16 October 2009

Agreement Sealed. L.O.V.E

Dalam hidup ini, pasti ada impian. Siapa yang tak nak hidup bahagia? Aku juga begitu. Sudah tiba masanya aku berkongsi kebahagiaan itu. Tiada apa yang dapat aku gambarkan bagaimana aku rasa sekarang. Takut, suka, duka dan berdebar. Apakah benar ini berlaku? Besediakah aku menjadi ketua keluarga nanti? Namun, nak tak nak semua akan laluinya jua, kan?

Termetrainya perjanjian. Itulah yang dapat aku gambarkan di majlis pertunanganku.

Terbaca post dari yowa buat aku menjengkelkan kerana aku masih lagi tidak menulis perjalanan pertunangan aku di blog ini. Yerlah, macam dia dulu siap buat chronicles lagi. Tapi bagi aku, masih lagi terhegeh-hegeh nak menulis di blog ini. Seakan-akan ada sahaja yang menghalang aku dari menulis. Yerlah busy dengan kerja dan hal-hal lain buat aku menangguhkan penulisan di sini.

10.10.2009 tarikh yang baik kan? Tapi lagi best kalau ada 10.10.2010. Ah lantak ar. Bukan aku rancang nak memilih tarikh ni. Secara tidak sengaja sahaja tarikh ini dipilih.

Pejalanan yang dirancang pada pukul 9:00 pagi terpaksa ditangguh kerana member aku yang akan membawa aku lambat bangun pagi. Menambah lagi pening, dia tinggal di Melaka. Dah satu hal kena tunggu dia plak. huhu.. Tapi dia sempat sampai pukul 9:30 pagi.

Sampai Di Felda Raja Alias 3 tepat pukul 12:15 tengah hari. Aku pun duduk di luar sahaja kerana kata orang aku tak perlu ada masa tu. Tapi masakan rombongan ku tahu hendak ke sana. Jadi, aku menunjuk jalan lah.

Selesai sudah perminangan, adalah amik gambar sket2. Maklumlah 'cameraman' yang aku upah, tak datang. Banyak benor alasannyer. Malas aku nak pikir. Nak marah kang, Member! Janji perjalanan perminangan aku sudah selesai. Alhamdulillah..




No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews