13 December 2009

Pujaan Berumah tak Bertangga

Assalaamualaikum dan salam siaran.

Hoohoo kali ni Pujaan nak share pengalaman beli rumah.. Rumah apa? Rumah laaaa nak duduk, nak mandi, nak wat tu nak wat ni hehehe.

Projek beli rumah ni Pujaan dah mulakan dari sejak bulan 5 yg lalu, dengan memerhatikan harga pasaran sebijik rumah. Macam2 jenis pemaju lah Pujaan recce cam Mutiara Rini, SP Setia, Ma Hua Sing, dan IRDA. Kesimpulannye masa tu, beli rumah ni senangnye kalau dah kawin. Campur ngn gaji bini maka lepas laa loan rumah.

Daripada recce yang dijalankan, harga standard utk rumah bersaiz standard 20 kaki lebar dan 65 kaki panjang ialah sekitar RM160k ke RM250k bergantung kepada kawasan. Kawasan lak dari area UTM sehinggalah ke Kempas. Mahal sungguh rumah ni ye? Huhuhuhuhu. Kawasan idaman Pujaan ialah Bukit Indah dan Mutiara Rini sbb ada banyak jalan/simpang utk pergi ke sesuatu destinasi di JB.

But then semakin menuju ke hujung taon, pilihan semakin mengecewakan.. Rumah di sekitar Kangkar Pulai memiliki harga yang paling ideal (RM180k utk saiz 24 kaki x 75 kaki double storey) tapi lokasinya terlalu jauh utk ke tempat kerja. Selain itu walaupun telah lama diduduki proses pembangunannya amatlah perlahan. Kedai makan terhad, kedai runcit ok, bank pun jauh, jalan nak gi sana kemain gelap lagi... huhuhu.

Kendian di taman yang Pujaan duk sekarang ada wat fasa baru. RM138k utk saiz 60 kaki x 18 kaki yang mana bagi Pujaan sangat mahal dari segi kos kerna saiznya terlalu kecik. Bayangkan laa kalau dah TV tu letaknya di sebelah peti sejuk maka dapur tu mmg bercantum ngn ruang tamu huhuhuhu.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hang Tuah di huruf "Ta". Kalau di tukar jadi "Ba" nanti jadinya Hang Buah hehehehe. Ada laa sorang pembeli tu merungut yang dia dah terlanjur beli kat satu lagi projek yg berdekatan iaitu di Setia Eco Gardens. Pastu di tempat kerja lak ada sorang teman mengsyorkan agar Pujaan lebih baik beli rumah di sana. Pujaan tak berkenan ngn SP Setia ni sbb diorg cas harga rumah mahal sangat utk design nye yg fancy2 ala2 Disneyland gitu. Takpelah no harm utk recce dulu kan?

So then pergi lah Pujaan ke sana utk recce rumah. Memula seperti yang disangkakan rumah2 nye adalah di luar kemampuan tapi jap lagi awek marketing tu start bukak citer diskaun2. Pendek citer gedebak gedebuk dapat laa dlm RM 30k diskaunnye. Fuh tolak harga standard terus jadi mampu dah.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews