12 June 2009

Encik L - Dilucutkan jawatan ???

Ya, memang benar.

Assalamualaikum, L said.

Hari ini Selasa, 9 Jun 2009. cantik gak nombor ni, 090609. hehehe. Lama tak posting, tp mungkin dapat dijangka tujuan/topik kali ini, memandangkan aku baru saja selesai majlis kenduri di pihak ku. setel, syukur.

Thanks pada semua yg hadir dan yg wish. Menurut tujuan kenduri, agar dapat menghebahkan bahawa si polan lelaki ini masih available 3 lagi, dan si polan perempuan tidak available sehingga... aaah, pandai la, korang dh belajar kan.

Berdasarkan tajuk blog kali ini... itulah dia. Ketika majlis kenduriku,  tanpa belas kasihan, aku telah dipecat dari jawatan tak rasmi ku sebagai "Setiausaha Terhormat" bagi "Kelab Bujang2 Pujanggamalam"; yg sesungguhnya baru ketika itu ku tahu nama jawatanku. Maklumlah, elaun pon tak pernah dapat. imaginary fees paid pon tak tau kemana perginya. berapa ramai dah bayar, siapa yg bayar, semua tak tahu. hahaha.

Dengan surat rasmi tersebut, ditandatangani oleh boss2, kompemlah aku dipecat. Walaupon ade beberapa perkara diragui seperti berikut:

- Logo bintang ala2 Ultraman Joe, dengan efek 'bergerak'...kadang2 macam Patrick Star (Spongebob) pon ada; tak ada ciri2 kelab ini langsung.
- Surat diterima dari "Pengerusi, Kelab Bujang2 Pujanggamalam", tetapi tidak ditandatangani beliau (Pengerusi) yg entah siapakah gerangannya. Mungkinkah Reza Hafiz (Kobes)?
- Surat rasmi ini tidak bertarikh, yg mungkin sepatutnya 7 Jun 2009 atau lebih awal.
- Alamatku... sesungguhnya aku bilik 118. bilik 120 Sempana Riau tak pernah aku huni, yg ku ingat warganya ialah Kobun, Buki, Bubun, pada tahun 2000 dahulu.
- Perlanggaran Akta 1 (i), tanpa menyebut nama sebarang seksyen, subseksyen atau apendik. Dengan aggapan akta yg dimaksudkan adalah akta dalaman Kelab, tetap tidak tepat, Kerana Akta 1 (i) [akta dalaman kelab, seksyen i] merujuk pada "syarat kelayakan memohon cuti bersalin", iaitu "pemohon dikehendaki telah mengandung dan dijangka akan bersalin dalam jangka masa terdekat, iaitu 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin. imaginary allowance akan dibayar untuk cuti 2 bulan secara 2 kali bayar, comply dengan akta pekerjaan Malaysia". (jangan komplen sangat, kelab ni memang strict). {by the way, ni kan Kelab Bujang, kenapa ade term maternity leave ni?! pening pakcik!!!}
- Surat ditandatangani oleh Personnel Director, seorang Tan Sri, disokong oleh Direktor General berpangkat Dato'. Bukankah Tan Sri lebih tinggi dari Dato' (pulak tu bukan 'Datuk' yg dianugerah oleh Agong). Tapi takpelah.


Apepun, aku terima pemecatan dengan ceria. Thanks all. AKu masih penulis Pujanggamalam kan. hehehe. by the way, skang aku jawatan "Kaki Pukul" kat dalam 2 grup mafia iaitu "++Mafia Wars Malaysia++" dan "HMMC- Harimau Malaya Mafia Club". Join us in "Mafia Wars @ Facebook".

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews