14 July 2010

Tips and Tricks: Getting Streamyx into your home

Hi all,

Very long time no see. I missed you all muah muah. Kali ni Pujangga nak share tips and tricks untuk mendapatkan Streamyx servis. Baru semalam rumah Pujaan diwarnai oleh chahaya Streamyx menambahkan seri sejak peninggalan tv plasma yg pergi ke LG Service shop sbb rusak huhuhu.



Why Streamyx? 
Kali lepas Pujaan pakai Celcom Broadband. Tapi di lokasi rumah baru ni isyarat yang ada hanyalah EDGE dan GPRS. Kelajuan yang teramat slow hinggakan sudah habis segala carutan pun belum terbuka Teratak Pujangga nih.

Streamyx menggunakan kabel, bermaksud ada gerenti sedikit yg perkhidmatannya akan lebih stabil dari guna isyarat satelit.
WiMax belum sampai lagi kat Gelang Patah ni. Pendek kata macam tempat jin bertendang lah huhu.

Pakej apa yg Pujaan subscribe? 
Skrg ni ada block buster deal RM90- 1Mbps, RM110- 2Mbps, RM140- 4Mbps.
Tapi Pujaan ambik yg RM90 je. RM 90 ni actually ialah RM60 utk Streamyx + RM30 utk sewa talian. So ni yang paling murah lah.
Satu kesilapan yang orang selalu buat ialah mendapatkan servis yg termahal tapi dpt kualiti perkhidmatan yg termurah. Dulu Pujaan pun dah kena dah. Sepatutnya dpt kelajuan 500Kbps tapi dapatnya cuma 30Kbps huhuhu.

1Mbps ni bagi Pujaan yang surf internet utk suka- suka e.g. update blog, maen Farmville, Facebuk, Yahoo mail, Metacafe, CIMB Clicks, Maybank2u dah lebih dari cukup dah. Pujaan bukan penonton tegar Youtube dan bukannya bekerja dari rumah. Asalkan boleh surf dgn lancar dah kira ok dah. Yang perlu tambah ialah sedikit kesabaran utk menunggu hehe.

Oh ya masalah slow ni boleh diatasi kalau korang guna internet explorer yg betul. Pujaan cadangkan guna Goggle Chrome sbb memang ringan. Then pastikan korang update explorer yg korang guna. Contohnya kalau guna Microsoft Internet Explorer pastikan korang guna yang 10th version. Update ni free je beb.

Mendapatkan pakej termurah ni merupakan langkah bijak sebab ini boleh kita jadikan sebagai percubaan perkhidmatan di kawasan rumah kita. Kita sentiasa tiada masalah utk upgrade pakej pada bebila masa, tapi sebaliknya utk downgrade. Nanti kena bayar lah, langgar kontrak lah, itu lah ini lah. Sape yang sakit? Kita dan diri kita juga huhu.

Di mana nak subscribe? 
Seeloknya pergi ke kedai TM atau pun semasa ada temasya TM seperti di PC Fair.
Boleh kalau nak daftar dengan ejen di kedai2 komputer, masalahnya ialah ejen akan kumpul dulu borang2 permohonan ni sampai banyak baru dia akan hantar ke TM. Sebabnya lagi banyak borang, lagi banyak upah yg diorang terima.

Pujaan gi ke PC Fair di Persada Sabtu lepas. Then pada hari Selasa dah boleh online dah. Tips ni brader yang pasang modem tu lah yang bagitau hehe.

Oh ya masa kat PC Fair ni terserempak dengan Encik Mahathir aka Sagu. Beliau keje dengan TM rupanya. Sempat borak kejap je sbb masa tu dia tengah bagi motivasi dekat budak2 sales tuh. Gayanya umpama manager kawasan gitu. Beliau skrg berkhidmat di ibu pejabat TM di KL. Syabas kepada beliau.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews