam bajet nk beli keter.

mmg ada bajet lain kena cut tp kita x jadi miskin pun pas pakai Fofi ceeewwahh.

blaja beb jgn x blaja

anep said...

quit true i say untuk kedua2 pendapat. Pendapat An aku stuju kerana ia dapat memajukan diri ko jika ko inin terus maju dalam kerjaya ko. Tapi kata ko gak betul. latip kerana jika belajar ni memang memerlukan komitmen yang lebih. aku tgk adik aku skrg ni ngah sambung belajar. dah tak banyak masa dia nak happy2kan diri dia. cuma masa yg terluang dia gunakan untuk study selain ke kebun untuk tolong bapak aku. tapi dia belum kawen.

tp dipikirkan kata2 An tu relevan kerana dah ada org nak support kan? macam aku pun ngah pikir untuk sambung study. tetapi lately, aku dah jadi macam dulu balik. kena stay back balik lewat. masa yg sesuai untuk aku n anak aku, hanya pda weekend. tunggulah dia besar sket. mungkin time tu dia dah paham kot.

Encik Jay Xi said...

pendapat aku lak...
ICAEW mungkin not the best choice. super pro dia sbb, sesen duit xpayah keluar. kalau amik lain (ACCA, CPA, Masters), kena kuar duit dlu, dah grad, boleh claim kompeni. tp kena ada cash la kan.

So in this case, matter of time. smbg blaja maybe not this time, tp next time still mungkin. lg pon, kalau boleh aku nak 'belajar' sesuatu yg aku suka. hehehe...ape ek? bukan sekadar higher management, dengan eyika2 nyer... ikut ati, nk je blaja jd doktor, tp takde basic lgsung. huhuhu...engineer ke...

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews